Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

MILIKI KOLEKSI ZERO FEEL LACE TERBAHARU DARIPADA sloggi

Posted on 06/21/202007/23/2020 by 123mamanet
sloggi

Sebagai wanita dah tentulah kenal dengan jenama pakaian dalam wanita yang satu ini. sloggi, menjadi salah satu jenama bra yang mampu memenuhi keperluan wanita dengan produknya yang berkualiti.

Jika anda pencinta setia jenama ini, pasti tahu betapa selesanya memakai koleksi sloggi ZERO Feel yang  serupa kulit itu. Yang bestnya, sekarang ini ia telah dikemaskini dengan sentuhan feminin.

Anda boleh memilikinya dalam tiga pilihan warna iaitu Indian Summer, Angora dan Hitam. Terdapat dalam empat gaya iaitu pakaian dalam gaya racer back, bralette bentuk leher V, bandeau tidak bertali dan seluar dalam jenis brief berpinggang tinggi.

sloggi
sloggi
sloggi

UTAMAKAN KESELESAAN

Keselesaan kita yang memakainya menjadi perkara utama buat sloggi. Bagi menjamin keselesaan tersebut, ZERO Feel Lace menggunakan inovasi teknologi yang unik untuk menghasilkan kelembutan, keregangan 360 darjah dan kebebasan untuk bergerak.

Malahan, kemasan tidak berkelim dengan teknologi dot-bonding menghalang penandaan dan kerengsaan kulit supaya kita yang memakainya dapat menikmati keselesaan seolah-olah tidak memakai apa-apa!

sloggi

Dengan silhuet tiga-dimensi dan pad yang boleh ditanggalkan, bersama kain renda bercorak feminin dan kemasan jenis scallop, ZERO Feel Lace tidak kelihatan di bawah pakaian. 

Pad satu keping yang baharu untuk bandeau dan pakaian dalam bersambung antara cup supaya ia tidak boleh bergerak ke kiri atau ke kanan secara berasingan.

MELEGAKAN TEKANAN BAHU

Rangkaian berinovasi ini mampu menyesuaikan diri mengikut bentuk badan kita bagi menghasilkan keselesaan serupa kulit kedua. Bukan itu sahaja, keselesaan ini turut membantu kita sebagai wanita  untuk melegakan tekanan bahu.

Reka bentuknya juga memberikan kestabilan maksimum dan penyesuaian sempurna untuk badan. Walaupun ia fleksibel dan boleh diregangkan ke semua arah, fabrik ini tidak akan hilang bentuk dan berkedut.

Selain itu,  boleh dibasuh mesin. Best, kan? Jangan risau tentang saiz, sebab pilihan saiz dari S ke EL.

Nak tahu lebih lanjut, jenguk website: www.sloggi.com     

Facebook: www.facebook.com/sloggiMalaysia/

Instagram: www.instagram.com/sloggimalaysia

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hektar REIT Sumbang RM10,000 Sempena Hari Makanan Sedunia
  • The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini di 7-Eleven
  • Anlene TOTAL+ Baharu: Kekuatan dari Dalam
  • Pizza Cheese & Steak Domino’s Malaysia dengan 3 Pilihan Baharu
  • MRFIX Gadgets Saujana Utama – Repair iPhone & Laptop
  • Ulang Tahun Eco-Shop Ke-23: Beli & Menang
  • Love Cuti-Cuti: Jom Makan-Makan Terokai Malaysia
  • Kesihatan Sebelum Hamil – Apa Yang Wanita Perlu Tahu?
  • IHH Healthcare Malaysia Anjur Strike in Motion 2026
  • Pemulihan Caesarean – See Her Heal Kongsi Kisah Ibu

Recent Posts

  • Hektar REIT Sumbang RM10,000 Sempena Hari Makanan Sedunia
  • The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini di 7-Eleven
  • Anlene TOTAL+ Baharu: Kekuatan dari Dalam
  • Pizza Cheese & Steak Domino’s Malaysia dengan 3 Pilihan Baharu
  • MRFIX Gadgets Saujana Utama – Repair iPhone & Laptop

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme