Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Sky Wongravee mempamerkan Montblanc Explorer Extreme di pelancaran Suria KLCC

Pelancaran Montblanc Explorer Extreme di KLCC

Posted on 09/19/202509/19/2025 by 123mamanet

Montblanc memperkenalkan wangian lelaki terbaharunya, Montblanc Explorer Extreme dalam satu acara eksklusif di Centre Court, Suria KLCC pada 17 September lalu.

Isi Kandungan hide
1 Kehadiran Istimewa Sky Wongravee
2 Inspirasi di Sebalik Explorer Extreme
3 Rekaan Botol Beridentiti Montblanc
4 Pengalaman Jenama yang Menggamit Rasa

Acara ini menghimpunkan tetamu kehormat, pengamal media dan peminat wangian untuk menikmati pengalaman imersif berinspirasikan semangat pengembaraan Montblanc.

Pop-up eksklusif ini dibuka kepada orang ramai sehingga 21 September 2025, menjadikannya destinasi wajib untuk pencinta wangian maskulin di Malaysia.

Iyzdham AngKimHwa, Sky Wongravee, Azrel Ismail dan Ridduan Ismail di pelancaran Montblanc Explorer Extreme KLCC
Empat figura penuh gaya – Iyzdham AngKimHwa, Sky Wongravee, Azrel Ismail dan Ridduan Ismail memeriahkan pelancaran Montblanc Explorer Extreme di KLCC

Kehadiran Istimewa Sky Wongravee

Acara pelancaran turut diserikan dengan kehadiran pelakon popular Thailand, Sky Wongravee. Beliau telah  menambat hati peminat dengan karisma dan gaya effortless -nya. Kehadiran beliau menonjolkan semangat moden Montblanc, selari dengan usaha jenama ini mendekati generasi baharu pencinta parfum lelaki Montblanc.

Suasana tetamu di acara pelancaran Montblanc Explorer Extreme di Suria KLCC

Inspirasi di Sebalik Explorer Extreme

Montblanc Explorer Extreme diinspirasikan daripada landskap luas, padang pasir yang tidak berpenghujung  dan wilayah terpencil dunia. Ia melambangkan keberanian untuk menolak sempadan serta merangkul cabaran yang tidak diketahui.

Sebagai minyak wangi pertama dalam siri Explorer, wangian ini menawarkan lapisan aroma yang unik. menggabungkan bergamot yang bertenaga dan clary sage dengan inti patchouli dan Ambrofix™ yang memukau. Diakhiri dengan amber, kulit dan vetiver yang hangat untuk kesan yang kuat dan maskulin

Dengan gabungan ini, ia menjadi salah satu wangian maskulin terbaru yang mencerminkan keberanian dan keanggunan seorang lelaki moden.

Botol Montblanc Explorer Extreme diinspirasikan koleksi kulit Montblanc Extreme 3.0

Rekaan Botol Beridentiti Montblanc

Seiring dengan warisan pertukangan Montblanc, botol Explorer Extreme diinspirasikan  dari koleksi kulit Montblanc Extreme 3.0. Direka di bengkel Pelleteria di Florence, Itali di mana setiap butiran pada botol ini menampilkan kehalusan buatan tangan yang mengangkat akar Eropah Montblanc.

Pengalaman Jenama yang Menggamit Rasa

Acara pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi juga memberi peluang kepada tetamu untuk merasai pengalaman jenama ini. Di samping menghidupkan semangat pengembaraan Explorer Extreme sambil meraikan legasi inovasi, kecanggihan dan keanggunan abadi Montblanc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme