Konsert JessC gegarkan Arena of Stars, Genting Highlands dengan lebih 5,000 penonton!Penyanyi antarabangsa berkarisma, JessC, sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya menghiburkan lebih 5,000 peminat setia dalam konsert Jessie Chung World Tour 2025 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.
Konsert JessC selama tiga jam itu bukan sekadar persembahan biasa. Sebaliknya, ia adalah muzikal penuh emosi dengan 33 persembahan memukau dalam tiga bahasa — Melayu, Inggeris, dan Mandarin.
Konsert JessC 2025 Cukup Meriah
Memukau dari mula hingga akhir, JessC tampil bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai pemuzik serba boleh, memainkan piano, keyboard dan gitar secara langsung di pentas. Persembahannya penuh bertenaga dan sarat dengan elemen artistik yang jarang dilihat dalam konsert solo masa kini.

Sorakan penonton bergema apabila artis undangan terkenal seperti Fauziah Latiff, Lee An Sheng dan Lee An Tian turut muncul membuat persembahan bersama JessC — menjadikan suasana malam itu lebih hangat dan menghiburkan.
Fauziah Latiff khususnya berjaya mengubati kerinduan peminat dengan persembahan lagu-lagu hitsnya seperti Dia dan Sekilas Senyumanmu sekaligus menyemarakkan lagi suasana penuh emosi sepanjang malam.
“Saya Terharu Dengan Sokongan Anda Semua” – JessC
Menerusi ucapannya di pentas, JessC meluahkan rasa syukur dan terharu terhadap sokongan padu para peminat.
“Kehadiran anda semua benar-benar buatkan saya rasa terharu! Tenaga, sorakan dan cinta anda, semuanya amat bermakna buat saya,” kata JessC sambil menerima tepukan gemuruh dari seluruh dewan.
Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan termasuk My Style, One Chance, Satu Suara Raya, Dekati, Sinaran, Forever Young dan Expose — masing-masing mengangkat tema kekuatan, harapan dan kebangkitan diri.
Baca Juga:
Hidup Bukan Perlumbaan, Fokus Pada Diri Sendiri
Trik Simpan Duit Untuk Percutian
Di Sebalik Vokal Hebat, Seorang Penyembuh Jiwa
Selain dikenali sebagai penyanyi, JessC juga merupakan seorang Certified Therapeutic Musician dan doktor naturopati bertauliah yang menggunakan muzik sebagai alat terapi untuk merawat kesihatan fizikal, emosi dan spiritual.
Berbekalkan diploma muzik terapi dari UK dan Sepanyol, PhD dalam Sains Kesihatan dari Charisma University dan Ijazah Kedoktoran dalam Perubatan Integratif Cina dan Barat dari Guangzhou University, JessC bukan hanya seorang penghibur. Beliau adalah penyembuh jiwa melalui melodi.
Melalui lagu-lagunya JessC telah berjaya menyentuh hati ramai individu yang berhadapan dengan depresi, kecemasan dan cabaran hidup menjadikan muziknya sebagai cahaya di hujung lorong gelap.
Buktikan Muzik Bukan Sekadar Hiburan – Ia Adalah Terapi Jiwa
Konsert ini bukan sahaja menjadi medan hiburan, tetapi juga sebuah pengalaman yang menyentuh hati dan menyemarakkan semangat. JessC membuktikan bahawa muzik boleh menjadi jambatan kepada penyembuhan, harapan dan kekuatan dalaman.
Dengan keunikan gabungan seni dan sains serta persembahan bertaraf antarabangsa, Jessie Chung World Tour 2025 pastinya menjadi antara konsert paling dikenang di Malaysia tahun ini.
terima kasih jessc dan fauziah latiff sangat seronok dapat tengok mereka live✨️
omg! wow JessC&Kak Jee!!!!!Satu malam penuh dengan seni dan bakat. JessC buktikan tiada batas untuk seorang artis sejati✨❤️
Penampilan JessC malam itu sungguh menawan, dari awal hingga akhir, konsert ini penuh kejutan! Lagu-lagu rancak buat semua berdiri, manakala lagu-lagu perlahan pula menyentuh emosi.
Konsert ini sangat hebat! Suara Kak Jee sangat kuat dan merdu. JessC sangat cantik, dan lagu itu sangat membangkitkan semangat dan bertenaga!
Saya betul-betul seronok di konsert ni. Muziknya hebat, penonton pun sangat bersemangat, memang satu malam yang takkan saya lupakan
Hebat sangat! Tahniah kpd JessC dan Kak Jee. Semua lagu sedap. Sangat enjoy.
best performance