Kopiko telah melantik pelakon popular Malaysia, Syafiq Kyle sebagai duta baharu jenama.
Pelantikan ini menjadi pembuka tirai kepada kempen istimewa selama setahun bertemakan “Kopi Pekat Tak Manis Sangat: Feveret Syafiq” meraikan cita rasa kopi yang kaya, seimbang dan tidak terlalu manis.

Kenapa Syafiq Kyle Memilih Kopiko?
Bagi Syafiq, kerjasama ini bersifat peribadi. Ia sudah lama menjadi kopi kegemarannya, khususnya Kopiko Macchiato.
“Dengan formula dua bahagian espresso dan satu bahagian susu, ia memberikan rasa yang pekat tapi tak manis sangat. Memang kena dengan cita rasa saya,” jelas Syafiq.
Keikhlasan Syafiq sebagai peminat setia menjadikan pelantikan ini lebih daripada sekadar kempen. Ia adalah jemputan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman menikmatinya daripada perspektif seorang penggemar sebenar.
Sokongan Istimewa
Menurut Stephenie Siew, Pengurus Pemasaran Kopiko:
“Kami berasa amat teruja kerana pelakon pujaan ramai, Syafiq Kyle, kini menjadi sebahagian daripada keluarga Kopiko. Sepanjang 12 bulan akan datang, kami bukan sahaja mempromosikannya Malah mengajak semua untuk menghayati, menikmati dan mengumpul detik istimewa bersama kami.”
Siri Jelajah Bersama Syafiq Kyle
Sebagai permulaan, AEON Wangsa Maju menjadi lokasi pertama siri jelajah ini.
Acara ini memberikan peluang kepada peminat untuk:
- Bertemu dan bergambar bersama Syafiq Kyle
- Membeli set eksklusif produk ini semasa acara
Edisi Terhad
Pelancaran ini turut memperkenalkan koleksi cawan kopi edisi terhad dengan lapan warna unik, dipilih sendiri oleh Syafiq Kyle. Koleksi ini menjadi simbol kempen dan kenangan buat para peminat.

