MOCCONA Liquid Espresso ialah kopi gaya barista dalam sachet, 100% Arabica dan mudah dibancuh bila-bila masa tanpa mesin!
MOCCONA, jenama kopi warisan yang sinonim dengan aroma kaya serta seni pembuatan kopi Eropah yang melangkaui zaman, kini memperkenalkan inovasi terbaharunya, MOCCONA Liquid Espresso.
Dicipta khas untuk pencinta kopi moden yang mengutamakan kualiti dan kemudahan, espresso sedia-bancuh ini membawa pengalaman kopi berkualiti barista terus ke dalam rutin harian, bila-bila masa dan di mana sahaja.
Inovasi Baharu Untuk Pencinta Kopi Moden
Seiring dengan perubahan gaya hidup yang semakin pantas, keperluan pengguna terhadap kopi juga semakin berkembang. MOCCONA Liquid Espresso diperkenalkan sebagai jawapan kepada keinginan mereka yang mahukan kopi premium tanpa proses yang rumit.
Inovasi ini menggabungkan rasa autentik kopi kafe dengan kemudahan penyediaan yang ringkas, menjadikannya pilihan ideal untuk dinikmati di rumah, di pejabat mahupun ketika dalam perjalanan.

MOCCONA Liquid Espresso, Kopi Premium Dalam Bentuk Sachet
MOCCONA Liquid Espresso hadir dalam bentuk sachet satu hidangan yang praktikal dan mudah dibawa ke mana sahaja. Rangkaian terbaharu ini ditawarkan dalam tiga pilihan rasa yang menggamit selera, direka untuk memenuhi pelbagai cita rasa pencinta kopi.
Tiga Variasi Rasa Mengikut Citarasa
Medium Roast menawarkan keseimbangan rasa yang harmoni, Dark Roast pula memberikan karakter kopi yang lebih padu dan berani. Manakala Caramel menampilkan sentuhan manis yang memikat.
Setiap kotak mengandungi lapan sachet espresso pekat yang dibancuh sempurna dengan tekstur halus dan aroma yang memukau. Ia seakan secawan kopi yang disediakan oleh barista profesional.
Pengalaman Kopi Barista Tanpa Mesin Kopi
Dengan MOCCONA Liquid Espresso, menikmati kopi berkualiti tinggi tidak lagi memerlukan mesin kopi, proses menimbang atau kerja pembersihan yang memakan masa.
Cara penyediaannya sangat mudah. Hanya tuangkan satu sachet ke dalam cawan, tambah 150ml air atau susu sama ada panas atau sejuk, kacau dan nikmati. Dalam beberapa saat sahaja, secawan kopi gaya barista sedia untuk dinikmati.
100% Arabica Dengan Aroma Espresso Segar
Diperbuat daripada 100% biji kopi Arabica, kopi ini menampilkan keharuman dan kehalusan rasa espresso segar yang konsisten dalam setiap hidangan. Kualiti ini memastikan pengalaman kopi premium dapat dinikmati pada bila-bila masa, tanpa sebarang kompromi terhadap rasa.
Serba Boleh Untuk Pelbagai Gaya Minuman Kopi
Selain dinikmati sebagai minuman kopi biasa, ia juga sangat serba boleh dan mudah disesuaikan mengikut kreativiti serta cita rasa peribadi. Ia sesuai dijadikan latte ais yang berkrim, long black yang padu, mocktail kopi yang menyegarkan atau affogato yang memikat selera. Setiap sachet membuka peluang untuk mencipta pengalaman kopi yang unik dan tersendiri.
MOCCONA Menjawab Keperluan Gaya Hidup Serba Pantas
Menurut Fiona Tan, Pengurus Besar JDE Malaysia merangkap pengedar sah MOCCONA di Malaysia, keutamaan pengguna hari ini semakin berubah ke arah pilihan yang lebih peribadi, mudah dibawa dan menjimatkan masa.
Selari dengan perubahan tabiat minum kopi tersebut, MOCCONA Liquid Espresso diperkenalkan bagi menawarkan gabungan sempurna antara kualiti, rasa dan kepantasan. Produk ini memenuhi keperluan mereka yang menggemari pengalaman kopi kafe yang kaya dan autentik, namun menginginkan fleksibiliti untuk menikmatinya di mana-mana sahaja.
Pelancaran, Aktivasi Dan Promosi Eksklusif MOCCONA Liquid Espresso
Pelancaran MOCCONA Liquid Espresso ini turut melengkapkan rangkaian kopi segera premium jenama tersebut yang semakin berkembang, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup yang mengilhamkan kenikmatan premium dalam setiap detik kehidupan.
Bagi meraikan pengenalan produk baharu ini, MOCCONA akan menganjurkan pelbagai pengaktifan digital dan on-ground di seluruh negara. Pengguna boleh menantikan peluang untuk merasai pengalaman Liquid Espresso sedia-bancuh, promosi hadiah dengan pembelian serta siri jelajah interaktif yang menampilkan ciptaan kopi mengikut cita rasa tersendiri.
Ketersediaan MOCCONA Liquid Espresso Di Malaysia
MOCCONA Liquid Espresso kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh negara serta secara dalam talian melalui Lazada dan Shopee. Ringkas, mudah dan penuh rasa, kopi ini melengkapkan rutin harian moden.Di mana setiap cawan membawa nikmat kopi premium yang istimewa.
Untuk maklumat lanjut mengenai MOCCONA, layari laman web www.moccona.my atau ikuti MOCCONA Malaysia di Facebook dan Instagram.
