BETADINE® lancar penjagaan alat sulit wanita terbarunya, buih dan cecair cucian wanita BETADINE®. BETADINE®, jenama yang dipercayai di seluruh dunia telah melancarkan rangkaian BETADINE® Daily Feminine Wash Foam dan BETADINE® Daily Feminine Liquid Wash telah dicipta khas untuk melengkapi kegunaan kebersihan alat sulit wanita pada setiap hari.
Formulasinya yang lembut menjadikan ia sesuai digunakan setiap hari dimana ia dicipta secara eksklusif untuk menjaga bahagian intimasi dan sensitif kaum wanita. Ketahui juga kenapa faraj berbau busuk.
BETADINE® Daily Feminine Wash merangsang kesimbangan pH semulajadi di bahagian intimasi di mana ia membantu menjaga persekitaran yang sihat untuk bakteria baik yang melindungi dan menentang ketidakselesaan bahagian alat sulit wanita.
Turut menyediakan pelbagai perlindungan lengkap yang lain, BETADINE® Daily Feminine Wash juga dianggap produk kebersihan paling komprehensif untuk kaum wanita yang mempunyai gaya hidup aktif.
BETADINE® juga telah melancarkan kempen berguna ini yang dilihat turut memberi panduan dan gakakan kepada kaum wanita untuk mempraktikkan penggunaan produk kebersihan bahagian intimasi mereka.
“BETADINE® mendidik kaum wanita mengenai kepentingan penjagaan bahagian intimasi dan mengekalkan kebersihan alat sulit wanita,” kata Suresh Pragasam, Pengurus Besar, MundiPharma Pharmaceuticals Sdn Bhd. “Menyediakan rangkaian lengkap produk yang sesuai dengan keperluan kaum wanita, kami juga mahu menyediakan khidmat nasihat kepada wanita terhadap penjagaan kebersihan wanita yang tidak sekadar mengenai rutin kebersihan bahagian intimasi.”
Kebersihan dan Penjagaan Alat Sulit Wanita
“Akibatnya, maklumat yang diperolehi mereka mungkin tidak membantu dan kebanyakan mereka akhirnya menggunakan produk yang tidak dicipta khas untuk menjaga kebersihan bahagian intimasi.”
“Lebih 40% pengguna wanita menggunakan sabun biasa atau cecair pencuci badan untuk bahagian intimasi mereka . Ia menjadi satu isu penting dimana produk-produk ini, khususnya gel dan sabun wangian mampu menjejaskan keseimbangan bakteria dan pH di bahagian itu . Malah, ketidakseimbangan pH dan bakteria sihat boleh menyebabkan simptom pelbagai seperti kegatalan, bau yang tidak menyenangkan dan keputihan . Boleh dikatakan, tiga daripada empat wanita mempunyai pengalaman dan masalah ini ,” katanya.
Memandangkan sabun badan adalah bukan merupakan penyelesaian sempurna bahagian intimasi dan mampu menyebabkan ketidakseimbangan nilai pH, Datuk Dr Nor Ashikin menasihatkan kaum wanita untuk bijak memilih produk yang kaya dengan kandungan semulajadi dan prebiotik dalam usaha melindungi bahagian intimasi daripada pelbagai simptom yang tidak diingini yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.
Menyedari kandungan semulajadi adalah penting dalam membentuk keyakinan dan keselesaan kaum wanita, BETADINE® Daily Feminine Wash Foam dan BETADINE® Daily Feminine Liquid Wash merangsang persekitaran optimum untuk pertumbuhan bakteria sihat.
Diformulasikan dengan Tri-Care™, yang merangkumi Immortelle, SyriCalm™, and Deoplex®, dengan prebiotik, ia mengekalkan persekitaran yang sihat buat bahagian alat sulit wanita atau intimasi untuk memberikan keseimbangan pH semulajadi .
Immortelle (ekstrak Helichrysum italicum) memiliki sejarah kukuh sebagai bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Ia juga didatangi dalam pelbagai penyediaan antimikrobial dan merupakan bahan antioksida semulajadi yang memperbaiki kerosakan radikal dan merangsang pertumbuhan sel.
Immortelle bertindak sebagai antioksida semulajadi yang membantu meningkatkan kelembapan semulajadi kulit .
SyriCalm™ (ekstrak Phragmites communis ) merupakan bahan aktif yang melegakan permukaan kulit dan mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit. SyriCalm™ turut mengurangkan erythema, melegakan kegatalan dan melindungi serta memperbaiki masalah lain di bahagian intimasi wanita .
Deoplex® (ekstrak Sacharromyces) merupakan bahan ekstrak semulajadi yang meneutralkan bau yang tidak menyenangkan. Deoplex® turut mengandungi enzim yang menyediakan pelbagai fungsi yang membantu menyahkan bau kurang menyenangkan .
Untuk mengukuhkan formula Tri-Care™, BETADINE® Daily Feminine Wash mengandungi prebiotik yang dikenali sebagai Biolin dapat membantu merangsang pertumbuhan bakteria baik dan melindungi bahagian intimasi wanita. Prebiotik adalah bahan yang merangsang pertumbuhan bakteria baik dan ia biasanya boleh didapati dalam madu, pisang, bawang putih, bawang merah dan serat.
Biolin pula menyediakan bahan kesuburan untuk bakteria baik yang membantu pertumbuhan semulajadi mereka. Selain mengekalkan keseimbangan pH yang optimal, Biolin turut menyokong dan memberi fungsi imun dan melindungi bakteria jahat daripada terbentuk.
Dr Liew Fah Onn, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Assunta yang juga bekas presiden Persatuan Menopos Malaysia berkata, “Memandangkan terdapat jangkitan yang boleh dihapuskan dan pertumbuhan tidak normal bakteria yang berkaitan dengan keadaan yang lebih serius , BETADINE® Daily Feminine Wash dapat mengekalkan persekitaran yang sihat untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dan menyediakan perlindungan untuk menentang ketidakselesaan bahagian alat sulit wanita atau intimasi menerusi kebaikan tiga bahan semulajadi tersebut yang dicipta secara unik dalam formulasi Tri-Care™ .”
Serlahkan Keyakinan Anda dengan BETADINE® Daily Feminine Wash Foam
Dianggap sebagai produk penjagaan kebersihan wanita yang unik, BETADINE® Daily Feminine Wash Foam memiliki format pengepaman buih yang direka khas untuk memudahkan pengguna wanita.
Selain mudah digunakan, pam tersebut menjimatkan dalam setiap kali kegunaan dan tekstur buihnya juga sangat mewah dan lembut pada kulit.
“Diperkukuhkan dengan latarbelakang saintifik kami dalam bidang kajian penjagaan kebersihan intimasi wanita, kami bekerjasama dengan doktor dan pakar-pakar dalam bidang ini agar dapat memberikan manfaat kepada kaum wanita yang tidak terhad sekadar isu kebersihan,” kata Suresh.
“Menerusi latarbelakang kami yang kuat dan kepercayaan yang diberikan oleh pakar kesihatan yang profesional termasuk pengguna dari seluruh dunia, kami menyasarkan untuk terus menyediakan pelbagai rangkaian formulasi yang komprehensif untuk memberikan banyak pilihan rangkaian penjagaan alat sulit wanita atau intimasi khusus buat wanita yang mencari perlindungan dan penjagaan yang terbaik pada diri mereka,” akhiri Suresh.
[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]