Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

KETAHUI 6 MANFAAT LUAR BIASA  CUKA EPAL YANG TAK PERNAH KITA TAHU!

Posted on 03/31/201704/01/2017 by 123mamanet

Ada pelbagai cuka di pasaran antaranya cuka putih, cuka epal, cuka kurma, cuka anggur dan banyak lagi. Kali ini Mamanet ingin bercerita tentang cuka epal.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN LUAR BIASA CUKA EPAL

Cuka merupakan antara makanan tertua di dunia dan sebenarnya mempunyai  seribu satu khasiat yang tidak  dihiraukan oleh generasi muda.

Ada dua jenis cuka epal, iaitu cuka dari proses fermentasi pati epal dan satu lagi, cuka yang diperbuat dari pati epal beralkohol (cider).

Biasanya ia digunakan sebagai penambah rasa asam pada makanan atau boleh juga dijadikan sebagai pengawet semulajadi makanan.

Ia mengandungi banyak nutrisi di dalamnya, antaranya natrium, kalium, fostor, klorida, tembaga, pectin, vitamin A, B (B1,B2 dan B6), C dan E.

Meminumnya pada setiap hari dikatakan dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman dan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti depresi, kepenatan, arthritis dan menurunkan kadar tekanan darah dan kolesterol dalam badan.cuka epal

BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN LUAR BIASA CUKA EPAL

  1. MENGURANGKAN RISIKO TERKENA KANSER

Cuka epal boleh dimanfaatkan untuk menghindari risiko diserang kanser. Ini adalah kerana ia mempunyai zat yang boleh meningkatkan alkali badan kita sehingga menjadi lebih kebal terhadap penyakit kanser.cuka epal

  1. MENYAMARKAN TANDA-TANDA PENUAAN

Tanda-tanda penuaan seperti tompokan gelap sering muncul di muka kita seiring dengan pertambahan usia kita.

Untuk menghilangkan atau menyamarkannya kita boleh menggunakan manfaat cuka yang satu ini. Kandungan belerangnya ternyata cukup bagus untuk kulit muka kita.

Bukan itu sahaja, kandungan asid citriknya ia juga mampu mengembalikan kecerahan wajah kita akibat terbakar oleh sinaran matahari.

Campurkan sedikit cuka epal dengan perahan tomato. Sapukan pada bahagian muka yang menghitam tersebut.cuka epal

  1. MEMUTIHKAN GIGI

Ramai di antara kita yang melakukan pemutihan gigi atau veneer. Namun, cara semulajadi menggunakan khasiat cuka ini wajib dicuba.

Zat asid pada cuka mampu menghilangkan warna kekuningan pada gigi. Campurkan 2-3 sudu makan cuka epal dengan segelas air. Kacau sehingga larut dan gunakan untuk berkumur serta memberus gigi pada setiap hari.cuka epal

  1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Buah epal mengandungi pectin yang boleh membuatkan badan kita cepat kenyang tanpa perlu makan banyak. Cuka epal mengandungi jumlah pectin yang sama dengan sebiji epal, jadi efek yang sama boleh diperoleh apabila kita meminumnya.

Zat tersebut akan membantu membuang lemak tepu pada tubuh dan membakarnya.

Di samping itu, apabila kita meminumnya ia akan merangsang metabolisme tubuh dan melancarkan sistem penghadaman kita.cuka epal

  1. MENGHILANGKAN JERAWAT

Boleh digunakan sebagai toner secara rutin (dua kali sehari – pagi dan malam). Aplikasikan toner ini setelah membersih muka, kemudian barulah disapukan pelembab atau sunblock.

Toner dari buah epal ini berfungsi untuk mengatasi masalah kulit muka, sebagai anti bakteria  yang akan membantu mengurangkan kadar minyak berlebihan sehingga kotoran penyebab munculnya bintik-bintik hitam akan hilang dengan sendirinya.

Manakala untuk kulit berjerawat pula, asid glycolic yang terkandung dalam cuka epal ini dapat membantu mengurangkan peradangan yang terjadi.cuka epal

  1. MENGATASI KELEMUMUR DAN MEREDAKAN KEGATALAN KULIT KEPALA

Kelemumur dan kegatalan di kulit kepala sering menyerang wanita yang berambut panjang serta memakai tudung.

Sifat asid dan anti bakteria yang terkandung pada cuka epal mampu menghilangkan gatal dan juga kelemumur yang bersarang di kepala.

Gunakan cuka epal yang telah dicampur rata dengan sedikit air. Kemudian lumur secara merata pada bahagian kepala. Setelah itu, urut-urutlah kepala bilaslah sehingga bersih. Lakukan secara rutin ya!

cuka epal

Itulah sebahagian daripada manfaat cuka epal. Semoga dengan mengamalkan cuka ini kita dapat mengurangkan penggunaan produk-produk kimia di pasaran. Bukan sahaja selamat, malah jimat!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat

Recent Posts

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme