Khasiat buah strawberi memang cukup banyak. Seiring dengan bentuk dan efek warnanya merah menyala membuatkan tambah menarik. Buah strawberi mengandungi banyak nutrisi baik untuk kesihatan dan dikatakan sangat efektif dalam mencegah pelbagai penyakit.
Berikut beberapa khasiat buat strawberi :
- Anti Kanser
Kombinasi antara antioksidan dan anti inflamasi yang terdapat dalam buah strawberi dikatakan dapat melawan pelbagai bentuk kanser terutama kanser prostat, kanser payudara, kanser hati dan kanser kulit.
Di samping itu juga kandungan vitamin A, C, E dan asid ellagic berfungsi untuk melumpuhkan kanser dalam tubuh, serta mencegah terjadinya leukemia.
- Memutihkan Gigi
Asid malat yang terkandung dalam buah ini bertindak sebagai zat yang akan mengikis serta menghilangkan gigi kuning.
Dengan mengunyah strawberi pada setiap hari juga membantu untuk menyihatkan mulut, menghilangkan bau mulut serta membuatkan nafas menjadi lebih segar.
-
Mencantikkan Kulit Muka
Khasiat buah strawberi juga tidak terkecuali untuk kecantikan kulit muka. Buah strawberi dikatakan mampu mengatasi tanda-tanda penuaan semulajadi dengan membantu menghasilkan kulit yang lebih anjal, halus dan bebas dari kedutan.
Antioksidan dan vitamin dalam buah ini juga dapat mengatasi kulit berminyak, mengangkat sel kulit mati, mencerahkan kulit muka serta mampu mencegah jerawat.
Cara Mudah Membuat Masker Strawberi Untuk Kecantikan Muka:
- Pilih buah yang masih segar, cuci bersih dan buang tangkai serta daunnya.
- Haluskan, kemudian sapukan pada seluruh kulit muka.
- Biarkan selama 30 minit, kemudian cucilah muka dengan air bersih.
- Mencegah Anemia Pada Ibu Mengandung
Khasiat buah strawberi juga turut memainkan peranan untuk mencegah anemia pada ibu mengandung.
Buah ini mengandungi zat besi untuk ibu mengandung yang mampu membantu pembentukan sel darah merah di dalam tubuh.
Anemia atau kekurangan darah merah kerap menyerang ibu mengandung sehingga membuatkannya cepat penat dan mudah pitam.
- Mengatasi Gangguan Morning Sickness
Buah strawberi juga dapat mengurangkan efek morning sickness serta mengatasi pembengkakan yang terjadi pada tangan serta kaki ibu mengandung.
Tip Ekstra!
Cara Memilih Buah Strawberi Yang Segar
- Untuk mengetahui kesegaran buah strawberi, cuba tekan buanya secara perlahan-lahan. Jika terasa lembik, bermakna sudah tidak segar lagi.
- Pilih buah strawberi yang bersaiz kecil atau sedang kerana ia memiliki rasa yang lebih manis dan sedap daripada yang bersaiz besar.
- Warna merah menyala bermakna kesegaran buah strawberi masih terjaga. Jadi, pilihlah yang warnanya tidak kusam dan nampak kecut.
- Setelah membeli, jangan cuci buah tersebut. Cara ini dapat mencegah buah tersebut daripada menjadi cepat rosak dan busuk. Ketika hendak dimakan, barulah dicuci hingga bersih supaya kesegaran buah strawberi ini terjaga.
Semoga artikel Khasiat Buah Strawberi ini bermanfaat. Selamat mencintai buah ini!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]