Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
ketiak basah

Ketiak Basah dan Berbau, Ketahui 6 Cara Atasinya!

Posted on 01/23/201701/24/2017 by 123mamanet

Ketiak Basah dan berbau! Alamak, stressnya padahal dah pun pakai deodorant. Masalah ketiak basah dan berbau seringkali membuatkan kita menjadi malu serta hilang keyakinan diri. Jadi, sebab itulah kita takut untuk mengangkat tangan kita ke atas tinggi-tinggi.

Isi Kandungan hide
1 Supaya kita tidak terus dibelenggu perasaan malu, cubalah tip mudah untuk mengurangkan masalah ketiak basah dan berbau.

 

Bimbang orang yang berada berdekatan dengan kita akan ternampak dan berasa terganggu dengan keadaan ketiak kita yang berbau. Ternyata masalah tersebut boleh dicegah dan dikurangi.

 

ketiak basah

 

[btn text=”CARA PUTIHKAN KETIAK SECARA SEMULAJADI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/5-cara-putihkan-ketiak-secara-semulajadi” target=”_blank”]

 

Supaya kita tidak terus dibelenggu perasaan malu, cubalah tip mudah untuk mengurangkan masalah ketiak basah dan berbau.

 

  1. Jaga Kebersihan Diri

Cara kita menjaga kebersihan diri sendiri turut mempengaruhi kemunculan masalah tersebut. Paling kurang, mandilah dua kali sehari. Jika kita culas  atau malas untuk mandi, bermakna kita sengaja membiarkan bakteria semakin merebak dan menyebabkan pengeluaran peluh kita jadi meningkat. Bukan itu sahaja ya, bau badan juga akan muncul disebabkan dari metabolisme bakteria tersebut.

ketiak basah

  1. Mencukur Bulu Ketiak

Salah satu cara paling mudah untuk dilakukan bagi mencegah ketiak basah adalah dengan mencukur bulu ketiak, terutama bagi kita yang kerap berpeluh.

 

Bulu ketiak yang dibiarkan panjang boleh memperburukkan lagi keadaan. Bulu rambut akan mempermudahkan lagi pembiakkan bakteria yang menjadi penyebab bau badan.

 

Jadi, rajin-rajinlah mencukur bulu ketiak. Cukur tau, bukan dicabut! Ini adalah kerana bulu ketiak yang dicabut boleh menyebabkan luka mikroskopik pada pori-pori kulit.

ketiak basah

  1. Minyak Rosemary

Kita boleh menggunakan minyak rosemary sebagai pengganti deodorant.
Cara untuk membuat deodorant semulajadi ini sangat mudah, campurkan 8 titis minyak rosemary ke dalam 2 gelas air. Kemudian gunakan campuran tersebut sebagai pegganti deodorant.

ketiak basah

  1. Timun

Ambil sebiji timun dan cuci sehingga bersih. Setelah dicuci, potong timun. Potongan timun yang masih terdapat getahnya itu ke ketiak.

 

Cara ini dipercayai sangat berkesan untuk mengatasi masalah ketiak basah dan berbau. Praktikkan cara ini secara rutin sehingga masalah kita itu betul-betul selesai.

ketiak basah

  1. Kapur Sirih

Sapukan kapur sirih menggunakan hujung jari secara merata pada ketiak. Kemudian, biarkan selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kering. Setelah itu, barulah dibilas dengan air bersih. Bersihkan sisa-sisa kapur sirih itu dengan perlahan-lahan supaya kulit ketiak kita tidak terluka.

ketiak basah

  1. Cuka

Cuka boleh menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan pada ketiak.
Cuka yang boleh dipakai sebagai pengganti deodorant semulajadi. Kita boleh menggunakan cuka putih atau  cuka epal (pilih salah satu).

 

Cuka mempunyai bau masam yang sangat kuat, dan aplikasikan dengan menggunakan kapas pada ketiak sebelum mandi (30 minit sebelum mandi). Setelah itu barulah dicuci dengan air bersih.

 

Itulah bebreapa tip tentang cara semulajadi yang cukup berkesan untuk mengatasi masalah ketiak basah dan berbau. Selamat mencuba.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme