Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
sakit telinga

KETAHUI 7 PUNCA SAKIT TELINGA DAN CARA MENYEMBUHKANNYA

Posted on 02/05/201702/05/2017 by 123mamanet

Pernah mengalami sakit telinga? Kalau pernah, tentu tahu bagaimana sakit dan deritanya! Sakit telinga adalah suatu bentuk kesakitan, rasa perit atau ketidakselesaan pada telinga. Sakit ini  boleh terjadi secara tiba-tiba atau perlahan-lahan.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN SAKIT TELINGA SERTA EFEK SAMPINGAN:
2 UNTUK MEREDAKAN SAKIT TELINGA, CUBALAH CARA INI:

Tahap kesakitan yang ditanggung akibat sakit telinga memang berlainan pada setiap orang.Tak kira, dewasa ataupun kanak-kanak. Begitu juga dengan penyebab atau puncanya, turut berbeza-beza.

Bagi orang dewasa, sakit ini mungkin disebabkan kerana gangguan atau keadaan di bahagian tubuh lain yang melarat ke telinga. Ini disebabkan ada banyak saraf atau jaringan ikat yang saling berkait dengan struktur kepala dan leher.

Sakit di bahagian telinga ketika menalan makanan biasanya terjadi disebabkan saluran eustachius yang tersumbat, sakit tekak atau radang sinus.

Manakala kesakitan di bahagian telinga pada kanak-kanak pula, kemungkinan besar di sebabkan oleh infeksi telinga tengah. Infeksi telinga tengah pada kanak-kanak sering disertai dengan infeksi saluran pernafasan seperti selesema.

BACA: PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

sakit telinga

BERIKUT BEBERAPA FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN SAKIT TELINGA SERTA EFEK SAMPINGAN:

  1. Cecair yang terbentuk di dalam telinga adalah penyebab umum sakit telinga dan infeksi. Biasanya ia terjadi jauh di dalam gegendang telinga.
  1. Kemungkinan terdapat infeksi atau jangkitan di dalam saluran telinga. Penggunaan earphone yang tidak bersih juga boleh menjadi dinding telinga dijangkiti kuman.

sakit telinga

Selain itu,  ia juga boleh berpunca  pada uangkita pada lubang telinga disebabkan oleh kemasukkan air di dalam lubang telinga ketika mandi atau berenang.

  1. Tertusuk benda tajam atau cotton buds yang dijolok terlalu kuat, sehingga melukai saluran telinga.
  1. Mungkin juga disebabkan bisul atau folikel rambut yang boleh terinfeksi di dalam lubang telinga.
  1. Kehadiran benda asing di dalam telinga seperti serangga, kapas dan sebagainya juga boleh menyebabkan dinding telinga membengkak dan menjadi sakit.
  1. Kekotoran dalam telinga.Tahi telinga yang terkumpul boleh menjadi keras atau tertolak ke dalam lubang telinga semasa kita mengorek telinga.
  1. Ketinggian atau perubahan tekanan.

sakit telinga

 

UNTUK MEREDAKAN SAKIT TELINGA, CUBALAH CARA INI:

* GOYANG-GOYANGKAN TELINGA

Jika telinga sakit kerana seperti ada sesuatu di dalamnya, cubalah goyang-goyangkan telinga.

Tindakan ini akan mengeluarkan benda yang menyebabkan sakit di telinga. Selain itu, apabila ada cecair yang tersumbat di telinga, ianya akan ikut keluar.

sakit telinga

* TUAM DENGAN AIR PANAS SUAM

Air panas suam dapat mengurangkan kesakitan tersebut.. Begitu juga jika ada terjadinya pembengkakkan.

Ambil sehelai tuala panas dan rendamkan di dalam air suam. Setelah itu, perah sehingga kering dan tuamkannya pada baagian telinga yang berasa sakit.
Cara ini dapat membantu untuk mengebaskan deria sakit pada telinga.

sakit telinga

* MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun suam dikatakan sangat efektif untuk mengubati sakit telinga.

Caranya sangat mudah, panaskan sekejap beberapa titis minyak zaitun. Masukkan ke dalam botol yang bersih dan berikan beberapa titis di dalam telinga yang terinfeksi.

sakit telinga

* GUNA HAIR DRYER

Hair dryer selain digunakan untuk mengeringkan rambut, ternyata ia boleh digunakan untuk meredakan kesakitan telinga.

Selepas mandi, gunakan hair dryer untuk mengerigkan telinga. Arahkan hair dryer ke arah telinga, tetapi jangan terlalu dekat. Biarkan udara panas masuk ke dalam telinga untuk mengeringkan bahagian dalam telinga. Pastikan seketika sahaja dan tidak lebih dari tiga minit.

 

Ternyata sakit telinga sama juga seperti sakit gigi. Boleh menganggu tidur, selera makan dan juga emosi kita. Jika dengan cara di atas telah dipakai, namun telinga masih lagi terasa sakit ada baiknya jika kita berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian ya!

 

Semoga artikel ini bermanfaat.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha
  • Pelancaran Garis Panduan Optometris Malaysia

Recent Posts

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme