Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Konsert Lagenda Rock Vol.1

Konsert Lagenda Rock Vol.1 16 Julai 2023 

Posted on 06/01/202306/01/2023 by 123mamanet
 Konsert Lagenda Rock Vol.1

Buat julung kalinya, empat barisan kugiran lagenda dari era 80an dan awal 90an iaitu XPDC, Rusty Blade, May dan Babylon akan disatukan di panggung menerusi Konsert Lagenda Rock Vol.1 yang dibawakan oleh penganjur Mutiara Optimum Sdn Bhd.

Tanggal 16 Julai, 2023, bertempat di Megastar Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur bakal mengubat kerinduan para peminat rock yang pastinya sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan konsert hebat ‘otai-otai’ rock ini.

“Saya tidak mahu berkongsi banyak tapi percayalah, Konsert Lagenda Rock Vol.1 akan menajdi konsert bersejarah bukan sahaja untuk pemuzik tetapi peminat yang sudah lama tidak dapat menyaksikan gabungan kugiran-kugiran rock dalam sebuah persembahan,” ujar Pengarah Urusan Mutiara Optimum Sdn, Adam Hanafi Bin Masdi.

Konsert Lagenda Rock Vol.1 ini turut menjadi pentas pertama buat XPDC beraksi dalam skala besar selepas mantan vokalis mereka, Mael, meninggal dunia pada 27 April 2023 lalu.

Meski allahyarham sudah lama tidak bersama XPDC dan perjuangan serta empayar kugiran tersebut dilanjutkan oleh Ali sebagai vokalis bersama anggota yang lain,namun ‘repoiture’ lagu-lagu seperti ‘Titian Perjalanan’ dan ‘Aku Masih Di Sini’, ‘Apa Nak Dikata’ dan ‘Semangat Yang Hilang’ pastinya akan membangkit nostalgia buat vokalis hebat tersebut.

“Kami bukan cuba mengambil kesempatan terhadap pemergian Allahyarham Mael, tetapi XPDC wajib ada dalam Konsert Lagenda Rock Vol. 1. Apalah ertinya rock atau metal dan sebuah konsert tapa kugiran berprolifik seperti XPDC,” ujar Adam Hanafi lagi.

Artikel Lain: Fun Run 2023

Sementara itu, bagi vokalis Rusty Blade, Yantzen, penganjuran Konsert Lagenda Rock Vol. 1 adalah tanda aras atau pembuktian kugiran rock atau metal tidak pernah ‘mati’ meski mengalami pertukaran ahli kumpulan serta tidak lama menerbitkan material baru.

“Rusty Blade sendiri sebagai contoh sudah lama tidak muncul dengan album baru, tapi kewujudan kami dan bagaimana karya yang diperkenalkan diminati terus hidup adalah bukti muzik rock tidak pernah mati. Seperti mana banyak mengaitkan rock adalah legenda, karya-karya kami juga evergreen. Jadi, buat peminat, nantikan persembahan Rusty Blade, XPDC, Babylon dan May dalam konsert bersejarah ini. Seperti biasa, ini bukan janji tapi persembahan kami akan rock!” ujar Yantzen.

Konsert Lagenda Rock Vol. 1

XPDC, Rusty Blade, May & Babylon Tak Sabar Untuk Beraksi

Malahan XPDC dan Rusty Blade, May serta Babylon juga cukup teruja untuk beraksi khas  buat peminat mereka.Lagu-lagu yang suda lama tidak didengar berkumandang di corong radio dan hanya menjadi peneman halwa telinga atau ditonton menerusi YouTube seperti ‘Api Cinta’, ‘Metal Fire’ dan ‘Haruman Berbisa’ dari Babylon dan ‘Langsuir Liar’dan juga ‘Tiada Lagi Aku’ (Rusty Blabe) akan didendangkan secara langsung.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 pada 16 Julai 2023 nanti di Megastar Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur. Tiket-tiket berharga RM288 (standing & seating) dan pembelian Early Bird akan memperolehi diskaun sebanyak 15 peratus boleh dibeli menerusi www.MyTicket.asia.

2 thoughts on “Konsert Lagenda Rock Vol.1 16 Julai 2023 ”

  1. Pingback: YHB SLEEPSALOT “TUKAR CURRENCY” - 123mamanet
  2. Pingback: Kelly Azman Pertaruhkan Lagu Dusta Cinta - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme