Nikmati air bersih setiap hari dengan lebih mudah! LG Malaysia memperkenalkan satu lagi inovasi gaya hidup moden iaitu Penulen Air LG PuriCare ATOM-U, kini tersedia melalui model langganan fleksibel LG Subscribe. Teknologi ini bukan sahaja memudahkan hidup anda. Malah memperkukuh kesihatan seisi keluarga.
Apa itu LG Subscribe?
LG Subscribe adalah penjenamaan semula daripada LG Rent-Up, menandakan peralihan daripada konsep sewa tradisional kepada langganan pintar. Melalui LG Subscribe, pengguna mendapat akses penuh kepada teknologi premium LG seperti penyaman udara, vakum tanpa wayar dan kini termasuk Penulen Air PuriCare ATOM-U – tanpa perlu mengeluarkan kos permulaan yang tinggi.
Baca Juga:
Kenapa Pilih Penulen Air LG PuriCare ATOM-U?
Dengan rekaan bawah sinki yang minimalis dan moden, model ATOM-U sesuai untuk kediaman urban dan kontemporari. Ia dilengkapi dengan:
- Teknologi penulenan air terkini
- Rekaan jimat ruang untuk dapur moden
- Air bersih dan tulen terus dari paip
- Sokongan penyelenggaraan berkala selama 5 hingga 7 tahun
Produk ini direka untuk keselesaan pengguna moden. Ia mudah digunakan, diselenggara secara profesional dan disambung terus dengan aplikasi LG ThinQ untuk kawalan pintar.
Baca Juga:
Strategi Menangani Kos Sara Hidup Tahun 2025
Tips Mendapatkan Kabinet Dapur Bajet 1K
Lee Zii Jia Sebagai Duta LG
Dalam majlis pelancaran LG Subscribe, atlet kebanggaan negara dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia, turut hadir sebagai Duta Jenama LG. Beliau mengakui bahawa model langganan ini sangat ideal untuk rakyat Malaysia yang menghargai prestasi, fleksibiliti dan teknologi berkualiti dalam kehidupan seharian.
Komitmen LG Terhadap Gaya Hidup Pintar
Menurut Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, langkah ini selaras dengan visi global LG untuk menjadi Syarikat Solusi Hidup Pintar menjelang 2030. Ia bukan sekadar menjual produk, tetapi menyediakan penyelesaian yang meningkatkan kualiti hidup pengguna di seluruh dunia.
Siapa Sesuai Gunakan ATOM-U?
Model ini sangat ideal untuk:
- Keluarga muda yang mahukan kesihatan terjamin
- Pemilik rumah atau penyewa yang mahu jimat ruang dan tenaga
- Individu urban yang menghargai teknologi dan keselesaan
Dengan pelan langganan yang fleksibel mengikut bajet, lebih ramai kini boleh menikmati penulen air premium tanpa beban kewangan besar.
Langgan Hari Ini!
Inilah masanya untuk beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat dan pintar. Penulen Air LG PuriCare ATOM-U bukan sahaja memberi anda air bersih setiap hari. Bahkan ia didatangkan dengan servis menyeluruh dan sokongan pintar. Semuanya dengan kos langganan yang berbaloi!
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi LG Malaysia di www.lg.com/my atau ikuti Facebook rasmi LG di facebook.com/LGMalaysia.