Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
LG

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare Terbaru

Posted on 08/23/202309/03/2023 by 123mamanet

LG PuriCare | Nikmati keindahan paduan sempurna antara reka bentuk yang menawan dan fungsi canggih melalui Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare. Koleksi Objet yang lengkap dengan gaya dan teknologi penulenan yang luar biasa.

Isi Kandungan hide
1 LG Lancar Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri ‘PuriCare’
2 Koleksi Objet Terajui Konsep Baru
2.1 Sistem Penapis Puri 4-Peringkat
3 Keistimewaan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare
3.1 Promosi Eksklusif

 

LG

LG Lancar Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri ‘PuriCare’

LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) memperkenalkan era baharu penulenan air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare.

LG

Koleksi Objet Terajui Konsep Baru

Koleksi Objet menerajui konsep baharu dalam teknologi penulenan air di mana reka bentuk dan warna bertemu untuk menggubah sesuatu yang luar biasa yang turut menyerlahkan lagi keindahan ruang rumah.

Dengan lima pilihan warna yang cantik iaitu Calming-  Cream White, Beige, Pebble Grey, Pink dan Cream Sky . Koleksi ini memperkasakan pemilik rumah untuk mencipta ruang yang mencerminkan personaliti mereka yang istimewa dan unik.

Melengkapkan Keperluan Isi Rumah

Menurut Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia,  penulen Air Tanpa Tangki terbaharu ini memainkan peranan yang penting dalam ruang kediaman moden di mana ia bukan sahaja memanfaatkan kesihatan keluarga. Malahan, turut mengindahkan ruang kediaman.

“Koleksi Objet melambangkan komitmen LG untuk mentakrif semula keperluan harian. Kami telah menggabungkan teknologi penulenan air yang canggih dengan reka bentuk yang menawan untuk menghasilkan produk yang dapat melengkapkan keperluan setiap isi rumah,” jelas beliau.

 

Baca Juga:Ketahui Simptom-Simptom Influenza

 

Sistem Penapis Puri 4-Peringkat

Didatangkan dalam reka bentuk yang menawan, produk revolusioner ini menyalurkan air yang ditulenkan terus dari sumber air untuk menghasilkan air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikoorganisma.

Dengan Sistem Penapis Puri 4-Peringkat, penulen air ini dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% norovirus, dan pelbagai bahan pencemar berbahaya.

Produk ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi mudah alih LG ThinQ™ untuk kemudahan yang dipertingkatkan yang membolehkan pengguna membuat kawalan dengan satu sentuhan.

LG

Keistimewaan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare

Koleksi Objet  ini daripada penulen air yang lain ialah Langganan Penapis Layan Diri yang disediakan dengan setiap pembelian, satu kemudahan eksklusif yang hanya ditawarkan oleh LG.

Langganan ini didatangkan dengan penapis baharu setiap enam bulan. Ia akan dihantarkan terus ke pintu rumah anda supaya penukaran penapis dapat dilakukan sendiri dengan mudah dan cepat. Tanpa perlu menunggu Juruteknik professional LG. Konsep layan diri ini juga dilengkapi fungsi pensterilan automatik yang membolehkan pelanggan menikmati air bersih tanpa gangguan.

Bentuk dan fungsi lain yang meningkatkan lagi pengalaman pengguna termasuk:

  • Panel sentuh mesra pengguna yang membolehkan pelarasan suhu air yang tepat (40°C, 75 °C, 85 °C). Manakala  tetapan isipadu pula  daripada 120ml hingga 1000ml untuk memenuhi keperluan masakan.
  • Tap bergerak Automatik dapat menampung ketinggian cawan yang berbeza-beza, mengurangkan percikan sambil memastikan keselamatan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen LG terhadap kelestarian alam sekitar, penulen air tanpa tangki layan diri ini melengkapkan gaya hidup hijau dengan mengurangkan sisa plastik.

Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk pengguna yang mementingkan alam sekitar. Selain itu, kecemerlangan produk revolusioner ini juga telah diiktiraf dengan penerimaan 2022 Energy Winner Award dan 2022 GOOD DESIGN Award. Ini jelas membuktikan lagi dedikasi LG terhadap inovasi dan kualiti.

Baca Juga: Nikmatnya Kopi Hitam Super Klasik

Promosi Eksklusif

Dari 1 Ogos hingga 31 Oktober, LG menawarkan promosi eksklusif. Mana-mana pelanggan akan menerima satu Penutup Hadapan (Biru/Merah Jambu). Ia akan diberikan secara percuma dengan pemasangan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare.

Penambahan bergaya ini meningkatkan estetika produk dengan ciri warna yang mencantikkan lagi persekitaran dapur.

Untuk informasi selengkapnya layari https://www.lg.com/my

Atau di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk mendapatkan berita dan promosi terbaru.

 

1 thought on “Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare Terbaru”

  1. Pingback: BLACKMORES Triumphs at Trusted Brands Malaysia 2023 - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme