Masalah Duit | Mempunyai rumahtangga yang aman bahagia sememangnya menjadi impian setiap dari kita yang sudah berkeluarga. Pelbagai masalah yang datang tanpa henti setiasa menguji kekuatan hubungan suami isteri.Ada masalah yang mudah diatasi, ada juga yang terlalu sukar untuk ditanggung. Salah satunya adalah masalah duit!
Masalah Duit Dalam Perkahwinan
Ramai pasangan suami isteri yang bercerai hanya kerana dihimpit masalah duit dalam perkahwinan. Tak kiralah pasangan baru ataupun sudah lama berkahwin.
Disebabkan masalah kewangan penceraian berlaku. Jadi, bagaikan cara terbaik untuk kita berkompromi dengan masalah duit dalam rumahtangga ini?
Baca Juga: Idea Berborak Dengan Pasangan
Cara Mengatasi Masalah Duit
Berikut beberapa cara untuk mengatasi masalah duit dalam perkahwinan
-
Sentiasa Jujur Tentang Kewangan
Jangan sorok-sorok atau sembunyikan secara diam-diam daripada pasangan kita. Meskipun kita mempunyai kad kredit rahsia ataupun lebihan duit belanja bulan lepas yang kita sembunyikan dalam almari baju dan sebagainya.
Sebaiknya terus terang sahaja. Bila perlu, buatlah buku catatan kewangan keluarga untuk lebih transparent.
Kejujruan dalam hal kewangan akan membuatkan kita dan pansangan akan sama-sama terlibat secara langsung dalam permasalahan ini. Apabila ada kekurangan, masing-masing boleh saling melengkapi. Bantu membantu serta bertolak ansur.
Selain itu, prasangka-prasangka buruk atau cakap-cakap belakang antara satu sama lain juga akan dapat dihilangkan dengan sendirinya. Penipuan hanya akan membuatkan pergaduhan dalam rumahtangga menjadi semakin parah!
-
Jangan Suka Menilai Pasangan Dari Duit
Kebanyakan pasangan suami isteri suka menilai dari duit dan ini merupakan salah satu kesalahan yang paling sering dilakukan.
Disebabkan mempunyai gaji yang lebih besar atau tinggi dari pasangan, bukan bermakna kita perlu menunjukkan rasa ego, sombong dan berkuasa di rumah.
Artikel Lain: Punca Kolesterol Tinggi
Keegoan seperti ini hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan cemburu terhadap pasangan. Selain itu, sikap ini juga akan membuatkan pasangan merasakan harga diri mereka telah direndah-rendahkan. Perkara sebegini tentunya akan membuatkan pasangan berasa tidak selesa di rumah.
Baik suami ataupun isteri, apabila kita mempunyai pendapatan yang lebih besar dari pasangan, sebaiknya janganlah perkara tersebut dijadikan isu besar.
Suami isteri perlu saling bertolak ansur, bantu-membantu bagi memenuhi keperluan keluarga demi kepentingan bersama.
-
Bincang Baik-Baik Tentang Perbelanjaan Harian
Masalah duit memang sangat sensitif untuk dibincangkan oleh pasangan suami isteri. Namun, jika tidak dibincangkan, perkara ini pasti menjadi masalah di kemudian hari.
Lambat-laun pasti timbul prasangka buruk terhadap diri masing-masing apabila tidak ada perbincangan tentang soal duit.
Adalah lebih baik jika pada setiap minggu diadakan perbincangan rutin tentang pengeluaran dan kemasukan duit masing-masingnya. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa bajet yang dikeluarkan tetap tercatit dengan baik.
Kejelasan tentang aliran wang masuk dan keluar akan menghindarkan kita dari sebarang pertengkaran yang mungkin saja akan muncul ketika terjadinya krisis kewangan dalam rumah tangga.
-
Saling Berkongsi Keperluan Rumah Tangga
Kerap berlaku pertengkaran dalam sesebuah rumah tangga akibat masalah kewangan disebabkan tidak adanya perjanjian tentang masalah duit sebelumnya.
Bahkan tidak ramai pasangan suami isteri yang bersependapat dan saling bersetuju untuk berkongsi pendapatan bersama. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin meruncing.
Walaupun perkara berkongsi pendapatan tersebut kedengaran agak keterlaluan, tetapi hakikatnya kemampuan kewangan setiap pasangan memang berbeza.
Tidak mustahil perkara ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati atau cemburu di antara satu sama lain. Belum kira lagi apabila salah seorang merasakan memiliki duit yang lebih banyak sehingga mengabaikan rasa hormat di antara satu sama lain.
Bagi mengatasi permasalahan tersebut, adalah lebih baik jika kita gabungkan sahaja pendapatan itu bersama.Tak ada masalah jika kita mahu ketepikan sedikit duit peribadi, tetapi pastikan segala keperluan hutang piutang dan perbelanjaan keluarga dapat dipenuhi dengan baik.
Artikel Lain: 8 Tanda Suami Cintakan Anda Sepenuhnya
-
Bincang Dulu Sebelum Menambah Hutang!
Apabila mahu berhutang atau menambah hutang, tak kiralah dalam jumlah kecil ataupun besar, sebaiknya kita bincang terlebih dahulu dengan pasangan.
Berbincang tentang hutang dengan pasangan akan membantu kita untuk saling bantu membantu serta mengetahui masalah duit yang sedang dihadapi. Jangan sesekali berhutang tanpa mengetahui kemampuan kita dan pasangan untuk membayarnya di kemudian hari.
Masalah hutang juga boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga sehingga membawa kepada penceraian.
Itulah beberapa cara untuk menghindari pergaduhan dalam rumah tangga disebabkan oleh masalah duit. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.