Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
melebatkan bulu kening

MELEBATKAN BULU KENING DENGAN 6 PETUA PALING MENJADI!

Posted on 03/17/201703/23/2017 by 123mamanet

Kening yang tebal dengan betuk sempurna menjadi impian setiap wanita sebab itu ramai yang berusaha mahu melebatkan bulu kening khususnya bagi mereka yang mempunyai bulu kening yang nipis.

Isi Kandungan hide
1 INILAH PETUA SEMULAJADI, YANG BOLEH DICUBA UNTUK MELEBATKAN BULU KENING:

Hal ini kerana tidak semua wanita dilahirkan dengan bulu kening yang sempurna. Jadi, mamanet sedia berkongsi cara semulajadi untuk melebatkan bulu kening. Dijamin lebih selamat dan tidak menimbulkan efek negatif bagi kesihatan. Selamat mencuba!

melebatkan bulu kening

BACA: CARA MEMANJANGKAN BULU MATA TANPA MASKARA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

INILAH PETUA SEMULAJADI, YANG BOLEH DICUBA UNTUK MELEBATKAN BULU KENING:

  1. MINYAK KELAPA

Minyak kelapa sangat bagus untuk menumbuhkan, menyuburkan dan juga melebatkan bulu kening dengan cepat.

Aplikasikan minyak kelapa pada kening secara merata pada setiap malam.Kemudian urutlah perlahan-lahan supaya minyak kelapa menjadi lebih cepat meresap,

Biarkan sehingga keesokkan paginya.Lakukan cara ini secara teratur pada setiap hari.melebatkan bulu kening

  1. LIDAH BUAYA

Petua melebatkan bulu kening yang lebih tebal secara semulajadi adalah dengan menggunakan lidah buaya segar.

Ambil sebatang lidah buaya segar yang telah dicuci bersih. Ambil bahagian gelnya dan sapukan gel lidah buaya tersebut pada kening secara merata.

Setelah itu, biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Lakukan secara teratur pada setiap hari bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan dan cepat.

Dengan melakukannya secara rutin, gel lidah buaya tersebut akan menutrisikan bulu-bulu kening sehingga sampai ke jaringan folikel.Kandungan tersebut akan membantu melembutkan kulit di bawah bulu kening tersebut.melebatkan bulu kening

  1. SUSU ALMOND

Aplikasikan bulu kening dengan susu almond segar kerana ia dapat membantu menyuburkannya. Kandungan vitamin dan nutrisi pada susu akan menyuburkan bulu kening sekaligus meningkatkan kesuburannya.

Lakukan secara teratur pada setiap hari, selama beberapa minggu dan perbezaannya akan kelihatan. Sediakan susu almond secukupnya, kemudian sapukan pada kening secara merata. Urutlah perlaha-lahan  selama 2-3 minit. Biarkan selama setengah jam.

Setelah itu barulah dibilas dengan air sehingga bersih. Lakukanya secara teratur pada setiap hari.melebatkan bulu kening

  1. BAWANG BOMBAY

Petua melebatkan bulu kening secara semulajadi yang seterusnya adalah dengan menggunakan jus bawang atau air perahan bawang.

Jus bawang akan menyuburkan bulu kening. Ini adalah kerana kandungan sulfur dalam bawang akan meningkatkan pengaliran darah pada kawasan kening, yang akan menstimulasikan pertumbuhan bulu-bulu kening baru.

Ambil sebiji bawang Bombay segar dan bersihkan. Kemudian kisarkan sehingga lumat. Tapis dan ambil airnya sahaja.
Setelah itu, sapukan jus atau air perahan bawang itu pada kening secara merata dengan menggunakan cotton bud atau kapas. Hati-hati tau jangan sampai terkena mata sebab ia boleh memedihkan mata.

Biarkan semalaman dan keesokkan paginya bilaslah dengan air sehingga bersih. Lakukan petua ini pada setiap hari sebelum tidur bagi mendapatkan hasil yang lebih pantas.

melebatkan bulu kening

  1. KUNING TELUR

Telur banyak digunakan sebagai masker muka kerana mampu mengecilkan pori-pori kulit muka sehingga wajah menjadi semakin anjal.

Kuning telur sangat efektif untuk menebalkan bulu kening. Caranya mudah sahaja, ambil sebiji telur ayam dan ambil bahagian kuningnya sahaja.

Setelah itu, sapukan kuning telur pada kening secara merata. Biarkan selama 20 minit atau sehingga kering. Setelah itu barulah dibilas dengan air sehingga bersih. Amalkan petua ini secara rutin pada setiap hari bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

melebatkan bulu kening

  1. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun bukan sahaja bagus merawat kulit, tetapi juga sangat berkesan untuk mencantikkan bulu kening agar kelihatan tebal.

Sapukan minyak zaitun secukupnya pada kening secara merata. Urut perlahan-lahan  selama 5-8 minit. Biarkan semalaman dan keesokkan harinya bilaslah dengan air sehingga bersih.melebatkan bulu kening

 

Lakukan petua melebatkan bulu kening secara rutin pada setiap hari sebelum tidur untuk mendapatkan kesan yang mengagumkan.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme