Untuk pencinta kopi dan fesyen, ini adalah momen yang tidak patut dilepaskan. MOCCONA kembali sebagai Penaja Rasmi Kopi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW25) mempersembahkan sesuatu unik yang menyatukan seni fesyen, ekspresi diri dan kenikmatan secawan kopi.
Fesyen Bertemu Aroma: Kolaborasi MOCCONA x KLFW25
Bermula 4 hingga 10 Ogos 2025 di Esplanade KLCC Park, KLFW25 bukan sekadar peragaan fesyen. Malah ia adalah perayaan gaya hidup, di mana MOCCONA memperkukuh lagi kehadirannya untuk tahun keempat berturut-turut sebagai penaja kopi rasmi.
Bertemakan “Love The World You Have Created”, kolaborasi tahun ini diraikan menerusi rekaan eksklusif dua pereka fesyen tempatan tersohor iaitu Joshua Fitton (Atelier Fitton) dan Ezzati Amira.
Koleksi mereka diinspirasikan oleh semangat keaslian, cinta diri, dan ekspresi penuh keyakinan – nilai yang turut membentuk identiti jenama MOCCONA.
Pameran Visual yang Mengangkat Kisah Peribadi
Sebagai tambahan kepada pertunjukan fesyen, MOCCONA mempersembahkan A Creative’s Choice Exhibition, sebuah pameran visual selama tujuh hari di Suria KLCC yang menampilkan potret unik daripada ikon kreatif seperti Nazifi Nasri dan Nina Khalil.
Setiap karya dalam pameran ini memberi penghormatan kepada perjalanan peribadi dalam membentuk identiti, sekaligus menzahirkan tema Love The World You Have Created.
Ia adalah ruang untuk menghayati bagaimana gaya hidup dan fesyen boleh menjadi cerminan kepada keyakinan diri – dan secawan kopi yang sempurna menjadi sebahagian daripada detik istimewa itu.
Simbol Gaya dan Eksklusiviti
Tahun ini, MOCCONA juga melancarkan Cloud Bag edisi khas, hasil kolaborasi bersama KLFW25. Dengan reka bentuk yang memadukan elemen fesyen dan tarikan jenama kopi premium, beg ini menjadi pelengkap gaya buat para peminat kopi yang sentiasa tampil stailo.
Cloud Bag ini boleh dimiliki secara eksklusif dengan setiap pembelian yang bernilai RM45 dan ke atas, sementara stok masih ada. Ia bakal menjadi satu kenangan gaya yang boleh dibawa pulang dari pentas fesyen ke kehidupan seharian.
MOCCONA Coffee Bar
Sepanjang acara KLFW25, pengunjung dijemput menikmati pengalaman rasa yang memikat di MOCCONA Coffee Bar. Terokai seleksi bancuhan kegemaran ramai seperti:

- Number 5 (Classic Medium Roast)

- Number 8 (Classic Dark Roast)

- Number 10 (Espresso Style)
Setiap bancuhan ditawarkan bersama mocktail istimewa, sesuai untuk mereka yang berani mencuba sesuatu yang baru atau menghargai kehalusan rasa. Ia selari dengan pelbagai gaya dan personaliti yang diraikan di pentas KLFW.
Gabungan Kreativiti dan Jiwa Malaysia
Menurut Fiona Tan, Pengurus Besar JDE Malaysia (pemilik jenama MOCCONA), kerjasama ini membolehkan jenama ini terus dekat dengan pengguna Malaysia yang berjiwa kreatif:
“Kami melihat bagaimana pengunjung KLFW benar-benar menghargai kualiti dan kreativiti – dua nilai utama MOCCONA. Kolaborasi bersama Joshua dan Ezzati membolehkan kami mempersembahkan MOCCONA dalam cara yang lebih segar, kreatif dan penuh makna.”
Nikmati Hidup Dengan Lebih Sempurna
MOCCONA bukan sekadar kopi. Ia adalah simbol gaya hidup yang menghargai detik kecil, ekspresi diri dan cinta terhadap dunia yang kita cipta sendiri.
Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi ini dan rangkaian produk MOCCONA:
Laman Web: www.moccona.my
Facebook: MocconaMalaysia
Instagram: @mocconamalaysia
