LG Electronics Malaysia (LG) mengukuhkan lagi peranannya sebagai peneraju teknologi pengguna dengan memperkenalkan pendekatan baharu — Affectionate Intelligence (AI) — dalam acara tahunan LG Convention 2025 yang berlangsung di Bangsar South.
Teknologi ini direka bukan sekadar untuk melaksanakan tugasan secara automatik tetapi juga memahami keperluan pengguna, menyesuaikan diri secara pintar dan memperkayakan kehidupan harian secara lebih peribadi.
“Usaha kami kini bukan hanya meningkatkan kepintaran teknologi, tetapi turut memberi nilai empati yang mampu menyentuh kehidupan pengguna,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.
Produk Berasaskan AI yang Menyesuaikan Diri Dengan Anda
Antara produk utama yang dipamerkan termasuk:
* TV OLED LG dengan Pemprosesan Pintar AI
Paparan dan bunyi akan disesuaikan secara automatik mengikut jenis rancangan yang ditonton dan pencahayaan dalam bilik. Hasilnya, anda dapat menikmati pengalaman tontonan yang lebih selesa dan menarik.
* LG AI Air DualCool™️
Sistem penyaman udara yang mempelajari corak penggunaan dan melaras suhu serta aliran udara secara automatik untuk keselesaan optimum dan penjimatan tenaga.
* Mesin Basuh AI Direct Drive (AIDD)
Mengesan jenis fabrik dan saiz muatan, lalu melaras kitaran basuhan agar lebih lembut dan efisien serta ideal untuk pakaian halus dan tahan lama.
Baca Juga:
Melancong Solo, Pengalaman Wajib Setiap Wanita
10 Idea Dekorasi Rumah Bajet Bawah RM 100
Reka Bentuk Inovatif yang Memperkaya Gaya Hidup
* Peti Sejuk LG MoodUP™️
Peti sejuk ini ada lampu LED berwarna-warni pada pintunya yang boleh ditukar ikut citarasa. Ia juga ada pembesar suara Bluetooth terbina. Jadi anda boleh mainkan muzik terus dari telefon. Semuanya boleh dikawal dengan aplikasi ThinQ untuk cipta suasana dapur ikut mood anda.
* Ketuhar Gelombang Mikro Pintar LG
Dilengkapi Teknologi Smart Inverter dan salutan antibakteria EasyClean™️, ia menyokong pelbagai mod memasak dan pemanasan pantas untuk gaya hidup moden.
* Mesin Pencuci Pinggan & Kerusi Urut Healing-Me Arte
Menawarkan penjimatan masa dan tenaga. Kerusi urut LG yang memenangi Red Dot Design Award 2024 pula menampilkan reka bentuk ergonomik dan intuitif.
Udara Lebih Segar & Bersih di Rumah Anda
Penyejuk Udara PuriCare™️ Majove DUAL Inverter
Menyesuaikan kelajuan kipas dan pemampat secara automatik berdasarkan kelembapan semasa.
Penulen Udara LG PuriCare™️ ATOM-U
Diperkenalkan buat kali pertama untuk pasaran Malaysia, menonjolkan gaya moden dan fungsi canggih untuk rumah kontemporari.
Melangkah ke Era Kehidupan Pintar
LG Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk menyambut era baharu teknologi rumah. Di mana peralatan bukan sahaja membantu, tetapi juga memahami, menyesuaikan dan menyokong gaya hidup seharian. Ini adalah masa depan teknologi yang lebih manusiawi, intuitif dan berkesan.
Untuk maklumat lanjut, layari:
https://www.lg.com/my
Ikuti Facebook rasmi LG Malaysia:
https://www.facebook.com/LGMalaysia