Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
gatal celah kelangkang

4 Tip Atasi Gatal Celah Kangkang

Posted on 07/23/201607/23/2016 by 123mamanet

gatal celah kangkangPERNAHKAH anda alami keadaan tidak selesa apabila bahagian celah kangkang rasa merenyam dan gatal. Anda mula menggaru kerana sudah tidak tahan bila gatal celah kangkang. Akhirnya bahagian tersebut luka dan bila terkena air, pedihnya, Tuhan aje yang tahu. 

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara mengatasi gatal celah kangkang:

 

 

Kuman dan kulat dikatakan penyebab utama munculnya gatal-gatal pada bahagian tubuh termasuklah gatal celah kangkang. Kawasan celah kangkang adalah port yang sangat sensitif dan sentiasa dilindungi sehingga bahagian ini menjadi sangat lembab. Kelembapan tersebut membuatkan kawasan ini lebih mudah terkena gatal-gatal.

Berikut beberapa cara mengatasi gatal celah kangkang:

 

  1.  Basuh Bersih-Bersihgatal celah kangkang

Setelah bersenam atau berpeluh, jangan lupa membersihkan pangkal paha, belakang dan sekitar dubur dengan sabun.

 

Setiap kali membersih atau setelah mandi, keringkan kawasan celah kangkang dengan cara menepuk-nepuknya dengan tuala bersih. Lakukan dengan cara lembut sehingga bahagian celah kangkang tersebut betul-betul kering.

 

 

  1. Daun Sirihgatal celah kangkang

Untuk mengatasi pertumbuhan kulat serta rasa gatal celah kangkang, ada boleh juga menggosokkan daun sirih pada bahagian yang gatal. Selain itu, air rebusan sirih  juga boleh digunakan sebagai bilasan anti septik untuk mengurangkan kegatalan dan pertumbuhan bakteria atau kulat pada bahagian celah kangkang.

 

 

  1. Elakkan Memakai Seluar Dalam Ketatgatal celah kangkang

Hindari penggunaan seluar dalam yang ketat atau sempit kerana ia hanya akan membuatkan lipatan paha anda menjadi panas dan berpeluh.

 

Di samping itu, kenakan pakaian yang bersih dan selalulah mengganti pakaian dalam terutama jika ianya dalam keadaan lembab disebabkan berpeluh.

 

 

  1. Asam Keping Dan Asam Kandisgatal celah kangkang

Asam keping atau asam gelugur dan asam kandis mempunyai khasiat untuk mengatasi gatal celah kangkang yang disebabkan oleh kulat dan bakteria.

 

Caranya cukup ringkas, ambil asam keping atau asam kandis yang masih segar warnanya. Rebuslah campuran air dengan asam tersebut sehingga mendidih sekitar 6 minit. Setelah itu, lumurkan ramuan tersebut pada kawasan yang gatal.

 

Lakukan amalan petua tradisional ini secara rutin, dua hingga tiga kali pada setiap hari sehingga gatal celah kangkang anda itu sembuh. Kini anda sudah mampu tersenyum dan lebih yakin.

 

Ikuti kami di facebook dengan klik di sini dan like page mamanet@harianwanita

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat
  • Beg Tangan AS x Sally – Koleksi Eksklusif Elegan & Trendy
  • SugarBun Umum Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious
  • Influenza Makin Merebak! Ketahui Cara Pencegahan Mudah
  • UPKK 2025 – Bersama ABI, Penganalisa Soalan Terbaik Fly High
  • MATEC 2025 – Charge The Hype di Bukit Jalil

Recent Posts

  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme