Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
menu diet sihat

Menu Diet Sihat Jadikan Anda Kurus Dengan Pantas

Posted on 10/10/201610/10/2016 by 123mamanet
menu diet sihat
kredit foto-continentalicecream

Makanan adalah perkara paling penting bagi kita yang sedang menjalani program diet sihat. Selain perlu mengatur gaya hidup sihat, kita perlu menitikberatkan soal pemakanan, khususnya dalam memilih menu diet sihat jika mahu lebih berjaya menurunkan berat badan.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah antara menu diet sihat yang boleh dijadikan panduan untuk berjaya dalam menurunkan berat badan:

 

 

Untuk menjayakan program diet dengan lebih lancar, buatlah jadual menu makanan yang akan kita makan. Tak kira untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Sebenarnya menu diet sihat yang baik tidak semestinya dengan sayur dan buah sahaja pada setiap hari. Prinsip diet yang sebenarnya adalah menyesuaikan jumlah kalori yang kita ambil dengan jumlah kalori yang akan kita gunakan.

 

Pertambahan berat badan terjadi ketika apa yang kita makan itu ternyata mengandungi kalori yang banyak atau jauh lebih banyak dibandingkan dengan apa yang kita perlukan untuk beraktiviti.

 

Diet juga bukan bermakna kita perlu menghadapkan berapa kali kita perlu makan dalam sehari, namun lebih kepada apa yang kita nikmati itu. Sepatutnya diet tidak membebankan kita, tidak menyeksakan dan tidak membuatkan kita perlu menahan lapar sepanjang hari. Kita perlu berdiet dengan rasa gembira , di samping bijak memilih menu diet sihat yang sesuai untuk dinikmati sehari-hari.

 

 

Berikut adalah antara menu diet sihat yang boleh dijadikan panduan untuk berjaya dalam menurunkan berat badan:

 

  1. menu diet sihat
    kredit foto: picview-info

    Sarapan Pagi

Bersarapan perlu dilakukan sebelum kita memulakan sebarang aktiviti kerana ia merupakan waktu penting untuk kita mendapatkan energi yang banyak. Dengan memilih menu sarapan sihat, badan tetap segar dan tidak cepat penat untuk melakukan sebarang aktiviti sepanjang hari.

 

 

Kita boleh makan sekeping roti gandum yang disapu mentega ataupun jem buah-buahan. Untuk menambah energi, boleh juga mengandingkan roti gandum dengan segelas susu segar. Menu diet sihat ini cukup mengenyangkan dan tidak menimbunkan banyak kalori di dalam badan.

 

Mungkin kita akan berasa sedikit lapar sebelum sampai ke waktu tengahari, jadi apalah salahnya jika kita menambahkan jus buah-buahan tanpa gula atau sepiring kecil potongan buah sebagai menu diet sihat yang cukup ringkas dalam diet harian kita.

 

 

  1. menu diet sihat
    kredit foto-taste

    Makan Tengahari

Sekalipun kita sedang berdiet atau ingin menguruskan badan, tetapi itu tidak bermakna kita mesti melambat-lambatkan untuk menikmati makan tengahari. Jangan biarkan perut kita meronta-ronta kelaparan atau makan sehingga terlalu kenyang.

 

Salah satu menu diet sihat yang elok, makanlah sesenduk nasi putih atau nasi beras perang dengan ikan bakar atau ikan kukus. Jika takut untuk menjamah nasi, kita boleh menggantikannya dengan kentang rebus atau kentang bakar yang digandingkan dengan ayam bakar dan salad.

 

Di samping itu juga, protein dalam lauk pauk sangat penting untuk memperbaiki jaringan badan kita yang rosak dan menjaga daya ketahanan tubuh. Untuk mengawal nafsu makan kita serta kesihatan perut, sebaiknya tambahkan menu jus atau sepiring buah.

 

  1. menu diet sihat
    kredit foto: 4-bp-blogspot

    Makan Malam

Ramai di antara kita yang beranggapan makan malam membuatkan badan menjadi gemuk dan berat badan naik mendadak. Padahal semua itu mungkin tidak akan terjadi jika kita mengetahui jumlah makanan yang sepatutnya dan tidak berlebihan.

 

Kita boleh memilih oatmeal untuk dijadikan menu makan malam yang menyihatkan. Untuk lebih sedap, kita boleh tambah dengan potongan buah-buahan segar. Menu diet sihat ini  pun boleh dijadikan hidangan sarapan kita di pagi hari.

 

Menu diet sihat untuk makan malam sebaiknya kita pilih buah-buahan yang mengandungi serat dan sedikit karbohidrat seperti buah pisang dan lobak merah (dicelur). Buah-buahan dan sayur-sayuran akan memberikan efek kenyang yang lebih lama dan jangan lupa minum air masak dengan lebih banyak untuk melancarkan lagi metabolisme pada tubuh kita.

 

Anda boleh mengubah suai menu diet sihat berdasarkan kreativiti anda. Selamat mencuba!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Recent Posts

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme