Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tips kulit putih

Ketahui Tips Kulit Putih Bersih Di Hari Bahagia

Posted on 01/03/201701/03/2017 by 123mamanet

Sebahagian wanita beranggapan bahawa kulit putih bersih merupakan kriteria ideal cantik. Memang ada rahsianya, bacalah tips kulit putih bersih ini sampai habis!

Isi Kandungan hide
1 Dikongsikan beberapa tips kulit putih menggunakan resepi tradisonal.

 

Tidak dinafikan ramai wanita yang berlumba-lumba mencari rahsia tips kulit putih bersih. Bahkan ada yang rela mengeluarkan banyak duit semata-mata mahu kelihatan lebih  cantik dan berseri, terutama bagi yang ingin melangkah ke jinjang pelamin.

 

Satu perkara yang perlu diingat, memutihkan kulit bukanlah suatu proses yang cepat,  segalanya memerlukan disiplin diri dan juga terapi rutin.

 tips kulit putih

Dikongsikan beberapa tips kulit putih menggunakan resepi tradisonal.

 

[btn text=”CARA PUTIHKAN KULIT DENGAN MASKER BERAS, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/putihkan-muka-dengan-masker-beras/” target=”_blank”]

 

  1. tips kulit putihLimau Nipis

Kandungan vitamin C yang terdapat pada buah limau nipis bermanfaat untuk mengecilkan pori-pori kulit di sekitar muka. Di samping itu, ia juga mampu menghaluskan serta mencerahkan kulit muka.

 

Sapukan potongan buah limau nipis pada muka dua kali seminggu bagi mendapatkan kulit muka putih berseri di hari bahagia anda nanti.

 

 

 

  1. tips kulit putihTomato

Tomato mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Boleh dimanfaatkan untuk  menghilangkan kelemumur serta mengatasi jerawat dan juga bintik-bintik hitam.

 

Kandungan lycopene yang terdapat pada tomato mampu melindungi sel kulit dari kerosakan akibat terdedah pada sinaran matahari. Pengambilannya dalam jumlah yang mencukupi pada setiap hari juga akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal dan elastik.

 

Ini adalah kerana tomato juga mempunyai kandungan yang dapat meransang kemunculan kolagen pada sel kulit. Kolegan inilah yang akan membuatkan kulit menjadi tidak mudah kendur atau berkedut.

 

 

  1. tips kulit putihSoya

Kulit jadi lebih putih dengan soya. Makanan yang termasuk dalam famili kacang-kacangan ini kaya dengan isoflavon yang sering disering panggil aglycone.

 

Kandungan tersebut dikatakna mampu membuatkan kulit menjadi lebih putih dan bebas kedutan.

 

  1. Kentang

tips kulit putih

Kentang dipercayai dapat menghilangkan bekas-bekas jerawat, bintik-bintik hitam, menyamarkan kedutan serta menghaluskan kulit.

 

Kentang mengandungi karbohidrat ini juga kaya dengan vitamin A, B, C dan juga E.

 

Gunakan masker kentang sebagai pemutih kulit. Sagat atau parut kentang sehingga halus, kemudian campurlah dengan sedikit madu asli. Gunakan sebagai masker di muka anda. Biarkan selama 30 minit, sebelum dibilas sehingga bersih.

 

 

  1. tips kulit putihSengkuang

Penggunaan sengkuang sebagai bahan merawat kulit memang telah percayai sejak dahulu lagi. Mampu menferahka, sekaligus menegangkan kulit yang selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari.

 

Pati dari isi sengkuang ini mengandungi zat yang boleh mencerahkan, sekaligus menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka.

 

Selain itu, kandungan vitamin C sebagai antioksidan yang dapat melawan radikal bebas sehingga kulit nampak awet muda.

 

Sagat atau parut halus sengkuang, kemudian sapukan pada muka sebagai masker. Laku seminggu sekali secara teratur.

 

  1. tips kulit putihBetik

Buah betik mempunyai banyak khasiat, salah satunya membuatkan kulit kelihatan lebih cantik. Betik mempunyai kandungan semulajadi yang mampu membuang pelbagai racun dari dalam tubuh, mempercepatkan regenerasi sel-sel kulit mati dan mencegah kedutan serta penuaan semulajadi.

 

Bagi tips kulit putih dengan betik, anda disarankan meminum jus betik. Di samping itu, pakai juga masker betik.

 

Haluskan campuran betik muda dan betik masak, kemudian sapukan pada permukaan muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas sehingga bersih.

 

Semoga dengan membaca tips kulit putih di atas anda akan dapat memiliki kulit yang mulus dan bersih.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme