Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Nexode RG

Nexode RG Pengecas Robot Serba Pantas!

Posted on 05/09/202405/13/2024 by 123mamanet

Nexode RG 65W UGREEN! Dunia bakal menyambut Hari Ibu pada 12 Mei. Apakah hadiah terbaik untuk ratu hati kita ini? Satu lagi cawan yang tertera “World’s Best Mum”?

Isi Kandungan hide
1 Raikan Hari Ibu
2 Kehebatan Nexode RG
3 Kombinasi Versatiliti dan Keserasian
4 Jadikan Hadiah Sempena Hari Ibu
5 Beli Sekarang!

Raikan Hari Ibu

Kabinet dapur ibu mungkin sudah berlambak dengan cawan sedemikian. Sejambak bunga segar? Ia akan layu dan dibuang kemudian. Jadi, apa kata kita menghadiahkan sesuatu yang praktikal, comel dan mudah dibawa untuk ibu moden hari ini? Jika anda berasa itu idea yang bagus, cubalah pertimbangkan Pengecas Nexode RG 65W UGREEN

Nexode RG

Kehebatan Nexode RG

Nexode RG ialah pengecas robot yang bukan hanya mengecas dengan pantas tetapi juga teman kehidupan harian yang comel. Ia tersedia dalam warna hitam yang anggun atau ungu terang, yang menonjolkan personaliti unik anda semasa pengecasan.

Selain itu, Nexode RG merupakan pengecas berasaskan Gallium Nitride (GaN) yang boleh menukar tenaga kepada elektrik tiga kali lebih cekap daripada pengecas tradisional. Lebih-lebih lagi, ia tersedia dalam saiz poket yang mudah dibawa!

Kombinasi Versatiliti dan Keserasian

Setiap ibu mempunyai keperluan yang berbeza. Namun, pelbagai ciri Nexode RG yang menarik akan dapat memenuhi sebarang keperluan itu.

Bagi ibu yang sentiasa berlumba dengan masa, kehabisan bateri dan komunikasi terputus adalah antara perkara paling menjengkelkan.

Namun, masalah ini dapat diatasi dengan Nexode RG yang mempunyai 2 port USB-C dan 1 port USB-A serta keupayaan pengecasan 65W yang pantas.

Sama ada mengecas telefon pintar, tablet, komputer riba atau peranti lain, pengecas ini menawarkan versatiliti dan keserasian yang tiada bandingan, lantas menjadi teman terbaik dalam kehidupan harian mana-mana ibu.

Bukan itu sahaja, ia juga mudah dibawa ke mana-mana sahaja! Saiznya yang kecil membolehkannya dimasukkan secara mudah ke dalam beg tangan atau poket, menjadikannya pengecas paling ideal untuk para ibu. Kasut comel robot pengecas itu juga boleh ditanggalkan dan digunakan untuk melindungi dua pin RG serta sebarang item dalam beg.

Nexode RG sesuai untuk semua ibu, tidak kira mereka yang celik teknologi ataupun tidak. Ini kerana Nexode RG dilengkapi dengan skrin emoji yang dapat menunjukkan status pengecasan secara tepat. Ia membolehkan ibu memantau status pengecasan peranti mereka, sekali gus memberi pengalaman bebas tekanan yang pasti disukai oleh semua ibu di luar sana!

Selain itu, pengecas RG 65W juga sesuai untuk ibu-ibu yang mengutamakan soal keselamatan kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang unik.

Selain dibina dengan bahan kalis api dan bertahan lama, sistem pemantauan suhu proprietari UGREEN, Thermal Guard™ dapat mengurangkan risiko suhu terlampau panas atau kerosakan pada peranti, sekali gus memberi ketenangan fikiran sewaktu pengecasan.

Baca Juga:

Review Samsung Galaxy A55 5G Serba Canggih

Rumah Idaman, Izara @ Bayu Sutera

Jadikan Hadiah Sempena Hari Ibu

Kesimpulannya, Nexode RG mempunyai ciri-ciri hadiah Hari Ibu yang paling sempurna, dengan menyatukan ciri praktikal dengan daya tarikan yang menarik.

Tidak kira untuk ibu yang celik teknologi ataupun tidak, ibu yang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan, atau ibu yang selalu berada di rumah, pengecas serba boleh ini mampu membawa kegembiraan dan kemudahan yang tiada bandingan.

Beli Sekarang!

Jadi, sempena Hari Ibu ini, tunjukkanlah penghargaan kepada ratu hati anda dengan Pengecas Nexode RG 65W UGREEN — hadiah yang meraikan insan istimewa ini dan segala pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka.

Dapatkannya di laman rasmi Shopee, Lazada, or TikTokShop UGREEN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme