Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
merawat miss v

Merawat Miss V Dengan Makanan Sihat

Posted on 08/13/201709/17/2023 by 123mamanet

Merawat Miss V. Selain menjaga kesihatan tubuh badan, merawat Miss V juga penting untuk diberikan perhatian. Ada banyak penyakit serius yang bakal menyerang wanita jika tak menjaga kebersihan sertak kesihatan Miss V.Lagipun pertambahan usia, bukan hanya kulit sahaja yang mengalami kesan penuaan. Bahkan Miss V atau vagina kita pun turut mengalami penuaan.

Isi Kandungan hide
1 Makanan Yang Bagus Untuk Merawat Miss V
1.1 Air Masak
2 Bawang Putih
2.1 Buah-buahan dan Sayur-Sayuran
2.2 Yoghurt
2.3 Kacang Almond
2.4 Lada
2.5 Lemon

Miss V yang sihat memiliki tahap pH semulajadi asid dan banyak bakteria sihat yang membantu mencegah infeksi. Selain menjaga kebersihan, terdapat beberapa jenis makanan yang mampu meningkatkan kesihatannya.

 

merawat miss v

 

Makanan Yang Bagus Untuk Merawat Miss V

Berikut adalah antara makanan yang elok diambil:

  1. Air Masak

Pengambilan air masak pada setiap hari bukan sahaja mampu menjaga kesihatan seseorang. Malahan juga bagus untuk merawat Miss V bagi menjaga kelembapannya. Selain itu, air masak juga mengandungi mineral yang berupaya menjaga kestabilan suhu pada kawasan tersebut.

 

 

merawat miss v

  1. Bawang Putih

Bawang putih dapat membantu kita mengatasi masalah keputihan serta merawat Miss V supaya lebih sihat. Khasiat bawang putih terlalu banyak, di dalamnya mengandungi antibakteria, antikulat dan antioksidan yang mampu membunuh kulat dan bakteria jahat pada Miss V.

 

 

  1. Buah-buahan dan Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran seperti ayam, kangkung, kobis bunga dan salad boleh merawat Miss V supaya lebih sihat, tidak terlalu kering dan juga terlalu lembab.

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C  seperti jam, nenas dan strawberi juga sangat bagus untuk mempertahankan daya ketahanan di  kawasan Miss V.

Buah cranberries yang kaya dengan serat makanan, mineral dan flavonoid antosianidin  sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung, kanser dan juga memelihara saluran kencing.

 

 

  1. Yoghurt

Yoghurt adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria dan tersedia dalam pelbagai macam rasa. Yoghurt mengandugi bakteria yang baik untuk menjaga kesihatan serta mempertahankan PH semulajadi di bahagian Miss V.

Minuman yang kaya probatik ini juga mampu melawan infeksi dan bakteria jahat di kawasan organ intim kita.

Baca Juga:

Atasi Masalah Vagina Berbau

Jerawat Pasir Di Muka

 

 

merawat miss v

  1. Kacang Almond

Kacang almond mengandungi kandungan zat dan vitamin serta nutrisi lain yang mampu membantu menseimbangkan kesihatan badan.

Kacang ini juga mengandungi karbohidrat, serat makanan, protein tinggi serta asid amino essential. Di samping itu, ia adalah sumber vitamin E, vitamin B, mineral penting seperti kalsium, magnesiuam, kalium serta lemak sihat.

Pengambilan kacang almond dapat membantu mencegah kekeringan pada kawasan Miss V kerana mengandungi vitamin E.

 

  1. Lada

Tambahkan lada ke dalam menu harian kita kerana ia mengandungi capsaicin yang dapat meningkatkan perjalanan darah, merangsang saraf dan rasa ghairah.

 

 

  1. Lemon

Antioksidan yang terdapat di dalam lemon yang bersifat asid dapat membantu menjaga tahap pH Miss  V yang sihat serta berupaya melindungi sel-sel dari kerosakan akibat radikan bebas.

Selain itu lemon juga berfungsi sebagai penguat daya ketahanan badan untuk membantu tubuh melawan segala jenis infeksi.

 

Itulah beberapa makanan yang dipercayai mampu membantu merawat Miss V supaya sihat dan tahap pH vagina seimbang.

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat

Recent Posts

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme