Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
makanan berkhasiat untuk bayi

Makanan Berkhasiat Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Posted on 11/29/201611/29/2016 by 123mamanet
makanan berkhasiat untuk bayi
foto-homosentiens

Si manja anda sudah berusia enam bulan? Jadi, anda perlu menyediakan makanan berkhasiat untuk bayi. Memilih makanan berkhasiat untuknya sangat penting bagi tumbesaran si manja.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa jenis makanan berkhasiat untuk bayi anda:

 

 

Sebenarnya makanan sihat untuk bayi adalah makan yang dimasak sendiri atau home made kerana kualiti dan kebersihannya lebih terjamin.

 

Jenis makanan seperti bubur memang disarankan untuk bayi berusia enam bulan ke atas kerana ia lebih mudah ditelan dan dapat dihadamkan oleh bayi dengan baik.

 

Ketahui juga 15 sebab kenapa bayi muntah.

 

Berikut beberapa jenis makanan berkhasiat untuk bayi anda:

 

  1. Labu Kuning
makanan berkhasiat untuk bayi
foto-feedingmykid

Labu kuning merupakan sumber nutrisi yang sangat baik untuk menyokong kesihatan dan tumbesaran bayi berusia 6 bulan. Ini adalah kerana labu kuning mempunyai kandungan vitam A dan C yang sangat tinggi.

 

Cara membuat makanan berkhasiat untuk bayi anda dengan menggunakan labu kuning ini sangat senang. Kukus sahaja labu kuning sehingga masak, dan lembut atau lenyekkan sehingga menjadi seperti bubur.

 

  1. Keledek
makanan berkhasiat untuk bayi
foto-brands-list

Keledek mengandungi sumber potassium, vitamin C, beta-karoten dan antioksidan yang dapat membantu mencegah segala radikal bebas.

 

Keledek mudah dihancurkan setelah dikukus dan boleh diberikan kepada bayi.Rasanya yang manis pasti akan disukai oleh si manja anda.

 

 

  1. Bayam
makanan berkhasiat untuk bayi
foto-simplywhisked

Sayuran berwarna hijau ini mengandungi vitamin A,B,C, asid folik serta mineral kalsium, fosfor, mangan dan zat besi.

 

Bayam juga sangat penting untuk pembentukan otak bayi. Manakala bayam merah pula mengandungi sumber vitamin dan mineral terutama kalsium. Selain itu, bayam merahkaya dengan fosfor,zat besi serta vitamin A,B1(tiamin) dan C.

 

 

 

 

  1. Lobak Merah
makanan berkhasiat untuk bayi
foto-momtastic

Lobak merah mengandungi beta-karoten yang sangat banyak. Beta-karoten dalam tubuh akan menjadi vitamin A yang memainkan peranan dalam tumbesaran dan membuat penglihatan si manja lebih sihat.

 

 

 

  1. Pisang
makanan berkhasiat untuk bayi
foto-newkidscenter

Buah pisang kaya dengan karbohidrat yang mampu menyediakan energi untuk bayi yang sangat aktif. Selain itu, ia juga kaya dengan serat yang baik untuk saluran penghadaman bayi.

 

Pilih pisang yang masak dan manis rasanya. Hancur atau lenyekkan, sudah pasti si manja akan menggemarinya.

 

 

  1. Ubi Kentang
makanan berkhasiat untuk bayi
foto-cuisinecompanion

Ubi kentang mengandungi karbohidrat yang boleh menjadi pengganti karbohidrat dari nasi. Di samping itu, ubi kentang juga mengandungi vitamin A, zat besi, protein dan potassium.

 

Kukus atau rebus ubi kentang, setelah dimasak, potong dan lembutkan.

 

 

  1. Avokado
makanan berkhasiat untuk bayi
foto-cdn2-momjunction

Salah satu makanan berkhasiat untuk bayi yang boleh anda cuba sebagai variasi makanan supaya si manja anda tidak bosan ialah bubur avokado.

 

Cara membuatnya sangat mudah, bersihkan buah avokado. Kemudian diblender sehingga lumat. Tuang dalam mangkuk dan campur sedikit dnegan air susu ibu atau susu formula.

 

Itulah antara makanan berkhasiat untuk bayi anda. Semoga ia dapat memberikan inspirasi buat anda dalam menyusun menu sihat dan berkhasiat buat si manja anda.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme