Setiap wanita yang ingin melangkah ke gerbang perkahwinan pasti mahu nampak cantik, muka berseri, anggun dan mempesonakan bagaikan seorang puteri raja.
Ini adalah kerana hari tesebut merupakan hari yang sangat istimewa dan menjadi impian ramai wanita.Jadi, sudah tentulah kebanyakannya mahu tampil cantik dengan muka berseri di atas pelamin.
Untuk mendapatkan penampilan terbaik di hari bersejarah itu, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan. Tip ini sangat berguna supaya aura wajah berseri-seri jelas kelihatan di hari bahagia anda itu nanti.
[btn text=”CARA BUAT SCRUB MUKA SENDIRI, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/skrub-muka-buatan-sendiri/” target=”_blank”]
Berikut beberapa tip penting yang perlu dlakukan jika ingi tampil dengan muka berseri-seri.
- Elakkan Diet Mendadak
Bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal, ramai wanita mengambail jalan singkat dengan berdiet. Tak ada salahnya pun, tetapi pastikan diet tersebut telah dilakukan sebelum majlis berlangsung dan adalah diet sihat.
Sekiranya ada melakukan diet mendadak dalam tempoh yang cukup singkat, hampir dengan hari perkahwinan, anda bakal berdepan dengan pelbagai risiko penyakit. Antaranya gastrik, dan jika perkara ini terjadi sudah pasti akan akan merosakkan penampilan sempurna anda di hari bahagia tersebut.
- Merawat Tubuh
Jika tidak mempunyai bajet atau ingin lebih jimat, merawat tubuh boleh anda lakukan sendiri di rumah.
Lakukan secara rutin, facial dan melulur badan dua hari sekali selama dua bulan sebelum majlis tersebut. Ini adalah kerana supaya sel-sel kulit mati terangkat dan membuatkan kulit tidak kusam. Di samping itu, kulit juga akan terasa lebih lembut dan berbau wangi.
Selain berlulur, gunakan juga sabun susu agar kulit sentiasa terjaga lembut. Gunakan hand and body lotion serta sun block ketika hendak keluar rumah dan anda terdedah pada cahaya matahari yang terik.
Di samping itu, lakukan juga manicure dan pedicure supaya kuku kaki dan tangan anda tetap bersih dan berkilat.
- Jaga Kebersihan & Bau Miss V
Ingat ya, kecantikan sejati seorang wnaita merupakan kesimbangan kecantikan luar dan dalam. Kecantikan luar adalah bagaimana seorang wanita itu menjaga atau merawat tubuhnya. Manakala kecantikan dari dalam menunjukkan betapa anda menghargai diri sendiri.
Masalah di bahagian alat sulit memanng kerap menganggu dan membuatkan ramai wanita berasa tidak selesa. Bermula dari masalah keputihan, kegatalan sehinggalah Miss V berbau masam atau busuk. Semua ini boleh membuatkan perasaan menjadi tidak selesa, bahkan juga boleh menganggu nikmat malam pertama anda.
Jadi, menjaga Miss V agar tetap bersih dan harus menjelang hari perkahwinan memang penting dilakukan oleh calon mempelai.
- Minum Banyak Air Masak & Rehat Secukupnya
Beristirahat juga tidak kurang pentingnya bagi kecantikan badan dan wajah. Sekalipun anda terlalu sibuk membuat persiapan majlis tersebut, tetapi anda juga perlu memikirkan kesihatan diri.
Di hari majlis itu nanti sudah pasti anda akan mengeluarkan energi yang cukup banyak dan amat memenatkan.
Di samping itu, perbanyakkan minum air masak. Badan anda akan selalu segar dan sihat apabila anda minum air masak dengan jumlah yang mencukupi pada setiap hari.
Selain minum air masak, anda juga perlu berfikiran positif supaya fikiran anda menjadi lebih segar dan muka pun nampak bahagia. Jadi, jangan stress-stress ok!
- Lemparkan Senyuman Ikhlas
Sepanjang majlis berlangsung, sudah tentu anda bakal menjadi pusat perhatian ramai. Apa sahaja yang ada pada diri anda akan diperhatikan oleh semua tetamu yang hadir. Malahan, ramai yang mahu mengabadikan foto kenangan bersama anda dan juga pasangan.
Untuk kelihatan cantik dan muka berseri, senyuman dari bibir anda juga memainkan peranan penting. Dalam senyuman, jika mulut dan gigi lebih bersih dan putih sudah pasti penampilan anda di hari istimewa itu akan nampak lebih mempesonakan.
Jadi, tidak ada salahnya jika anda menjaga kebersihan mulut serta memperuntukkan sedikit bajet untuk merawat dan membersihkan gigi anda beberapa minggu sebelum majlis berlangsung.
Itulah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menjelang hari perkahwinan.Biarkan badan dan juga muka anda terawat, sehingga boleh menghasilkan solekan yang senoyrba, sekaligus membuatkan muka berseri dan anda kelihatan semakin cantik di hari istimewa itu!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]