Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
warna-warna lipstik

Ketahui Warna-Warna Lipstik Paling Menarik Di Bibir

Posted on 08/05/201608/05/2016 by 123mamanet
warna-warna lipstik
Kredit: squarespace

SETIAP wanita pasti mempunyai warna-warna lipstik favourite masing-masing. Bermula dari warna cerah hinggalah ke lipstik dengan warna gelap.

Isi Kandungan hide
1 Berikut 6 warna-warna lipstik yang mampu menambah aura kecantikan wajah anda:

 

Lipstik adalah salah satu produk kecantikan yang disapu pada bibir dan terdiri daripada pelbagai warna dan fungsinya. Ada di antaranya berfungsi sebagai perwarna bibir, pelembab, menghilangkan pucat pada bibir dan yang pastinya untuk menambah kecantikan wajah kita.

 

Berikut 6 warna-warna lipstik yang mampu menambah aura kecantikan wajah anda:

 

  1. Merah Terang

    warna-warna lipstik
    Kredit: cloudfront

Warna merah klasik tidak akan membuatkan anda kelihatan kuno. Malahan warna-warna lipstik yang sebegini akan membuatkan kulit anda kelihatan jauh lebih cerah kerana ia menciptakan kesan kontras di antara warna kulit dengan warna bibir.

 

 

 

 

 

  1. Fuschia

    warna-warna lipstik
    Kredit: polkacafe

Warna yang cukup sinonim dengan bibir Barbie ini juga mampu membuatkan wajah anda kelihatan cerah. Elakkan penggunaan mekap yang berlebihan bagi penampilan mekap agar mata yang melihat lebih tertumpu pada bibir anda.

 

 

 

 

 

  1. Violet

    warna-warna lipstik
    Kredit: all4desktop

Warna ungu boleh dijadikan pilihand jika anda sudah bosan dengan warna pink ataupun merah. Jangan gunakan mekap mata yang terlalu tebal supaya penampilan anda tidak kelihatan menyeramkan.

 

 

 

 

  1. Pink

    warna-warna lipstik
    Kredit: cache

Warna pink adalah warna paling disukai oleh ramai wanita. Ia meninggalkan kesan feminine, girly dan sesuai untuk semua wanita di segala situasi dan usia.

 

Anda juga boleh tampil dengan cool dengan wana-warna lipstik kegemaran ramai ini kerana warna ini memiliki fungsi serbaguna kerana boleh di blend dengan warna semulajadi bibir.

 

 

  1. Nude

    warna-warna lipstik
    Kredit: cloudfront

Warna-warna lipstik sebegini bukan semua orang sesuai memakainya. Warna nude boleh memberikan efek ‘sakit’ dan membuatkan wajah anda kelihatan tidak segar.

 

Tetapi pemilihan warna yang sesuai dengan tona kulit anda boleh membuatkan seorang wanita ini kelihatan seksi!

 

Lipstik berwarna nude sangat natural dan mempunyai pelbagai variasi warna, daripada warna gelap hinggalah ke warna terang.

 

Jika anda berkulit putih, sebaiknya pilih lipstik nude yang cenderung pink.Bagi yang berkulit kuning langsat dan sawo matang seeloknya memilih warna-warna lipstik yang cenderung oren atau coklat.

 

 

  1. Deep Berry

    warna-warna lipstik
    Kredit: squarespace

Warna-warna lipstik gelap seperti berries, coklat, maroon dan hitam, tidak ramai yang berani mencubanya.

 

Namun jika anda mahukan kelainan, cubalah warna deep berry kerana lipstik berwarna gelap ini mampu meninggalkan kesan formal dan menggoda. Lipstik berwarna gelap memiliki aura yang misteri dan cukup sesuai untuk anda yang berani  untuk tampil berbeza!

 

Selamat bereksperimen dengan warna-warna lipstik yang anda sukai. Semoga apa yang Mamanet kongsikan ini dapat membantu anda kelihatan lebih menawan dengan pilihan warna lipstik yang tepat untuk anda.

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme