Kulit kusam dan tidak terjaga sering menjadi masalah sebahagian wanita. Salah satu cara untuk menutupi kekurangan tersebut adalah dengan memakai mekap tebal.
Penggunaan mekap tebal tentunya akan menjadi lebih sukar untuk dibersihkannya. Tindakan yang tidak betul ketika membersihkan mekap tebal boleh meninggalkan kesan buruk pada muka.
Jadi, jangan malas untuk membersihkan mekap, terutama jika memakai mekap tebal. Proses meremajakan kulit muka akan terganggu jika sisa-sisa mekap terus melekat pada muka ketika sedang tidur.
Ini adalah kerana pori-pori muka tidak mendapat oksigen, yang mana pada akhirnya pori-pori tersumbat disebabkan tertutup oleh mekap tebal yang masih melekat di kulit muka.
Membersihkan muka setelah seharian memakai mekap, tak kira tebal atau nipis sangat penting dan perlu betul-betul bersih. Antara lain efek yang tidak baik bagi kulit selain pori-pori tersumbat dna menjadi besar jika tidak membersihkan mekap, kulit muka menjadi kering, kemerahan, cepat berkedut, berbintik-bintik hitam dan berjerawat.
[btn text=”CARA MEKAP NAMPAK MUDA, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/cara-mekap-paling-mudah/” target=”_blank”]
Berikut beberapa tip membersihkan mekap tebal yang Mamanet kongsikan ini.
- Kawasan Mata
Bahagian mata berbeza dengan kawasan muka keseluruhannya. Jadi, untuk membersihkannya memerlukan cara yang berbeza.
Solekan mata biasanya terfokus pada penggunaan eyeliner dan maskara. Untuk penggunaan dalam tempoh yang lama, kita biasanya menggunakan eyeliner cair dan maskara water proof yang tentunya sukar untuk dibersihkan.
Pembersihan mekap tebal di kawasan mata memerlukan produk make up removal khas yang mengandungi oily. Kandungan oily sangat berguna serta mempermudahkan sisa-sisa mekap tanggal atau dibersihkan.
Kulit mata juga sangat sensitif dan tidak boleh sembarang dalam melakukan gerakan membersih. Untuk membersihkannya, ambillah kapas dan rendamlah dalam remover.
Ketika membersihkan maskara yang tebal, lakukan gerakan dengan mengikuti pertumbuhan bulu mata.
Bersihkannya dengan mengusap dari arah atas ke bawah supaya tidak merosakkan bulu mata.
Setelah selsai, urut kelopak mata dengan gerakan menarik ke atas yang juga berfungsi untuk menegangkan kulit kelopak mata.
- Bibir
Begitu juga dengan bahagian bibir, tidak boleh sembarang dalam melakukan gerakan membersih.
Cara membersih dengan gerakan tidak tepat pada bibir boleh membuatkan tekstur bibir menjadi lebih mudah pecah-pecah atau mengelupas.
Bersihkan bibir dari bahagian kiri bibir dan bawa ke tengah bibir. Kemudian dari kanan bibir ke tengah.
Untuk menghilangkan lipstik yang masih melekat pada bibir, anda gunakan minyak zaitun atau baby oil.
- Keseluruhan Muka
Setelah kawasan mata dan bibir siap dibersihkan, teruskan pada kawasan muka secara keseluruhannnya.
Untuk membersihkan mekap tebal yang disebabkan terlalu banyak foundation, bedak , concealer dan blush on, anda boleh menggunakan produk pembersih (susu) atau cleanser berdasarkan jenis kulit anda.
Pemilihan produk pembersih juga perlu disesuaikan dengan jenis kulit anda. Gunakan produk cleanser dengan gerakan putaran ke luar pada kawasan muka sehingga sebarang sisa-sisa mekap tebal terhakis atau tanggal.
Pakailah pula tisu muka atau tuala muka dan dilanjutkan dengan mencuci muka dengan pemakaian facial foam.
Walaupun muka kelihatan sudah bersih dari sisa-sisa mekap tebal tersebut namun ritual pembersihan masih belum selesai.
Ketika membersihkan muka dengan pembersih muka secara tidak langsung pori-pori akan terbuka. Jadi, produk penyegar muka diperlukan. Ianya bukan hanya berfungsi untuk menyegarkan kawasan muka, tetapi juga menutup kembali liang pori-pori yang terbuka. Lakukan penggunaan penyegar dengan gerakan dari dahi ke arah bawah dagu.
Itulah beberapa cara membersihkan sisa-sisa mekap tebal yang boleh anda cuba. Cara di atas terbukti berkesan dan mampu memberikan hasil yang baik sehingga membuatkan muka anda bersih dan nampak segar.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]