Lincoln University College (LUC) dengan bangganya mengumumkan jalinan kerjasama strategik bersama Cengild G.I. Medical Centre melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Perjanjian ini bertujuan memperkukuh pendidikan dan latihan dalam bidang kejururawatan, sekaligus menjadikan LUC sebagai pusat rujukan utama untuk melahirkan tenaga pakar kejururawatan yang kompeten dan berdaya saing di Malaysia.
Fokus Kerjasama Strategik
MoU ini merangkumi tiga komponen utama yang akan memberikan manfaat besar kepada pelajar kejururawatan:
Penajaan Pelajar Diploma Kejururawatan
Cengild G.I. Medical Centre akan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak. Inisiatif ini memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang kejururawatan tanpa bebanan kewangan, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.
Latihan Klinikal dan Penggunaan Fasiliti Hospital
Pelajar akan menjalani latihan praktikal di hospital di bawah pengurusan Cengild. Ini bertujuan memastikan pelajar mendapat pendedahan klinikal yang komprehensif, sejajar dengan keperluan Lembaga Kejururawatan Malaysia (LKM).
Promosi dan Penggunaan Identiti Jenama Hospital
Kerjasama ini juga melibatkan promosi pengambilan pelajar dan pembangunan latihan menggunakan identiti jenama hospital.
Komitmen Lincoln University College
- Sebagai rakan strategik, LUC bertanggungjawab memastikan pelajar:
- Mematuhi etika profesional sepanjang latihan klinikal.
- Mempunyai rekod akademik yang tersusun dan terurus.
- Mendapat perlindungan insurans yang mencukupi sepanjang tempoh latihan klinikal.
Selain itu, LUC akan bekerjasama dengan Cengild dalam menyelaraskan jadual latihan klinikal untuk memastikan pelajar dapat memaksimumkan pengalaman pembelajaran mereka.
Sokongan dari Pihak Pengurusan
Menurut Tuan Amin bin Mohd Shukor, Vice President for Corporate & Regional Affairs LUC:
“Kerjasama ini adalah langkah strategik untuk menjadikan LUC sebagai pusat kecemerlangan dalam melahirkan tenaga kerja kejururawatan berkemahiran tinggi. Dengan gabungan pendidikan berkualiti dan pengalaman praktikal, kami yakin dapat menyumbang kepada pembangunan sektor kesihatan negara.”
Pihak Cengild G.I. Medical Centre turut menyatakan komitmennya dalam memantau perkembangan akademik pelajar serta menyediakan insurans bagi melindungi keselamatan awam dan liabiliti hospital sepanjang tempoh MoU ini.
Baca Juga:
Tips Mengurus Kewangan Keluarga Di Awal Tahun 2025
Kenapa Manusia Susah Nak Berubah?
Majlis Menandatangani MoU
Majlis bersejarah ini turut dihadiri oleh:
- Tuan Amin bin Mohd Shukor (Vice President for Corporate & Regional Affairs, LUC)
- Puan Aslin Hafiza Ali (COO, LUC)
- Cik Razlyn Amieza Aron (Director Clinical & Collaboration, School of Nursing & Applied Health Science)
- Puan Thilashiny Letchumanan (Human Resource Manager, Cengild G.I. Medical Centre)
- Ms Ewe Boon Lay (Director of Nursing, Cengild G.I. Medical Centre)
Impak Kerjasama
Dengan termeterainya MoU ini, LUC dan Cengild G.I. Medical Centre berazam untuk melahirkan generasi baharu jururawat profesional yang mampu memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia. Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh bidang kejururawatan serta menyumbang kepada pembangunan sektor kesihatan di Malaysia.