Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
minum air kosong

Minum Air Kosong Berbahaya Buat Bayi Bawah 6 Bulan

Posted on 01/18/201701/18/2017 by 123mamanet

Bayi yang berusia di bawah enam bulan tidak sarankan untuk minum air kosong atau air masak. Ini adalah kerana air susu ibu adalah yang terbaik buat si manja!

Isi Kandungan hide
1 Berikut alasan kenapa bayi tidak boleh minum air kosong:
2 Jadi, Bilakah Bayi Bolem Diberikan Minum Air Kosong?

 

Di samping itu juga ada beberapa sebab kita dilarang sama sekali untuk memberikan bayi di bawah enam bulan minum air kosong.

minum air kosong

Berikut alasan kenapa bayi tidak boleh minum air kosong:

 

  1. minum air kosongInfeksi Bakteria

Bayi yang berusia antara 0-6 bulan lebih mudah mengalami infeksi bakteria dari air. Apatah lagi jika kebersihan air tidak terjaga dengan baiK.  Bayi boleh terkena ciri birit yang melampau jika sudah terkena infeksi bakteria.

 

 

 

  1. minum air kosongFungsi Buah Pinggang Terganggu

Efek dari memberikan bayi minum air kosong yang terlalu banyak boleh menyebabkan fungsi buah pinggangnya menjadi rosak.

 

Buah pinggangnya masih belum sempurna untuk mengatur keseimbangan cecair dalam tubuh dan perlu pula menerima banyak air kosong.

 

Keadaan ini akan merosakkan kemampuan bayi unttuk menjadi yang mana akhirnya tumbesaran menjadi tidak sempurna.

 

Selain itu, si manja juga akan mengalami keracunan apabila cairan tubuh yang diperlukan iaitu air susu ibu tidak diberikan dalam jumlah yang mencukup dan diganti dengan minum air kosong.

 

  1. minum air kosongElektrolit Terbuang Begitu Sahaja

Air kosong yang masuk ke dalam sistem penghadaman bayi, terus diproses hingga ke buah pinggang akan membawa sekali elektrolit berguna yang diperlukan bayi dan keluar sebagai air kencing atau urine.

 

Ini adalah kerana bayi masih kecil dan buah pinggangnya belum cukup sempurna untuk menyaring zat  apa yang berguna dan tidak berguna untuk tubuhnya.

 

Biasanya natrium atau sodium akan terbuang begitu sahaja dan ini akan merugikan bayi sendiri.

 

  1. minum air kosongDaya Ketahanan Tubuh Bayi Belum Kuat

Air kosong boleh menganggu daya ketahanan tubuh bayk kerana ketahanan atau kekebalannya belum bersedia untuk menerima pengaliran air kecuali air susu ibu.

 

Jika memberikannya secara berterusan, tubuh bayi akan diserang demam panas ata kejang otot. Hanya air susu ibu sahaja yang dapat memenuhi keperluan imun yang memadai bagi tubuh bagi dalam keadaan apa sekalipun.

 

  1. minum air kosongPerut Kembung

Pemberian air kosong yang berlebihan juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi penuh dan kembung.

 

Perut bayi akan menjadi tidak selesa sehingga bayi akan menangis tak henti-henti serta meragam.

 

 

Jadi, Bilakah Bayi Bolem Diberikan Minum Air Kosong?

 

Keadaan berikut membolehkan kita memberikan bayi air untuk diminum, namun dalam jumlah yang sedikit sekitar 2ml sahaja. Itupun jika benar-benar diperlukan.

  • Jika bayi mengalami masalah ‘gastroenteritis’ dan doktor menyarankan untuk memberikan minuman elektrolit pada bayi. Tujuannya adalah untuk membantu mencegah terjadinya dehidrasi.
  • Setelah bayi berusia enam bulan, bayi boleh diberikan air kosong ketika haus, namun jangan terlampau banyak.
  • Setelah berusia setahun, bayi sudah mengambil makanan padat, dia boleh diberikan air kosong sebanyak mana yang disukai.

 

Semoga artikel ini membantu dan perlu diingatkan bahawa bayi yang masih menyusu air susu ibu secara eksklusif tidak perlu minum air kosong sebelum usianya mencapai enam bulan. Sayangi kesihatan dan tumbesaran bayi anda!

SUMBER GAMBAR: INTERNET

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme