Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
resepi ayam brand

7 Resepi Ayam Brand Super Enak!

Posted on 04/04/202008/28/2023 by 123mamanet

Resepi Ayam Brand | Tinggal tak sampai sebulan lagi kita nak sambut Ramadan. Tentunya nanti pelbagai juadah enak sedia menanti untuk dijadikan hidangan berbuka puasa. Ayam Brand membawakan 7 Resepi Hidangan Ramadan Super Enak ini. Semua hidangan ini untuk Resepi Ayam Brand ini  mengandungi santan Santan Ayam Brand yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak.

Isi Kandungan hide
1 Tiga Variasi Santan Ayam Brand
2 Resepi Ayam Brand Ini Rendah Kandungan Lemak
3 Selamat Mencuba 7 Resepi Ayam Brand
4 Resepi Bubur Jagung
5 Resepi Bubur Kacang
6 Resepi Pudding Jagung
7 Resepi Kuih Talam
8 Resepi Ayam Brand Agar-Agar Buah
9 Resepi Kuih Seri Muka
10 Resepi Kuih Kaswi Labu

resepi ayam brand

Tiga Variasi Santan Ayam Brand

Santan Ayam Brand hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand). 

Psssstt… rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik jika anda membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram atau Facebook anda dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, selain gunakan hashtag #beRAYAmbrand. 

Beritahu mereka kenapa ia merupakan hidangan kegemaran anda semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

Resepi Ayam Brand Ini Rendah Kandungan Lemak

 Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya.

Selamat Mencuba 7 Resepi Ayam Brand

resepi ayam brand

Resepi Bubur Jagung            

Masa Memasak: 20 Minit 

Hidangan: 4  

1 tin Jagung Manis Ala Krim dari Ayam Brand

1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis  

220ml Ayam Brand Santan Superlight 

1 sudu garam

1 sudu besar 

Sagu (secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA:

1.         Dalam periuk, masukkan Santan Superlight. Gaul pada api sederhana. 

2.         Masukkan Krim Jagung Manis dan Jagung Manis.

3.         Tambahkan sagu, gula merah dan garam. Masak sehingga mendidih. 

4.         Hidang ketika masih panas 

 

resepi ayam brand

Resepi Bubur Kacang

Masa Memasak: 20 Minit

Hidangan: 4 

200g kacang hijau, di cuci bersih

2 liter air

100g biji sagu, dicuci bersih

2 helai daun pandan, dicuci dan diikat

100g gula melaka

Secubit garam

1 tin Ayam Brand Sweet Corn

400ml Ayam Brand Santan 

CARA MEMBUATNYA:

1.  Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan kacang hijau, air dan daun pandan dalam kuali. Masak dengan api yang sederhana besar dan sebaiknya ditutup.

2.  Selepas kacang hijau telah separuh masak, masukkan sagu untuk direneh bersama.

3.  Kacau terus secara perlahan-lahan sehingga kacang hijau dan sagu masak sepenuhnya.

4.  Tambahkan gula melaka dan garam secukupnya bersama dengan santan dan jagung.

5.  Matikan api, keluarkan daun pandan dan hidangkan!

 

Resepi Hidangan Ramadan

Resepi Pudding Jagung

Masa Memasak: 30 Minit

Hidangan: 12 

1 tin Jagung Manis Ala Krim

1 tin Jagung Cawan Manis  

1 pek Ayam Brand Santan Superlight 330ml

1 cawan tepung kastard

½ cawan gula

½ tin susu pekat manis

1 sudu kecil garam

Hirisan keju parmesan, mengikut citarasa

CARA MEMBUATNYA:

1.   Dalam periuk, masukkan santan, krim jagung dan jagung manis. 

2.   Campurkan dengan tepung kastard dan gula.  

3.   Masukkan susu dan garam. Campurkan semua pada api sederhana. 

4.   Masukkan kedalam bekas gelas atau mold dan simpan di peti sejuk sehingga keras.   

5.   Tambahkan keju di atas dan hidang. 

 

Resepi Hidangan Ramadan

Resepi Kuih Talam 

Masa Memasak: 1 jam

Hidangan: 12

Lapisan atas

250ml Ayam Brand Santan Superlight

30 gram tepung beras

30 gram tepung jagung

50ml air

2 helai daun pandan

¼ sudu teh garam

Lapisan bawah

300gram Ayam Brand Jagung Manis

250ml Ayam Brand Santan Superlight

100 gram gula pasir

50 gram tepung jagung

½ sudu teh perasa vanilla

½ sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA:

Lapisan bawah:

1.  Kisar jagung dengan santan dan tapis

2.  Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanilla dan kacau sebati

3.  Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah diletakkan dengan minyak masak

4.  Kukus lebih kurang 10 minit

Lapisan atas:

5.  Panaskan santan bersama daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih

6.  Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis

7.  Tuangkan campuran ke dalam acuan

8.  Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak

9.  Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkannya dari acuan

 

Resepi Hidangan Ramadan

Resepi Ayam Brand Agar-Agar  Buah

Masa Memasak: 2 jam

Hidangan: 6 

Lapisan buah

2 cawan air sejuk 

¼ cawan gula

½ cawan air laici

1¾ sudu kecil tepung agar agar  

2 cawan potongan buah mengikut citarasa seperti Strawberry, Kiwi, Orange, Blueberries

Lapisan Santan 

¾ cawan Ayam Brand Santan Superlight

¼ cawan air

¾ sudu kecil + ⅛ sudu kecil tepung agar agar

3 sudu besar gula

Secubit garam

4 inci daun pandan(optional) 

CARA MEMBUATNYA:

1.         Dalam pot kecil tanpa api, masukkan air sejuk, air laici, tepung agar-agar dan campurkan sehingga licin

2.         Kemudian, hidupkan api dan biar didih sehingga semua cair. Sentiasa kacau. 

3.         Masukkan gula dan didih sehingga cair. Matikan api dan masukkan ¼ kedalam bekas agar-agar. 

4.         Masukkan potongan buah-buahan. 

5.         Letakkan agar-agar yang selebihnya diatas menutupi buah. 

6.         Biarkan sejuk selama 20 minit atau sehingga bahagian atas kukuh untuk menampung acuan lapisan kedua.

Sambil menunggu lapisan buah mengeras, buat bahagian santan:

7.         Didalam periuk kecil tanpa api, campurkan santan dan tepung agar-agar. Kacau sehingga sebati. 

8.         Masukkan daun pandan dan hidupkan api. Biarkan didih dan sentiasa kacau campuran sehingga agar-agar telah cair secukupnya.

9.         Masukkan gula dan garam. Campur sehingga cair. Buang daun pandan. 

10.       Pastikan bahagian buah telah mengeras dan kering, tuangkan campuran santan diatasnya dengan sudu. 

11.       Masukkan ke dalam peti ais selama satu jam (atau lebih) sehingga ia keras sebelum dihidang.

Resepi Hidangan Ramadan

Resepi Kuih Seri Muka

Masa Memasak: 1 Jam

Hidangan: 6

Lapisan bawah

300g beras pulut, rendam selama 3 jam dan toskan

150ml Santan Ayam Brand 

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula (optional)

Lapisan atas

200ml Santan Ayam Brand 

4 biji telur bersaiz sederhana

180g gula

50g tepung gandum

20g tepung jagung

8 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA:

1.  Campurkan beras pulut yang telah ditos dengan santan kelapa, garam dan gula untuk    lapisan bawah. Kukus pada suhu tinggi selama 15-20 minit.

2.  Sambil itu, campurkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam satu mangkuk.

     Kisar tepung bersama gula, daun pandan, garam dan santan kelapa sehingga cair.

3.  Menggunakan kaedah double boil, masak campuran untuk lapisan atas sehingga pekat.

4.  Keluarkan lapisan bawah tadi dan ratakan sehingga padat.

5.  Tuangkan campuran untuk lapisan atas, ke atas lapisan bawah.

6.  Kukus selama 30-40 minit.

7.  Sejukkan sebelum dipotong (sebaiknya guna pisau plastik) mengikut citarasa.

 

Resepi Hidangan Ramadan

Resepi Kuih Kaswi Labu

Masa Memasak: 1 Jam 40 minit

Hidangan: 15

4 cawan tepung ubi

700g labu kuning

300ml Santan Ayam Brand 

3 cawan air

7 gram tepung agar agar 

2 cawan gula*

1 sudu kecil garam*

Kelapa parut untuk ditabur, mengikut citarasa

CARA MEMBUATNYA:

1.         Kukus labu selama 30 minit sehingga lembut. Lenyekkan dan biar sejuk. 

2.         Dalam mangkuk yang kecil, cairkan gula dan garam dalam air. 

3.         Dalam mangkuk yang sederhana, campurkan tepung ubi dan tepung agar-agar.

4.         Masukkan ubi, santan dan campuran air gula. Campurkan semua sehingga licin. 

5.         Saringkan dan tuang ke dalam bekas. Stim selama 1 jam. 

6.         Biar sejuk dan letak di peti ais sehingga mengeras. 

7.         Potong mengikut bentuk yang disukai dan gaulkan bersama kelapa parut. Hidang

Selamat mencuba koleksi 7 Resepi Ayam Brand yang cukup enak ini. Selamat mencuba!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat

Recent Posts

  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme