Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
gatal celah kelangkang

Rawat Masalah Gatal Celah Kelangkang

Posted on 04/28/202309/17/2023 by 123mamanet

Masalah gatal celah kelangkang bukan sesuatu yang pelik bagi mana-mana wanita. Mamanet percaya, hampir semua wanita pasti pernah mengalami masalah ini. Paling tidakpun, sekali dalam sejarah hidupnya.Ada ketikanya gatal celah kelangkang tersebut dapat sembuh dengan cepat, tetapi kalau ianya terus berlarutan wajar untuk anda segera merawatnya.Takut-takut ada penyakit lain pula.

Isi Kandungan hide
1 Rawat Masalah Gatal Celah Kelangkang
2 Punca Gatal Celah Kelangkang
3 Cara Mencegah

Saat rasa gatal itu menyerang, alahai… hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rasa ‘merenyam-renyam’ yang amat! Mamanet tak sanggup nak biarkan diri menanggung azabnya lebih lama.

Mamanet  cuba mengubatinya dengan ubat tradisional daun sirih sepertimana bonda kesayangan Mamanet amalkan sejak turun-temurun. Ianya memang berkesan, sejak mengamal petua tersebut, masalah itu tak pernah lagi Mamanet alami. Jadi, cubalah cara Mamanet ini, mana tau ia serasi dengan anda.

Rawat Masalah Gatal Celah Kelangkang

Bahan:

  • Ambil 6 helai daun sirih
  • 3 keping asam keping
  • Dua gelas air
  • Dua sudu  teh garam pink

Cara Membuat:

  1. Rebus daun sirih yang telah dibersihkan dan diramas-ramas dengan dua gelas air yang telah dicampur dengan garam pink.
  2. Kemudian masukkan asam keping, biarkan sehingga mendidih.
  3. Biarkan air rebusan sirih tadi sedikit suam, lalu basuhlah Miss V anda dengan campuran air rebusan tadi, terutama setiap kali selepas anda membuang air kecil.

 

Punca Gatal Celah Kelangkang

Sebenarnya ada banyak punca yang menyebabkan rasa gatal celah kelangkang, antaranya disebabkan peluh, cuaca panas,pembalut wanita yang mengandungi pewangi, hormon dan sebagainya.

 

Baca Juga:

Vagina Berbau Busuk

Krim Muka Untuk Jeragat

 

gatal celah kelangkang

 

Cara Mencegah

Untuk mengatasi masalah gatal celah kelangkang, diperlukan beberapa cara yang tepat untuk mengubati dan mencegah kegatalannya.

 

Antaranya:-

  1. Hindari penggunaan produk pembersih vagina yang mengandungi pewangi.
  2. Tuam Miss V anda dengan air sejuk dan kain bersih selama sejam.
  3. Sapukan syampu bayi pada bibir Miss anda dengan kapas. Syampu bayi dikatakan dapat membantu mengeringkan pengumpulan ragi di Miss V dan membersihkannya.
  4. Sapu dengan yoghurt plain pada ‘labia’ untuk mengurangkan rasa gatal. Kultur yoghurt yang lembut akan membantu meredakan kegatalan tersebut.
  5. Anda disarankan untuk makan yoghurt bagi mendaptkan khasiat ‘probiotik’ pada setiap pagi untuk memerangi penggumpulan bakteria dari dalam.
  6. Tidur dengan pakaian yang selesa atau tanpa pakaian dalam.Biarkan miss V bernafas dan kurang berpeluh pada malam hari. Kangkangkan kaki ketika tidur dan jangan tidur dalam posisi meringkuk.
  7. Minumlah lebih banyak air masak untuk melancarkan lagi metabolisme tubuh.
  8. Hindari melakukan hubungan seks, paling tidakpun untuk beberapa hari selagi Miss V ada masih terasa gatal. Melakukan hubungan seks, terutama jika anda menggunakan kondom boleh membuatkan Miss V terasa lebih gatal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme