Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

NIKMATI HARI ANDA DENGAN CADBURY DAIRY MILK BITES

Posted on 05/26/202205/27/2022 by 123mamanet

Cadbury Dairy Milk BITES yang baharu bersaiz 120g merupakan manisan terbaik untuk dikongsi bersama pada bila-bila masa dan membantu rakyat Malaysia menikmati hari yang sibuk.

Cadbury, jenama manisan nombor 1 Malaysia di bawah naungan Mondelēz International (Mondelez), melancarkan Cadbury Dairy Milk BITES BAHARU bersaiz 120g dalam perisa yang digemari ramai iaitu Happy Hazelnut dan Merry Almonds! Pelancaran saiz pek baharu ini membolehkan anda merasai coklat yang enak tidak terkata bersama keluarga dan rakan-rakan sekali gus mewarna hari aktif anda.

Asalnya, Cadbury Dairy Milk BITES telah dilancarkan dalam saiz 50g pada September 2020 dengan tiga perisa iaitu Almond (buah badam), Hazelnut (kacang hazel) dan Raisin (kismis) yang masih boleh didapati di pasaran. Coklat ini hanya bersaiz satu suapan dan boleh dimakan pada bila-bila masa tanpa mengira tempat. Tambahan lagi, saiz 120g ini sangat sesuai untuk dikongsi dan memudahkan keluarga serta rakan-rakan anda merebut coklat enak ini.

Coklat bersaiz kecil yang enak ini disaluti coklat lazat dengan kerangupan kacang hazel dan buah badam. Lebih-lebih lagi, faktor snek secara bijak (mindful snacking) diambil kira dalam proses penciptaan Cadbury Dairy Milk BITES. Ini merupakan pendekatan tingkah-laku positif yang berfokus pada makanan dengan tujuan dan perhatian. Hal ini termasuklah perkara seperti interaksi pengguna dengan deria serta menikmati rasa dan tekstur. Pengguna juga dapat mendengar isyarat tubuh sekiranya teringin sesuatu yang selamat dimakan. Semua ini boleh didapati dalam Cadbury Dairy Milk yang lazat dan bersaiz kecil.

“Kami merupakan sebuah jenama yang bertumpu pada inovasi dalam memenuhi permintaan dan rasa baharu. Oleh itu, bersandarkan kejayaan Cadbury Dairy Milk BITES bersaiz 50g kami telah mencipta satu format saiz baharu yang mudah dikongsi dengan rakan-rakan dan keluarga. Cadbury Dairy Milk BITES 120g yang baharu ini dapat membantu meningkatkan semangat para pengguna, mereka juga dapat berehat dan memuaskan hati dengan Cadbury Dairy Milk yang enak ini,” kata Ng Boon Siew, Pengurus Pemasaran Kanan, Coklat, Mondelez International (Malaysia & Singapore).

Cadbury Dairy Milk BITES menyeru seluruh Malaysia untuk turut serta merasai pengalaman menikmati dan berehademi mewar-warkan lagi manisan terbaik yang boleh dikongsi bersama pada bila-bila masa. Layari Instagram dan tunjukkan saat-saat paling biasa dan menyeronokkan untuk menikmati coklat. Lagi pula, tiada peraturan khusus untuk kita menikmati coklat kecil yang enak dengan kerangupan buah badam dan kacang hazel ini. Jadi, muat naik gambar atau video dan jangan lupa sertakan #CadburyBiteNRelax #CadburyDairyMilk #CadburyDairyMilkBites dan tag @cadbury_my.

Nantikan kemunculan Cadbury Dairy Milk BITES 120g di rangkaian pasar raya besar seperti Lotus, AEON, AEON BiG dan Mydin. Coklat enak bersaiz kecil ini juga boleh didapati dalam talian di Lazada and Shopee, termasuk diskaun 15% untuk pembelian Cadbury Dairy Milk BITES secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut tentang Cadbury Dairy Milk Malaysia, lawati laman Facebook di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia, singgah ke siaran YouTube di https://www.youtube.com/user/CadburyMsia dan tuju ke laman Instagram @cadbury_my.

*Diskaun 15% Shopee akan diaktifkan dari 15 Mei – 6 Jun. Kemudian, diskaun akan menjadi 10% mulai 7 Jun

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia
  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Recent Posts

  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme