Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Malabar Gold & Diamonds

Malabar Gold & Diamonds Buat Tawaran Istimewa Adilfitri

Posted on 04/12/202311/22/2023 by 123mamanet
Bersempena Aidilfitri kali ini, jenama terkenal barangan kemas antarabangsa terkenal, Malabar Gold & Diamonds menyediakan tawaran istimewa Aidilfitri ini iaitu promosi potongan sifar iaitu tawaran harga trade-in, jual balik barangan emas lama kepada yang baru tanpa potongan diberikan kepada untuk pelanggan.
Malabar Gold & Diamonds 

Tawaran Harga Trade In Terbaik

Isi Kandungan hide
1 Tawaran Harga Trade In Terbaik
2 Koleksi Aidilfitri Malabar Gold & Diamonds
3 Keunikan jenama Malabar
4 Koleksi Aidilfitri Malabar Gold & Diamonds

Harga jualan balik yang ditawarkan adalah sama dengan harga emas yang dijual di MGD Lifestyle Jewellery. Pelanggan juga boleh menjual balik barang emas lama yang dibeli dari mana-mana kedai lain yang dibelinya.

Ini merupakan tawaran harga trade in yang terbaik yang pernah ditawarkan di mana-mana kedai lain.Promosi ini hanya ditawaran di 3 cawangan Malabar di Ampang Point, Mydin Mall Subang Jaya dan Mydin Mall Seremban2.

Koleksi Aidilfitri Malabar Gold & Diamonds

Penampilan wanita tidak akan lengkap tanpa perhiasan barangan kemas. Biarpun hanya sebentuk cincin yang menghiasi jari, aksesori barangan kemas mampu menaikkan lagi seri. 

Sudah pasti koleksi Aidilfititri ini akan menambat hati ramai dengan rekaan yang dibawakan khas dari Timur Tengah seperti Arab Saudi, Dubai, Turki, India dan juga Itali. Negara-negara yang sememangnya terkenal dengan kehalusan kerja tangan dan keunikan rekaan barangan kemas berkualiti tinggi. 

Malabar Gold & Diamonds 

Artikel Lain: Ketahui Tips Membeli Barangan Kemas Bertahtahkan Batu Permata

 

 MGD Lifestyle Jewellery

Koleksi Bella dan Ellan merupakan koleksi dari Itali dan Dubai. Rekaannya yang menerapkan ciri-ciri kemewahan dan gabungan emas kuning, emas rose dan emas putih dan permukaan berpotongan berlian dan filigri, hasilnya kerjatangan yang cukup halus seperti bertatahkan batu berlian. Dua koleksi ini menjadi rebutan terutama untuk Hari Raya ini kerana istimewanya koleksi lengkap dengan set ibu dan anak.         

 MGD Lifestyle Jewellery

Koleksi emas kanak-kanak yang dikenali sebagai Koleksi Starlet mempamerkan rekaan yang comel dari gelang tangan, gelang kaki dan buah rantai.

Artikel Lain: PPZ-MAIWP Lancar Kempen Ramadan Anugerah Terindah

 MGD Lifestyle Jewellery

Keunikan jenama Malabar

Antara keunikan jenama ini  mempunyai koleksi khas untuk segenap lapisan umur:

  • Koleksi Zoul untuk remaja menampilkan perhiasan emas 18 karat (k) rekaan yang lebih ringkas dan moden dan ringan untuk mampu dimiliki untuk mereka yang baru berjinak-jinak membeli barangan kemas.
  • Koleksi Legend pula untuk si jejaka yang boleh didapati dengan emas putih, perak dan emas kuning.
  • Koleksi Precia untuk peminat batu permata yang diikat dengan emas 22karat dan bertatahkan berlian.
  • Tidak ketinggalan koleksi berlian tanpa potongan juga lebih dikenali sebagai intan dari koleksi ERA sangat mengujakan mereka yang meminati rekaan yang lebih esthetik.

Koleksi indah emas 916 dari pelbagai pelusuk dunia ini mempamerkan koleksi gelang tangan emas 916 yang beraneka warna, bentuk dan saiz untuk wanita serta kanak-kanak. Selain itu, himpunan rantai panjang  dengan pelbagai rekaan moden kontemporari juga menarik untuk dimiliki bersama koleksi cincin emas bunga-bungaan. 

 MGD Lifestyle Jewellery

 

Koleksi Aidilfitri Malabar Gold & Diamonds

Istimewa Aidilfitri ini, koleksi gelang tang yang lebar dan kerrawang menjadi dambaan ramai.Secara keseluruhan, koleksi berkenaan diinspirasikan daripda motif bunga-bungaan, cinta, keraian, kelembutan serta kehormatan wanita. 

Bagi yang belum mengenali jenama berkenaan, rekaan eksklusifnya  tidak dapat dimiliki di mana-mana kedai emas yang lain dan sesuai untuk pelbagai lapisan umur serta kaum. Setiap barangan kemas yang dibeli pelanggan mempunyai jaminan baikpulih seumur hidup. 

Selain itu, pelanggan juga boleh menukar balik barangan tanpa susut nilai jika ingin menukarkan  yang lama kepada baru. 

Lebih mengujakan, koleksi rekaan barangan kemas berlian dan emasnya  kebanyakan didatangkan dengan set yang lengkap. Walaubagaimanapun pelanggan boleh membelinya secara berasingan. 

Kumpulan itu mula beroperasi sejak tahun 1993 di sebuah ibukota di Kerala Kozikhode oleh pengasasnya M P Ahmed. Kini mempunyai  305 cawangan di seluruh dunia mula bertapak di Kuala Lumpur pada tahun 2015.

Kini ia adalah antara enam jenama terbesar di dunia dan turut memiliki tujuh cawangan di Malaysia. Antaranya di Jalan Bunus Majis India, Klang, Mydin Mall Seremban2, Mydin Mall Subang Jaya serta Ampang Point.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Koleksi Aidilfitri Malabar Gold & Diamonds yang sungguh mempersonakan ini.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme