Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
mencegah keguguran

Mencegah Keguguran Di Awal Kehamilan, Ketahui 7 Cara

Posted on 12/21/201612/21/2016 by 123mamanet

Setiap wanita yang mengandung wajib berhati-hati dan memberikan perhatian lebih pada kandungannya terutama di awal kehamilan bagi mencegah keguguran.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah keguguran di awal kehamilan.

mencegah keguguran

 

Ini adalah kerana dalam tempoh tersebut janin masih mentah dan mudah rosak dan gugur keluar dari rahim. Kerosakan janin atau kegugurannya boleh disebabkan pelbagai macam perkara, termasuklah gaya hidup dan pemakanan serta faktor ketidaksengajaan.

 

[btn text=”PANDUAN GAYA SIHAT IBU HAMIL, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/panduan-gaya-hidup-sihat-ibu-mengandung/” target=”_blank”]

 

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah keguguran di awal kehamilan.

 

 

  1. mencegah keguguranPengambilan Makanan Sihat Berkhasiat

Apa yang dimakan memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan wanita mengandung dari dalam.

 

Jadi, anda perlu sertakan makanan sihat dan berkhasiat. Makanan yang sihat dan berkhasiat bukan sahaja membuatkan anda sihat, tetapi juga menyihatkan janin yang ada dalam kandungan.

 

Janin yang sihat akan mampu bertahan di dalam rahim jika dibandingkan dengan janin yang kekurangan zat dan nutrisi. Makanan yang boleh dimakan adalah buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan pelbagai macam zat nutrisi lainnya.

 

 

  1. mencegah keguguranPerbanyakkan Minum Air Masak

Ramai di antara kita yang meremehkan kebaikan semulajadi dari air dan banyak manfaatnya untuk badan kita.

 

Ini pentingnya menjaga diri agar tetap terhidrasi.Lebih-lebih lagi di awal kehamilan. Banyak minum air masak juga membantu membilas setiap racun yang ada di dalam tubuh.

 

 

 

  1. mencegah keguguranJangan Melakukan Senaman Berat

Tetap menjaga berat badan sepanjang kehamilan memang diperlukan. Tetapi, itu tidak bermakna anda perlu melakukan senaman yang berat.

 

Aktiviti senaman berat seperti berjogging atau aerobic high impact boleh mencederakan anda dan juga menyebabkan keguguran.Buatlah senaman- ringan dan berhenti sekiranya anda mula rasa tidak selesa. Sebaiknya senaman tersebut dilakukan setelah kehamilan anda memasuki trimester ke dua atau ketiga.

 

 

 

  1. mencegah keguguranRehat Secukupnya

Biarkan tubuh dan fikiran anda beristirahat dengan teratur dan secukupnya.

 

Anda perlukan rehat tenang, sama ada secara fizikal mahupun mental sepanjang kehamilan anda.

 

Setiap ketegangan fizikal atau mental boleh memberikan efek buruk terhadap diri dan menyebabkan keguguran. Apatah lagi jika anda pernah mengalami keguguran yang berulangkali.

 

Selain itu, wanita mengandung juga kerap mengantuk. Sebaik jangan ditunda waktu tidur apabila anda rasa mengantuk. Perkara ini bertujuan untuk menyimpan ernergi dan menjaga stamina anda.

 

 

  1. mencegah keguguranJangan Bertangguh Membuat Pemeriksaan Doktor

Walaupun anda berfikir bahawa kehamilan anda tiada sebarang masalah, tetapi janganlah bertangguh atau sengaja melewatkan temujanji dengan doktor ibu mengandung.

 

Selain itu, pengambilan ubat dengan nasihat doktor sepanjang kehamilan boleh membantu mencegah keguguran.

 

 

  1. mencegah keguguranHindari Makanan Panas & Tajam

Untuk mencegah keguguran, wanita mengandung juga perlu menghindari pelbagai jenis buah dan makanan yang tajam dan panas.

 

Buah-buahan yang dilarang makan ketika mengandung adalah nanas, nangka dan durian. Ianya boleh meninggalkan efek panas yang boleh dirasakan oleh rahim. Sekiranya rahim tidak mampu bertahan dengan rasa panas tersebut, janin pun akan gugur dan terlepas dari dinding rahim.

 

 

  1. mencegah keguguranAsid Folik

Rendahnya kadar folic dalam tubuh berkait rapat dengan peningkatkan risiko terjadinya keguguran semulajadi.

 

Selain mencegah keguguran, pengambilan asid folic dalam jumlah yang mencukupi juga boleh mencegah terjadinya kecacatan kelahiran bayi.

 

 

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme