Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

NIKMATI RASA TEH MUTIARA TANPA RAGU DENGAN NU SKIN TRGO® PROTEIN+

Posted on 06/09/202206/09/2022 by 123mamanet

Nu Skin telah melancarkan TRGO® Protein+, cara mudah dan menyelerakan untuk menambahkan pengambilan protein anda. Inilah teman baharu gaya hidup aktif yang mampu meningkatkan pengambilan protein anda.

Gaya hidup yang terlalu sibuk kadangkala boleh menyebabkan anda kesuntukan masa dalam memastikan tubuh badan mendapat zat makanan yang mencukupi. Pengambilan protein yang mencukupi amat penting bagi pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu penting, lebih-lebih lagi apabila rutin harian anda dipenuhi dengan aktiviti lasak. 

Keperluan protein juga berbeza bagi setiap individu dari segi umur, tahap kelasakan dan matlamat pemakanan. Baru-baru ini Nu Skin melancarkan TRGO® Protein+, cara mudah dan menyelerakan untuk menambahkan pengambilan protein anda. 

TRGO® Protein+ mengandungi protein berasaskan tumbuhan daripada kacang soya, menjadikannya sesuai untuk lakto-ovo-vegetarian juga. Diformulasikan dengan enzim protease, produk ini juga membantu tubuh anda menambah baik pencernaan protein dan penyerapan asid amino. Justeru, tisu badan anda boleh tumbuh dan diperbaiki dengan lebih berkesan.

TRGO® Protein+ ini berperisa teh mutiara yang diperbuat daripada kombinasi ekstrak semula jadi teh hitam, perisa teh hitam dan vanila. Perisa ini memberikan anda keharuman aroma teh dan memenuhi selera teh mutiara anda tanpa pengambilan kalori harian yang berlebihan. 

“Peningkatan pengambilan protein tidak semestinya memerlukan masa penyediaan yang lama atau ramuan yang sukar untuk dicari. Kadangkala ianya semudah meminum minuman berprotein tinggi,” ujar Hendrix Wong, Naib Presiden, Operasi Pemasaran Nu Skin Malaysia & Brunei. 

“Tambahan pula, biasanya makanan berkhasiat selalu distereotipkan sebagai makanan yang ‘hambar atau bosan’, membuatkan ramai individu teragak-agak dalam mengubah pemakanan mereka kepada sesuatu yang lebih berkhasiat. Sebab itulah kami mengeluarkan TRGO® Protein+ dalam perisa teh mutiara. Kami faham bahawa teh mutiara masih lagi mempunyai permintaan yang tinggi popular di Asia Tenggara. Kenapa perlu mengorbankan minat anda terhadap teh mutiara apabila kami boleh menjadikannya sesuatu yang baik untuk tubuh badan anda?” tambahnya.

Malaysia merupakan negara pertama dalam pasaran Asia Tenggara yang memperkenalkan TRGO® Protein+ berperisa teh mutiara. Setiap sachet TRGO® Protein+ mengandungi serbuk protein seberat 10g dan boleh dinikmati sebelum atau selepas makan/atau bersenam, dan juga sesuai dijadikan snek yang sihat. Anda hanya perlu mencampurkan satu sachet ke dalam 150ml air dan goncang sehingga larut.

Pastikan anda mengikuti pengumuman mengenai pelancaran produk baru dan pelbagai promosi menarik melalui platform-platform ini:

Website: Nu Skin Malaysia

Instagram: nuskinmy.official

Facebook: Nu Skin Malaysia

YouTube: Nu Skin Malaysia

Telegram: Nu Skin Malaysia (Official)

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme