Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Losyen Badan

Kulit Gebu Dan Cerah Dengan Losyen Badan

Posted on 06/15/201606/17/2016 by 123mamanet

Losyen BadanLOSYEN badan adalah salah satu must have item yang dimiliki oleh ramai wanita. Mamanet pun tak terkecuali. Sentiasa ada di dalam hand bag!

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa manfaat yang boleh diperoleh jika kita menggunakan losyen badan secara teratur. Antaranya:

 

Losyen  merupakan salah satu produk kecantikan yang berfungsi menjaga kesihatan serta keindahan kulit. Pemakaian secara teratur boleh membantu mempertahankan kelembapan kulit dalam pelbagai keadaan sekaligus memberikan nutrisi yang diperlukan.

 

Terdapat bermacam-macam jenis losyen badan yang terjual di pasaran yang menampilkan pelbagai fungsi seperti healthy white, lightening, UV protection dan sebagainya.

Berikut beberapa manfaat yang boleh diperoleh jika kita menggunakan losyen badan secara teratur. Antaranya:

 

  1. Kulit Bebas Kusam Dan Kembali Cerah

Pemakaian losyen dengan kandungan AHA, akan membantu proses regenerasi kulit yang terhalang menjadikan kulit bebas dari kusam.

 

Tambahan pula pigmentasi sering menjadi masalah utama wanita Asia yang mahukan kulit cerah. Namun, kesan buruk akibat sinaran matahari  tidak dapat dilawan. Pemakaian losyen badan yang mengandung vitamin B3 akan memperlambat proses pigmentasi, sehingga kulit menjadi cerah.

 

  1. Melembutkan KulitLosyen Badan

Kelembapan kulit terjaga dengan pemakaian losyen badan, kulit akan terasa lebih lembut. Biarpun kulit kita jenis berminyak, pasti ada bahagian-bahagian pada badan yang lebih kasar, seperti di bahagian lipatan seperti siku, lutut dan tumit.

 

Pemakaian losyen padan pada setiap hari akan membantu menjaga bahagian lipatan pada badan selembut kulit kita yang lain. Pemakaiannya yang tepat juga akan mempercepatkan regnerasi kulit di badan sehingga menjadi lembut. Kulit anda akan lembut bagai kulit bayi.

 

BACA INI

  • 6 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Sihat dan Cantik
  • Ketahui Masalah Melalui Bau Vagina Anda

 

  1. Menjaga Kulit Tetap Lembab Dan Anjal

Kulit yang mengalami kekeringan lebih mudah terkena iritasi dan kemerahan. Pemakaian losyen badan pada setiap hari mampu menjaga kelembapan kulit agar tetap terjaga sehingga mencegah kulit terkena masalah kesihatan seperti kulit kering, menggelupas dan gatal-gatal.

 

Kulit yang kering biasanya tidak sesuai dengan losyen biasa. Jadi, kita kena bijak membuat pilihan, sebaiknya pilihlah yang mengandungi vitamin E dan glycerin yang mampu mengembalikan hidrasi kulit dan menjadikannya lembab dan lembut.

 

Di samping itu juga, kandungan retinol boleh membantu membuatkan kulit kita menjadi lebih anjal dan tidak berkedut.

 

  1. Badan Lebih Relaks Dan WangiLosyen Badan

Biasanya losyen badan mempunyai bau yang lembut dan cukup menyenangkan. Tubuh kita pun akan menjadi lebih wangi sepanjang waktu, biarpun tidak  mampu bertahan seharum bau minyak wangi.

 

Kita boleh mencampurkan losyen  dengan baby oil atau minyak kayu putih untuk dijadikan minyak aromaterapi. Urutlah pada bahagian kaki, betis, paha, belakang dan punggung. Selain boleh menjadikan kulit kita menjadi lebih relaks, ia juga boleh membuatkan kulit jadi lebih cantik.

 

Info Ekstra!

Pemakaian losyen sebaiknya dilakukan setiapkali selepas mandi. Pemakaian  losyen pada waktu yang tepat akan lebih memaksimakan penyerapannya ke kulit.

 

Ketika kita membersihkan tubuh dengan sabun mandian kelembapan kulit akan terhakis. Apatalah lagi jika mandian yang kita gunakan itu akan menyebabkan kita kehilangan lembapan semulajadi kulit.

Pastikan kita memakai losyen badan setiap kali selepas mandi bagi menggantikan kelembapan yang hilang.

1 thought on “Kulit Gebu Dan Cerah Dengan Losyen Badan”

  1. Pingback: Resepi Biskut Suji Arab - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti

Recent Posts

  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme