Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Marrybrown Egg-stra Ong

Marrybrown Egg-Stra Ong Lagi Power!

Posted on 02/05/202305/30/2023 by 123mamanet
Marrybrown Egg-stra Ong

Marrybrown Egg-stra Ong | Sempena Tahun Arnab yang dinanti-nantikan ini, Marrybrown kembali lagi dengan hidangan Egg-stra Ong untuk dinikmati oleh seluruh keluarga.

Isi Kandungan hide
1 Marrybrown Egg-stra Ong

Menu kali ini ‘lagi power’ dengan limpahan sos telur masin yang padu dan lazat serta menu tambahan masa terhad. Masih mempertahankan ‘Ada kelainannya’ untuk penggemar Memang Best mereka, menu baharu kali ini dipelbagai dengan hidangan Egg-stra Ong Fish Pau, kentang goreng telur masin, pai pisang dan Fruity Fizz.

Kesemua sajian ini sememangnya disempurnakan dengan rasa masin, manis dan pedas sehingga memberi keenakan yang pasti memenuhi citarasa anda!

Marrybrown Egg-stra Ong
Egg-Stra Ong Fish Pau Combo

Marrybrown Egg-stra Ong

“Sejak menu Egg-stra Ong diperkenalkan, kami telah menerima maklum balas positif daripada para penggemar kami untuk membawa kembali menu ini setiap tahun, terutamanya menjelang Tahun Baharu Cina. Kami berbesar hati untuk membawa kembali hidangan Egg-stra Ong yang ‘lagi power’ dengan limpahan sos telur masin dan juga dengan tambahan sajian baharu lain untuk dinikmati pada tahun ini,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Egg-stra Ong Fish Pau, adalah gandingan sempurna bersama roti kukus dan sos Egg-stra Ong. Penggemar akan merasai kenikmatan dan kelazatan sebenar filet ikan yang lembut kerana ia digoreng sehingga perang keemasan. Ia boleh didapati dalam menu à la carte 2-keping dengan harga dari RM7.80 dan set kombo dengan harga dari RM14.80.

Namun bagi penggemar yang inginkan ayam rangup atau menu burger, mereka boleh memilih Kombo 2-pc Egg-stra Ong Chicken dengan harga dari RM20.80, atau Kombo Egg-stra Ong Burger bermula harga dari RM16.80.

Jika ada yang mahu menikmati kedua-dua pilihan ini, Egg-stra Ong Box Meal adalah pilihan yang paling tepat dan ianya dijual dengan harga dari RM25.80.

Untuk lebih menyempurnakan sajian, tukar kentang goreng biasa kepada kentang goreng yang ditaburi dengan serbuk telur masin! Rasai pengalaman sebenar yang ‘lagi power’ dengan harga tambahan RM1.00 sahaja atau menikmatinya dengan semua hidangan Kombo Egg-stra Ong.

Marrybrown Egg-stra Ong
Egg-stra Ong Burger Combo

Semua hidangan kombo dilengkapi dengan segelas Fruity Fizz yang menyegarkan dengan gabungan perisa oren, nanas, mangga, dan buah naga. Manakala Egg-stra Ong Box Meal pula tersedia dengan kentang putar, kentang goreng, dan minuman.

Jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut Marrybrown yang baharu – pai pisang kombinasi enak kerak pai serta inti pisang yang manis lagi lembut dan ia boleh didapati secara tambahan dengan setiap pembelian hidangan pada harga dari RM3.50.

“Sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan adalah motivasi yang mendorong kami untuk sentiasa meningkatkan kualiti makanan dan perkhidmatan disamping menyediakan hidangan yang lazat, khas untuk semua rakyat Malaysia.

2-pc Egg-stra Ong Chicken Combo

Kami bersyukur dapat menyajikan hidangan Egg-Stra Ong kepada penggemar kami dan kami berharap menu istimewa ini dapat membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini dan juga yang akan datang,” kata Dato’ Joshua Liew.

Artikel Lain: Khasiat Jus Belimbing Besi

Egg-stra Ong Box Meal

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan di lebih 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Laman Web: https://marrybrown.com/ 

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

Selamat menikmati Marrybrown Egg-Stra-Ong yang lagi padu ini!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme