MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan di kawasan Subang.
MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap ini terletak di tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall.
Baru-baru ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri ini, MAGICA menjemput rakan media, rakan bisnes dan para pelanggan menghadiri prebiu eksklusif Hari Terbuka yang julung kalinya diadakan untuk tatapan semua. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang profesional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain iaitu alam MAGICA.

Majlis tersebut juga turut mendapat kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi.Majlis pra pelancaran dan prebiu ini telah disempurnakan oleh Ms Chen Bee Kheng Ketua Pegawai Eksekutif Magica Events & Function Halls bersama Encik Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab, Pengerusi Magica Events & Function Halls.


Tampil Dengan 3 Dewan Utama
MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.

Pada hari tersebut tetamu yang hadir juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesemua dewan dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semua orang berasa terpukau dan kagum.

Magical Hall
Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan.

Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantai kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik.

Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.

Classic Hall
Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah.

Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.

Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing.

Garden Hall
Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan – sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan yang berskala lebih kecil.

Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.

VIP Suite Rooms
Untuk anda yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu.
Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

Pakej Perkahwinan Menarik
Dengan pasangan mempelai sebagai pelanggan utamanya, Magica Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor dan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dengan tawaran dan kelengkapan yang disediakan oleh MAGICA, anda bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan sempurna dan dewan acara berprestij, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya anda belanjakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dewan ini bolehlah hubungi pihak Magica Events & Function Halls di:
Level 4, Star Avenue Lifestyle Mall,
No.3, Jalan Zuhal US/179
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: +6012-6787795
Facebook: https://www.facebook.com/magicasubang/
Instagram: https://www.instagram.com/magicaatsubang