Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum dengan warna semula jadi

Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum

Posted on 03/14/202603/14/2026 by 123mamanet

Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum kini hadir sebagai pilihan baharu bagi mereka yang mahukan penjagaan bibir dengan sentuhan warna semula jadi tanpa menyebabkan bibir terasa kering atau tidak selesa.

Isi Kandungan hide
1 Pelembap Bibir Dengan Warna Semula Jadi Untuk Kegunaan Harian
2 Diformulasi Dengan Bahan Gred Makanan Yang Selamat
3 Diperkaya Dengan 4X Esen Madu Untuk Bibir Lebih Sihat
4 Memberikan Kelembapan Sehingga 12 Jam
5 Diperkaya Dengan Minyak Botani Dan Vitamin E
6 Harga Dan Ketersediaan Lip Pure Tinted Mentholatum

Ramai individu mengalami masalah bibir kering, merengsa atau terasa tegang apabila menggunakan produk bibir berwarna. Kebanyakan produk bibir tinted di pasaran mungkin terasa berat pada bibir, mengeringkan atau tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai bibir sensitif. Walaupun begitu, ramai masih menginginkan sentuhan warna lembut agar bibir kelihatan lebih segar dan sihat secara semula jadi.

Berikutan kejayaan rangkaian asal Lip Pure tanpa warna oleh Mentholatum Lipcare, kini hadir inovasi baharu iaitu Pelembap Bibir Lip Pure Tinted. Ia menawarkan penjagaan bibir yang sama dipercayai dengan tambahan sentuhan warna semula jadi. Produk ini terkenal dengan formulasi premium yang menggunakan 100 peratus bahan gred makanan berkualiti tinggi.

Sapuan Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum dengan kemasan warna lut sinar

Pelembap Bibir Dengan Warna Semula Jadi Untuk Kegunaan Harian

Pelembap Bibir Lip Pure Tinted serba baharu ini dicipta khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang menginginkan penjagaan bibir dengan rona warna semula jadi. Direka untuk pemakaian harian, produk ini memberikan kelembapan ringan sambil menyerlahkan warna semula jadi bibir tanpa rasa berat seperti produk bibir tradisional.

Produk ini didatangkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Merah atau Cherry Red dan Merah Jambu atau Strawberry Pink. Kedua-dua warna ini memberikan kemasan lut sinar yang lembut dan boleh dilapisi mengikut citarasa pengguna. Tekstur yang licin dan ringan memastikan sapuan yang selesa pada bibir. Ia sekaligus menjadikannya sesuai digunakan untuk riasan harian yang ringkas namun tetap menyerlahkan kecantikan semula jadi.

Diformulasi Dengan Bahan Gred Makanan Yang Selamat

Salah satu keistimewaan utama produk ini ialah penggunaan bahan gred makanan premium yang memastikan formulasi produk lembut dan selamat digunakan. Ini memberikan keyakinan kepada pengguna, terutamanya bagi mereka yang mempunyai bibir sensitif atau memerlukan penjagaan tambahan untuk memastikan bibir kekal sihat.

Pelembap Bibir Lip Pure Tinted juga dirumus khas agar bibir terasa ringan dan selesa dipakai sepanjang hari tanpa menyebabkan kekeringan.

Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum dengan bahan gred makanan

Diperkaya Dengan 4X Esen Madu Untuk Bibir Lebih Sihat

Pelembap bibir ini turut diperkaya dengan empat esen madu yang membantu menyihatkan bibir secara semula jadi. Gabungan Royal Jelly, Madu Manuka, Lilin Lebah Semula Jadi dan Ekstrak Propolis. Ia membantu melembapkan, menenangkan serta melindungi bibir agar kekal lembut, licin dan berseri secara semula jadi.

Kehadiran bahan-bahan semula jadi ini menjadikan penjagaan bibir lebih menyeluruh dan sesuai untuk penggunaan harian.

Memberikan Kelembapan Sehingga 12 Jam

Dari segi penjagaan, Pelembap Bibir Lip Pure Tinted memberikan kelembapan yang berpanjangan sehingga 12 jam. Ia membantu mencegah masalah bibir kering dan memastikan bibir kekal selesa sepanjang hari, sama ada ketika bekerja, keluar bersantai atau melakukan aktiviti harian.

Teksturnya yang ringan juga memastikan bibir tidak terasa berat walaupun digunakan sepanjang hari.

Diperkaya Dengan Minyak Botani Dan Vitamin E

Untuk penjagaan bibir yang lebih menyeluruh, formulasi produk ini turut mengandungi gabungan minyak botani dan Vitamin E seperti Minyak Badam Manis, Minyak Kernel Oat, Minyak Biji Meadowfoam serta Minyak Biji Anggur.

Gabungan bahan ini membantu mengunci kelembapan, melembutkan bibir serta memperbaiki kondisi bibir secara keseluruhan agar kelihatan lebih sihat dan lembut.

Harga Dan Ketersediaan Lip Pure Tinted Mentholatum

Mentholatum Lip Pure Tinted dijual pada harga runcit RM25.90 seunit, menjadikannya pilihan penjagaan bibir berkualiti premium yang masih berpatutan.

Produk ini kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka, kedai penjagaan diri serta peruncit dalam talian di seluruh negara. Pengguna boleh memilih antara dua warna menarik iaitu Cherry Red dan Strawberry Pink untuk mendapatkan sentuhan warna semula jadi yang menawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia
  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Recent Posts

  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme