Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
khasiat buah strawberi

Khasiat Buah Strawberi Yang Super Hebat!

Posted on 09/30/201609/30/2016 by 123mamanet
khasiat buah strawberi
kredit foto: rhs

Khasiat buah strawberi memang cukup banyak. Seiring dengan bentuk dan efek warnanya merah menyala membuatkan tambah menarik. Buah strawberi mengandungi banyak nutrisi baik untuk kesihatan dan dikatakan sangat efektif dalam mencegah pelbagai penyakit.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa khasiat buat strawberi :

 

 

Berikut beberapa khasiat buat strawberi :

 

  1. Anti Kanser

Kombinasi antara antioksidan dan anti inflamasi yang terdapat dalam buah strawberi dikatakan dapat melawan pelbagai bentuk kanser terutama kanser prostat, kanser payudara, kanser hati dan kanser kulit.

 

Di samping itu juga kandungan vitamin A, C, E dan asid ellagic berfungsi untuk melumpuhkan kanser dalam tubuh, serta mencegah terjadinya leukemia.

 

 

  1. Memutihkan Gigi

Asid malat yang terkandung dalam buah ini bertindak sebagai zat yang akan mengikis serta menghilangkan gigi kuning.

 

Dengan mengunyah strawberi pada setiap hari juga membantu untuk menyihatkan mulut, menghilangkan bau mulut serta membuatkan nafas menjadi lebih segar.

 

  1. khasiat buah strawberi-
    kredit foto: wisance

    Mencantikkan Kulit Muka

Khasiat buah strawberi juga tidak terkecuali untuk kecantikan kulit muka. Buah strawberi dikatakan mampu mengatasi tanda-tanda penuaan semulajadi dengan membantu menghasilkan kulit yang lebih anjal, halus dan bebas dari kedutan.

 

Antioksidan dan vitamin dalam buah ini juga dapat mengatasi kulit berminyak, mengangkat sel kulit mati, mencerahkan kulit muka serta mampu mencegah jerawat.

 

Cara Mudah Membuat Masker Strawberi Untuk Kecantikan Muka:

  1. Pilih buah yang masih segar, cuci bersih dan buang tangkai serta daunnya.
  2. Haluskan, kemudian sapukan pada seluruh kulit muka.
  • Biarkan selama 30 minit, kemudian cucilah muka dengan air bersih.

 

  1. Mencegah Anemia Pada Ibu Mengandung

Khasiat buah strawberi juga turut memainkan peranan untuk mencegah anemia pada ibu mengandung.

 

Buah ini mengandungi zat besi untuk ibu mengandung yang mampu membantu pembentukan sel darah merah di dalam tubuh.

 

Anemia atau kekurangan darah merah kerap menyerang ibu mengandung sehingga membuatkannya cepat penat dan mudah pitam.

 

 

  1. Mengatasi Gangguan Morning Sickness

Buah strawberi juga dapat mengurangkan efek morning sickness serta mengatasi pembengkakan yang terjadi pada tangan serta kaki ibu mengandung.

 

 

Tip Ekstra!

khasiat buah strawberi
kredit foto: swallowtailgardenseeds

Cara Memilih Buah Strawberi Yang Segar

  • Untuk mengetahui kesegaran buah strawberi, cuba tekan buanya secara perlahan-lahan. Jika terasa lembik, bermakna sudah tidak segar lagi.
  • Pilih buah strawberi yang bersaiz kecil atau sedang kerana ia memiliki rasa yang lebih manis dan sedap daripada yang bersaiz besar.
  • Warna merah menyala bermakna kesegaran buah strawberi masih terjaga. Jadi, pilihlah yang warnanya tidak kusam dan nampak kecut.
  • Setelah membeli, jangan cuci buah tersebut. Cara ini dapat mencegah buah tersebut daripada menjadi cepat rosak dan busuk. Ketika hendak dimakan, barulah dicuci hingga bersih supaya kesegaran buah strawberi ini terjaga.

Semoga artikel Khasiat Buah Strawberi ini bermanfaat. Selamat mencintai buah ini!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme