Anda sering keletihan, susah nak fokus dan perlukan lonjakan tenaga segera? Inilah masanya untuk anda berkenalan dengan Leonhart, kopi berkafein tinggi yang diformulasikan khas dengan gabungan unik 200mg kafein dan ashwagandha.
Tidak seperti kopi biasa, Leonhart memberikan tenaga berpanjangan sambil menenangkan minda menjadikannya pilihan terbaik untuk profesional, pelajar dan sesiapa sahaja yang mahu menguasai hari mereka tanpa rasa gelisah.
Kenapa Leonhart Lain Daripada Yang Lain?
Ia adalah gabungan hebat antara kafein tinggi (200mg/stik) dan Ashwagandha, herba semula jadi yang terbukti membantu meredakan stres dan menyokong keseimbangan emosi.
Dibangunkan selama 7 tahun oleh pengasasnya, Encik S. Allan, bersama pasukan penyelidik, mereka mencuba lebih dari 100 kombinasi bahan sebelum menemui formula yang sempurna. Tujuannya? Untuk membantu orang ramai, dari pelajar universiti hingga profesional sibuk agar dapat menguasai hari mereka tanpa kompromi terhadap kesihatan dan ketenangan.
Leonhart – “Master Your Day” dengan Semangat Singa
Kopi ini diilhamkan daripada kekuatan seekor singa – simbol keberanian dan ketahanan. Nama dan logonya membawa maksud bahawa setiap daripada kita memiliki “hati singa” yang mampu menghadapi segala cabaran harian.
Minuman segera ini dihasilkan mengikut piawaian Eropah melalui sistem tertutup untuk menjaga kesegaran dan kualiti. Secara tak langsung ia memberikan anda tenaga yang stabil serta ketenangan minda untuk membuat keputusan yang lebih jelas sepanjang hari.
2 Varian Hebat Untuk Sokong Gaya Hidup Anda
Hadir dalam dua varian enak dan berkualiti tinggi:
-
Leonhart High Caffeine Coffee Mix
-
Leonhart High Caffeine Hot Chocolate
Kedua-duanya diformulasikan untuk memberikan anda tenaga segera dan fokus berpanjangan. Sesuai diminum pada waktu pagi, tengah hari yang mengantuk ataupun pada waktu malam ketika anda menyiapkan tugasan penting.
Baca Juga:
6 Cara Mudah Menangani Stress Di Tempat Kerja
Kebaikan Minum Kopi Tanpa Gula
Apa Yang Buat Leonhart Istimewa?
Berikut ialah manfaat utama setiap stik Leonhart:
✅ 200mg Kafein Tinggi – Dua kali ganda lebih tinggi berbanding kopi biasa. Memberikan lonjakan tenaga dan kejelasan fikiran.
✅ Ashwagandha – Menenangkan sistem saraf, mengurangkan tekanan dan membantu anda kekal fokus.
✅ Tiada Rasa Gelisah – Kombinasi ini bantu elakkan rasa jantung berdebar seperti minuman tenaga lain.
✅ Instant & Praktikal – Mudah dibancuh, sesuai untuk gaya hidup sibuk.
Kopi Anda, Sumbangan Bermakna
Setiap pembelian sachet Leonhart menyumbang USD 0.10 kepada Leonhart Fund – sebuah inisiatif yang menyokong program pembangunan diri, kepimpinan komuniti dan kesejahteraan emosi. Ini bermakna, secawan kopi anda setiap hari bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi juga bantu orang lain mencapai impian mereka.
Di Mana Nak Dapatkan Leonhart?
Produk Leonhart High Energy Coffee Mix dan Leonhart High Energy Hot Chocolate boleh didapati dengan harga *RM16.97 sekotak (15 sachet x 18g)**. Disahkan halal, dan kini boleh dibeli di:
Pasar raya terpilih seperti:
- AEON
- AEON Big
- Isetan
- Urban Sri Petaling
- Sogo
- Seibu TRX
- QRA
- NSK Grocer
- Village Grocer (terpilih)
- DeMarket
- Everise (Sabah & Sarawak)
Platform e-dagang seperti:
- Lazada Malaysia
- Shopee Malaysia
- TikTok Shop
Minum Kopi Yang Boleh Mengubah Hari Anda
Ia bukan sekadar minuman tenaga. Ia adalah gerakan gaya hidup moden untuk mereka yang mahu lebih dari sekadar rasa sedap! Bahkan juga kenikmatan, ketenangan dan impak positif kepada masyarakat.
Sedia untuk “Master Your Day”? Mulakan hari anda dengan Leonhart sekarang!