Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Burger King KingCam Mini Camera edisi terhad bersama Coca-Cola

KingCam Mini Camera Kini Di Burger King Malaysia

Posted on 07/12/202607/12/2026 by 123mamanet

Burger King Malaysia kembali menarik perhatian peminat dengan memperkenalkan Burger King KingCam Mini Camera, sebuah kamera mini edisi terhad hasil kolaborasi bersama Coca-Cola.

Isi Kandungan hide
1 Koleksi Eksklusif Untuk Abadikan Momen
2 Cara Mendapatkan Burger King KingCam Mini Camera
2.1 Set Hidangan Medium Nachos Cheese Deluxe
2.2 Set Hidangan Medium Ayam Goreng
3 Harga KingCam Mini Camera Burger King Malaysia
4 Burger King Malaysia Raikan Momen Bersama Pelanggan
5 Boleh Didapati Bermula 12 Julai 2026
6 Cipta Pengalaman Baru

Menerusi kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera, pelanggan berpeluang mendapatkan koleksi eksklusif ini melalui pembelian set hidangan terpilih bermula 12 Julai 2026.

Selain menikmati menu kegemaran Burger King, pelanggan kini boleh membawa pulang sebuah kamera mini yang direka untuk merakam pelbagai detik menarik bersama keluarga dan rakan-rakan.

Koleksi Eksklusif Untuk Abadikan Momen

Kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera mengetengahkan konsep meraikan detik-detik kecil yang bermakna dalam kehidupan seharian.

Hasil kolaborasi antara Burger King Malaysia dan Coca-Cola ini menghasilkan sebuah kamera mini yang bukan sahaja menarik sebagai barangan koleksi. Malah, boleh digunakan untuk merakam kenangan ketika menikmati makanan, berkumpul bersama rakan atau ketika melakukan aktiviti santai.

Setiap pembelian tersebut  turut disertakan dengan kad SD 1GB bagi melengkapkan pengalaman pengguna.

Cara Mendapatkan Burger King KingCam Mini Camera

Untuk memilikinya, pelanggan perlu membeli salah satu daripada set hidangan yang ditawarkan menerusi kempen ini.

Dua pilihan set hidangan yang layak adalah:

Set Hidangan Medium Nachos Cheese Deluxe

Nachos Cheese Deluxe bersama 4 ketul Nuggets
Harga: RM25.95

Set Hidangan Medium Ayam Goreng

Ayam Goreng 2 ketul bersama Nachos Cheese Dunk
Harga: RM27.40

Harga termasuk SST 6%.

Harga KingCam Mini Camera Burger King Malaysia

Selepas pembelian mana-mana set hidangan terpilih, pelanggan boleh mendapatkan mendapatkannya pada harga istimewa RM59.90 menerusi tawaran beli-dengan-beli.

Dengan nilai runcit sebanyak RM99, koleksi edisi terhad ini menawarkan peluang kepada peminat Burger King untuk memiliki barangan eksklusif pada harga promosi.

Burger King Malaysia Raikan Momen Bersama Pelanggan

Menurut Leong Huey Ying, Ketua Pemasaran Burger King Malaysia, budaya berkumpul sambil menikmati makanan bersama keluarga dan rakan-rakan sememangnya dekat dengan masyarakat Malaysia.

Melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera, Burger King Malaysia mahu memberikan pelanggan satu cara yang lebih menyeronokkan untuk merakam dan menyimpan kenangan daripada setiap pertemuan.

Ia menjadi simbol kepada pengalaman menikmati makanan sambil mencipta momen yang lebih bermakna.

Boleh Didapati Bermula 12 Julai 2026

Burger King KingCam Mini Camera boleh didapati bermula 12 Julai 2026 di cawangan Burger King Malaysia yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Namun begitu, koleksi ini hanya tersedia selagi stok masih ada. Pelanggan yang berminat digalakkan mendapatkannya lebih awal kerana ia merupakan barangan edisi terhad.

Cipta Pengalaman Baru

Kempen ini memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan dengan menggabungkan hidangan kegemaran bersama koleksi eksklusif yang boleh digunakan untuk merakam kenangan.

Bagi peminat Burger King atau pengumpul barangan edisi terhad, ia pastinya menjadi salah satu koleksi menarik untuk dimiliki.

Jangan lupa kunjungi cawangan Burger King Malaysia yang mengambil bahagian bermula 12 Julai 2026 untuk mendapatkan koleksi ini sebelum stok habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • KingCam Mini Camera Kini Di Burger King Malaysia
  • mannings guardian Kini di Malaysia, Tawar Produk Harian Berkualiti
  • Johnson’s baby Malaysia: Formulasi Lembut Baharu
  • Huggies Breezy Day Malaysia Tampilkan Huggies AirSoft Pants
  • Malaysia Choco Fest the Curve Raikan Warisan Koko Malaysia
  • guardian Malaysia Menang Retail Asia Awards 2026
  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik

Recent Posts

  • KingCam Mini Camera Kini Di Burger King Malaysia
  • mannings guardian Kini di Malaysia, Tawar Produk Harian Berkualiti
  • Johnson’s baby Malaysia: Formulasi Lembut Baharu
  • Huggies Breezy Day Malaysia Tampilkan Huggies AirSoft Pants
  • Malaysia Choco Fest the Curve Raikan Warisan Koko Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme