Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

Kuala Gandah Dan Pesona Gajah Untuk Anda

Posted on 12/14/201612/15/2016 by 123mamanet

kuala gandahCuti persekolahan merupakan momen terbaik untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Apa kata sebelum cuti panjang ini berakhir, bawalah keluarga menerokai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

Isi Kandungan hide
1 Macam Mana Nak Ke Kuala Gandah?
2 Apa Nak Buat Bila Dah Sampai?
3 Aktiviti Untuk Para Pengunjung

 

Tempat ini cukup menarik dan boleh menjadi salah satu tempat tujuan untuk bercuti bersama keluarga. Ianya bukan sahaja dapat memberikan kita pendedahan yang luas tentang kehidupan gajah. Malahan, di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini juga menggabungkan pemandangan alam, seronoklah kita  berekreasi sambil dikelilingi tumbuhan hijau. Ada taman herba dalam pusat ni.

 

 

kuala gandah

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini menempatkan beberapa ekor gajah yang telah dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka. Bagi memastikan ianya terus hidup, maka anak-anak gajah ini dibawa ke pusat ini untuk dirawat dan dipelihara.

 

 

[btn text=”KETAHUI TENTANG CUTI BAJET. KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/5-idea-percutian-bajet-keluarga/” target=”_blank”]

 

Macam Mana Nak Ke Kuala Gandah?

kuala gandah

Bagi yang sudah biasa melalui Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Lumpur-Kuantan Highway), tentu tak ada masalah kan….  Nanti exit di Lanchang dan belok sahaja ke kanan.

 

Perjalanan seterusnya adalah dalam 20 minit untuk sampai ke Elephant Sanctuary- Kuala Gandah. Ada signboard, dan kalau susah sangat, pakai aplikasi WAZE ok. Confirm sampai! Tapi, janganlah pecut kereta atau motorsikal tu laju-laju sebab ni jalan kampung. Sempit dan jalan rayanya tidak begitu elok sangat.

 

 

Apa Nak Buat Bila Dah Sampai?

kuala gandah

Apabila kita dah sampai, terus ke lobi utama untuk mendaftar  dan menandatangani surat pelepasan tanggung jawab bagi mendapatkan tiket masuk.

 

Tiada bayaran dikenakan. Tapi kita dialu-alukan untuk memberikan sumbangan seikhlas hati bagi kemajuan tempat ini. Terpulanglah pada kita, sama ada hendak memberi ataupun tidak.
Di samping itu, jika kita pergi beramai-ramai, boleh sahaja untuk menghantar seorang wakil dengan senarai penuh nama-nama ahli keluarga yang lain. Selepas mendaftar tu, barulah kita diberikan sticker atau pelekat dan tampallah pada lengan baju kita.

 

 

Aktiviti Untuk Para Pengunjung

kuala gandahSebenarnya bukanlah banyak sangat aktiviti yang boleh kita lakukan di sini. Kalau sampai sebelah petang pun ok, lepas Zohor. Cuma kalau nak tengok Tayangan Video – sejarah dan  dokumentari  tentang proses pemindahan semula gajah liar tu kenalah datang awal sikit (sebelum jam 1.30 petang). Pusat ini juga dibuka pada setiap hari, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

 

Antara Aktiviti:

* Memberi Makan Gajah

Kita berpeluang bergambar dan memberi makanan kepada gajah sewaktu ‘lunch hour’ nya.

 

* Tengok Show Gajah

Bolehlah kita ramai-ramai tengok gelagat dan aksi gajah dewasa bersama penjaganya.Di samping itu diselitkan juga penerangan mengenai gajah dan sejarahnya.

 

* Mandi Bersama Gajah

kuala gandahInilah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai pengunjung.Jika enggan turut serta dalam aktiviti mandi bersama anak-anak gajah, boleh sahaja tengok gajah-gajah ini mandi bersama dengan penjaga mereka di situ.

 

Tapi kalau hari hujan lebat atau keadaan paras airnya tidak sesuai, aktiviti mandi bersama anak-anak gajah untuk para pengunjung dibatalkan.

 

Okay, semoga apa yang diterangkan di sini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada anda yang ingin datang ke sini. Selamat bercuti dan manfaatkan sebaik mungkin ‘quality time’ bersama keluarga tersayang.

 

Jika ada kelapangan, singgahlah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan  atau Elephant Sanctuary- Kuala Gandah ini. Bagi yang sudah berkeluarga, punya anak-anak, pasti seronok!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme