Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Mamee Monster

Mamee Monster Cetus Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Posted on 03/19/202303/20/2023 by 123mamanet
Nostalgia Retro Edisi Terhad

Mamee Monster, snek mi tempatan yang terkenal dan digemari ramai kini mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dengan membawakan kembali bungkusan tersebut yang bewarna biru versi 1970-an.

Isi Kandungan hide
1 Retro Mamee Monster

Rakyat Malaysia boleh melihat ikon Mamee Monster biru yang terkenal ini dalam bentuk 2D retro pada pek keluarga Mamee Monster berwarna kuning terang yang boleh didapati di Malaysia dan Singapura mulai Mac 2023 untuk tempoh terhad.

Mamee Monster

Pelekat koleksi turut disertakan dalam bungkusan tersebut, sepertimana Mamee Monster pada satu masa dulu memasukkan cenderahati misteri dalam pek. Bungkusan edisi terhad dengan sentuhan zaman dulu ini dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Datuk Pang Chin Hin, pengasas dan pengerusi eksekutif MAMEE-Double Decker, yang meninggal dunia pada bulan November 2022.

Nostalgia Retro Edisi Terhad

Retro Mamee Monster

Snek mi rangup ini dilancarkan pada 1974 berikutan pengalaman anak sulung Datuk Pang, iaitu Pengerusi Eksekutif MAMEE-Double Decker, Tan Sri Pang Tee Chew memandu menyusur jalan ladang getah di Alor Gajah, Melaka – beliau memerhatikan sekumpulan penoreh getah makan mi segera belum dimasak terus daripada pek.

Pemerhatian tersebut mencetus ilham kepada gandingan bapa dan anak ini untuk merangka hala tuju baharu bagi perniagaan pengilangan mi mereka. Malah, mereka membuat keputusan untuk menjual mi yang sudah berperisa dan sedia untuk dimakan, dan dari situlah lahirnya salah satu snek paling digemari di Malaysia.

Nostalgia Retro Edisi Terhad

Snek mi ini kemudiannya menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga dewasa, kerana rasa yang lazat, strategi pemasaran mantap dan bekalan yang meluas.

“Snek ini telah menjadi snek pilihan utama zaman kanak-kanak yang membawa keceriaan selama berdekad-dekad, sama ada dinikmati sebagai snek di rumah, di sekolah, di parti atau dalam perjalanan.

Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada mendiang Datuk Pang kerana memperkenalkan produk ini dan kempen Retro Mamee Monster ialah cara kami memberi penghormatan dan meraikan perjalanan hidup, daya kreativiti dan pelbagai sumbangannya,” kata How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran MAMEE-Double Decker.

Artikel Lain: Buffet Ramadan 2023 – Selera Nusantara Dewan Banquet MBSA

“Ia merupakan salah satu daripada hasil ciptaan sulung Datuk Pang dan beliau juga mencipta snek lain yang mengukir kenangan manis pada zaman kanak-kanak kita seperti keropok udang Double Decker, kerepek kentang Mister Potato dan snek jagung Corntoz.

Kami berharap bahawa kempen Retro Mamee Monster ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk menghidupkan semula detik-detik manis zaman kanak-kanak mereka. Malah, kami ingin mengembalikan kenangan indah ini untuk dikongsi dengan semua dan kami juga akan memberi ganjaran kepada pengguna,” tambah beliau.

World of Nowstalgia Mamee Monster

Tema kempen World of Nowstalgia Mamee Monster menggandingkan kata ‘nostalgic’ (menimbulkan nostalgia) dan ‘now’ (sekarang).

Kempen ini bertujuan mencetus nostalgia dan menukarkannya menjadi sesuatu yang lebih baharu dan moden, sambil mengekalkan daya tarikan pek yang lama. Kempen ini memanfaatkan kekayaan visual warisan jenama, dan membawanya ke dalam dunia masa kini.

Semua elemen, reka bentuk, warna dan muzik mengimbau kenangan hidup masa lepas yang lebih sederhana, sebelum kebangkitan Internet dan media sosial. Ini adalah untuk mengingatkan orang ramai bahawa walaupun dalam dunia teknologi tinggi bergerak pantas yang sentiasa berubah, masa kita masih boleh diisi dengan detik yang membawa kepuasan, seperti menikmati snek mi yang cukup enak ini.

Para penggemar snek mi ini boleh memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif dari sekarang sehingga 29 Mac 2023.

Untuk melayakkan diri menyertai peraduan, pengguna perlu membuat pembelian minimum satu pek keluarga Retro Mamee Monster dan mengikuti akaun Mamee Monster di Instagram (www.instagram.com/iammameemonster).

Peserta perlu mengambil dan memaparkan gambar kreatif mereka menikmati pek keluarga Retro Mamee Monster berserta keterangan gambar mengenai detik Mamee Monster kegemaran mereka itu di Instagram dengan hashtag #MameeMonsterWorldofNowstalgia dan tag akaun @iammameemonster

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Pihak Mamee Monster akan memilih 80 pemenang peraduan mingguan untuk empat minggu peraduan – setiap pemenang akan menerima wang tunai RM200, kemeja-t dan beg galas Retro Mamee Monster edisi terhad.

Pek keluarga Retro Mamee Monster oleh didapati dalam empat perisa – Lada Hitam, BBQ, Pedas, dan Ayam yang dijual pada harga RM3.50 setiap satu.

Produk ini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, stesen petrol dan kedai serbaneka di seluruh negara, dan juga Mamee Jonker House di Melaka.

Produk ini juga boleh dibeli di gedung rasmi MAMEE di Lazada () dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).

Untuk sebarang pertanyaan, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau hantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat. Atau hantar e-mel ke careline@mamee.com.my atau melayari visit https://mamee.com/.

Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial jenama di Facebook (www.facebook.com/ mymameemonster) dan Instagram (www.instagram.com/iammameemonster/).

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme