UNTUK MEMBAKAR KALORI YANG ADA DALAM BADAN MASA CUTI HUJUNG MINGGU, KITA TIDAK SEMESTINYA PERLU KE GYM. BOLEH SAHAJA BERSENAM DI RUMAH SAMBIL KITA MELAKUKAN KERJA-KERJA DAPUR!
Selagi kita tak malas dan punya keinginan yang kuat, tentu sahaja aktiviti membakar kalori ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Secara tak langsung, bukan sahaja kesihatan kita menjadi lebih baik, bahkan rumah kita pun jadi lebih bersih!
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan diri bagi membantu mengurangkan kelebihan lemak dan gula dalam badan. Bermakna buat kerja-kerja rumah pun kita boleh jadi kurus!
ANTARA AKTIVITI MEMBAKAR KALORI YANG BOLEH DILAKUKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI RUMAH
- MENGEMOP LANTAI
Aktiviti ini bagus untuk menguatkan bahagian atas dan bawah badan.
Mula-mula kita kena selesaikan kawasan yang paling teruk atau kotor sekali terlebih dahulu sebelum berpindah untuk membersihkan bahagian yang tak berapa kotor.
Posisi merangkak sewaktu kita mengemop lantai yang dilakukan secara berterusan selama 30 minit dikatakan mampu membakar 200 kalori.
Bayangkan kalau rumah kita dua atau tiga tingkat, dah berapa banyak tu kalori kita yang terbakar pada cuti hujung minggu, kan?
- MENGECAT RUMAH
Aktiviti mengecat boleh menguatkan bahagian kaki dan lengan. Gunakan kerusi atau tangga untuk menjangkau bahagian-bahagian tembok atau tempat yang lebih tinggi.
Usahakan untuk lebih gigih mengecat kawasan-kawasan yang susah dijangkau. Ini adalah kerana mengecat dinding selama 30 minit mampu membakar 210 kalori.
Aktiviti mengecat rumah ini juga dikatakan setanding dengan kita berjalan laju selama 35 minit membakar 210 kalori.
- MEMASAK
Berita baik bagi kita yang suka memasak.Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan dengan menyediakan pelbagai makanan yang lazat, tetapi juga boleh membuatkan kita menjadi cepat kurus.
Memasak selama satu jam dikatakan dapat membakar 350 kalori. Jadi, rajin-rajinlah berasap dapur ya kalau nak cepat kurus!
- MENCUCI KERETA
Tak payah pergi ke car wash, sebaliknya gunakan cuti hujung minggu ni untuk mencuci atau membasuh kereta sendiri. Kata nak bakar kalori, kan…
Kalori akan terbakar bergantung pada kekuatan serta semangat kita dalam melakukan gerakan mencuci tersebut.
Gerakan yang dilakuan secara bervariasi dan penuh dengan pergerakan akan membakar lebih banyak kalori.
- BERKEBUN
Kalau dah hobi berkebun, sekalipun dalam keadaan cuaca yang panas memang tak masalah. Jiwa dah sebati!
Menanam anak pokok atau bunga juga dapat membantu kita membakar kalori.
Ketika menggali tanah untuk menanam anak pokok atau bunga bermakna kita telah membakar lebih kurang 315 kalori dalam tempoh 30 minit.
Itulah antara kerja-kerja rumah yang boleh membakar kalori dan boleh kita lakukan pada cuti hujung minggu. Sangat bermanfaat!