Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

KLINIK PERGIGIGIAN MY DENTAL CARE TAWAR PROMOSI HEBAT SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGAN KE-13 DI MEDAN TUANKU, KL

Posted on 09/03/202210/10/2022 by 123mamanet

Promosi hebat untuk rawatan gigi di My Dental Care sedang berlangsung selama sebulan (3 September-3 Oktober 2022)sempena pembukaan cawangan yang ke-13 di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

MyDental Care adalah cabang perniagaan kesihatan pergigian di bawah MDC Asia Link Berhad (MALB). Klinik Pergigian My Dental Care Medan Tuanku ini juga merupakan cawangan pertama di Kawasan segi tiga emas ibu kota.

Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr Aslan Bacho bersama Ketua Pegawai Operasi MALB yang juga Pakar Pergigian,
Dr Zeefitri Saniah Bidin

Menurut Ketua Pegawai Operasi MALB yang juga Pakar Pergigian, Dr Zeefitri Saniah Bidin, pembukaan cawangan klinik pergigian terbaharu kumpulan itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan My Dental Care sebagai peneraju penyedia perkhidmatan pergigian swasta utama negara.

Malahan, ia memudahkan warga kota terutamanya mereka yang bekerja di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan pergigian yang terbaik.Tambahan pula ia merupakan cawangan pertama di segi tiga emas ibu kota.

Ucapan serba ringkas daripada Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr Aslan Bacho sebelum majlis pelancaran

Sudah 26 Buah Cawangan!

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr Aslan Bacho pula berkata, secara keseluruhannya, kumpulan menyasarkan membuka sebanyak 26 cawangan Klinik Pergigian My Dental Care tahun ini.

Beliau berkata, pembukaan cawangan-cawangan baharu itu bukan saja dapat memberikan perkhidmatan pergigian yang lebih efiksyen dan dekat dengan pelanggan tetapi turut membuka peluang pekerjaan kepada graduan kesihatan.

Ruang menunggu yang sangat selesa
Bilik rawatan gigi untuk dewasa
Dekorasi bilik rawatan gigi untuk kanak-kanak yang cukup menyenangkan

“MALB mempunyai komitmen menjadi peneraju perkhidmatan kesihatan patuh syariah di Malaysia dan ianya dapat dicapai melalui pembukaan lebih banyak klinik pergigian di bawah kumpulan.

“Malah dengan pembukaan klinik pergigian yang lebih banyak selain pengukuhan operasi anak-anak syarikat di bawah MALB, ia juga dapat mempercepatkan langkah kami untuk menjadi syarikat tersenarai dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” ujar beliau lagi.



Rebut Pelbagai Tawaran Menarik

Sempena pembukaan cawangan ke-13 Klinik Pergigian My Dental Care di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.seiring dengan bulan Kemerdekaan dan pelbagai tawaran istimewa akan diberikan.

Antara tawaran istimewa adalah ‘Pakej Implan di mana setiap pelanggan akan menerima Caj Perundingan Percuma serta harga promosi antara RM8,000 sehingga RM9,000 sahaja.

Tidak cukup dengan itu, My Dental Care turut menyediakan Caj Perundingan Pemeriksaan Gigi Percuma.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan ‘scaling’ dan ‘polishing’, ianya tersedia pada harga RM99 dan percuma pemeriksaan serta konsultasi. Penjimatan sebanyak RM101 daripada harga asal.

Golongan kanak-kanak juga turut disediakan pakej istimewa seperti rawatan ‘polishing’ dan ‘topical fluoride’ pada harga RM69, penjimatan sebanyak RM71.
Selain itu, turut ditawarkan sempena pembukaan cawangan Medan Tuanku adalah Diskaun 10 peratus Untuk Semua Rawatan Gigi serta Penjimatan RM50 Bagi Rawatan Pergigian Kanak-Kanak.

Klinik Pergigian My Dental Care Medan Tuanku
FB : https://www.facebook.com/mydentalcare.medantuanku
IG : https://www.instagram.com/mydentalcare_medantuanku/
GOOGLE :
15, Jalan Medan Tuanku 1, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://g.co/kgs/M1zCmV

Waktu Operasi

Dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.


Sebarang pertanyaan hubungi:
 +60 3-2602 0122
 +60 11-6340 1221

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme