Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
punca perut buncit

Awas, 6 Jenis Makanan Ini Punca Perut Buncit

Posted on 10/03/201610/02/2016 by 123mamanet
punca perut buncit
huffingtonpost

Tak kira lelaki mahupun wanita, kita patut tahu penyebab atau punca perut buncit. Dengan mengetahui puncanya tentu lebih mudah dan cepat untuk kita menangani atau mencegahnya supaya perut kita tidak jadi bertambah buncit!

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa jenis makanan yang menjadi punca perut buncit yang perlu diketahui:

 

 

 

Makanan adalah punca utama perut kita menjadi buncit ataupun gendut.Jadi sebab itulah, kita perlu makan secara teratur dan menitikberatkan soal jenis makanan yang diambil supaya badan tetap fit.

 

Berikut beberapa jenis makanan yang menjadi punca perut buncit yang perlu diketahui:

 

  1. Makanan Mengandungi Gula Pasir

Sebelum menjamah sebarang makanan, ada baiknya jika kita memperhatikan kalori, vitamin serta mineral yang terkandung di dalamnya. Makanan yang banyak mengandungi gula, terutamanya gula pasir mempunyai kalori yang tinggi dan tidak mengandungi vitamin serta mineral.

 

  1. punca perut buncitMakanan Yang Banyak Mengandungi Garam

Makanan yang di dalamnya banyak mengandungi garam atau proses pembuatannya memakai garam yang banyak perlu kita elakkan.

 

Ini adalah kerana air tertarik terhadap natrium, sehingga ketika kita mengambil makanan yang mengandungi banyak garam boleh menyebabkan retensi cairan.

 

Di samping itu, pengambilan garam yang berlebihan juga membawa efek negatif untuk kesihatan. Malahan, kita cepat mengah dan letih walaupun badan kita yang nampak berisi.

 

  1. punca perut buncit
    kredit foto: seriouseats

    Makanan Bergoreng Dan Berminyak

Makanan berlemak  merupakan jenis makanan yang sangat sukar untuk dihadamkan dengan sempurna, sehingga dengan cepat boleh menjadi timbunan lemak.

 

Jika kita ingin menjaga badan agar tidak gemuk atau buncit, sebaiknya hindari makanan yang digoreng. Ini adalah kerana di dalamnya banyak mengandungi lemak sehingga sukar untuk dihadamkan oleh badan.

 

Selain itu, makanan bergoreng juga boleh menyebabkan perut terasa penuh dan kembung. Kentang goreng adalah salah satu makanan yang menjadi punca berut buncit kerana di dalamnya terdapat banyak minyak yang mengandungi lemak tinggi.

 

 

  1. Makanan Yang Terlalu Banyak Karbohidrat

    punca perut buncit
    kredit foto: pioneerwoman

Pengambilan karbohidrat yang berlebihan juga boleh menjadi punca perut buncit.Untuk menghindari agar badan tidak jadi gemuk dan buncit, kita perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat yang tidak perlu. Karbohidrat boleh didapati pada nasi, roti putih dan juga pasta.

 

 

 

  1. punca perut buncit
    kredit foto: sugunafoods

    Makanan Olahan

Makanan olahan atau makanan segera  mengandungi kalori yang cukup tinggi. Daging olahan seperti sosej, daging salai dan hot dog boleh menyebabkan perut menjadi semakin buncit, menaikkan tekanan serta meningkatkan kolesterol.

 

 

 

 

  1. punca perut buncit
    kredit foto: weknowyourdreams

    Keju

Keju bila dimakan secara berlebihan boleh membuatkan tubuh sukar menghadamkan makanan kerana keju mengandungi lemak yang cukup banyak sehingga boleh membuatkan perut kita menjadi buncit.

 

Dengan mengetahui jenis-jenis makanan yang menjadi punca perut buncit, kita dapat mengawal ataupun membataskan pengambilannya dengan sebaik mungkin atau seimbang. Moga-moga badan kita bukan sahaja sihat, segar tetapi beratnya juga ideal.

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme