Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Nu Skin Malaysia

Nu Skin Malaysia Perkenalkan ageLOC® WellSpa iO™ Peranti Kecantikan Baharu

Posted on 11/16/202311/16/2023 by 123mamanet

Nu Skin Malaysia, penyedia produk kecantikan dan kesihatan secara menyeluruh yang terkemuka, memperkenalkan ageLOC® WellSpa iO™, peranti kecantikan dan kesejahteraan diri pintar.

Isi Kandungan hide
1 Nu Skin Malaysia Persembahkan Inovasi Terbaru
2 ageLOC® WellSpa iO™
3 Peranti Pegang-Tangan
4 Aplikasi Nu Skin Vera®

Ia direka untuk meningkatkan keyakinan terhadap tubuh badan, peremajaan kulit dan kesejahteraan diri secara menyeluruh. ageLOC® WellSpa iO™ adalah inovasi terbaru daripada jenama terlaris di dunia ini dalam sistem peranti kecantikan selama enam tahun berturut-turut.

Nu Skin Malaysia

Nu Skin Malaysia Persembahkan Inovasi Terbaru

Hendrix Wong, Naib Presiden Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia & Brunei berkata, “Nu Skin Malaysia amat teruja untuk memperkenalkan inovasi terbaru ini dalam pasaran. Kami amat berbesar hati membawakan ageLOC® WellSpa iO™.

Produk ini bukan sahaja meningkatkan penampilan. Bahkan  menyokong pendekatan holistik terhadap kesejahteraan diri. Dengan teknologi arus mikro adaptif yang sedang dipatenkan, ageLOC® WellSpa iO™ menawarkan pengalaman yang boleh diperibadikan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang semakin berkembang.”

 

Nu Skin Malaysia

ageLOC® WellSpa iO™

Ia merupakan peranti istimewa yang direka untuk menambahbaik penampilan dan membantu pengguna bersantai selepas melakukan aktiviti fizikal yang bertenaga.

Peranti ini menggunakan teknologi arus mikro adaptif unik yang sentiasa beradaptasi (lebih daripada 80 kali sesaat) dengan kekonduksian kulit sepanjang setiap sesi untuk memberikan pengalaman yang optimum dan selesa.

Nod logam pada peranti yang kini sedang dipatenkan, membantu memberikan urutan yang lancar dan selesa Direka untuk digunakan pada bahagian atas dan bawah kaki, lengan serta abdomen. Nod direka agar bersesuaian dengan kontur badan serta meluncur lancar pada permukaan kulit untuk membantu pengguna berasa tenang dan santai.

Peranti Pegang-Tangan

ageLOC® WellSpa iO™ dicipta untuk digunakan bersama ageLOC® Body Serum dan ageLOC® Body Activating Gel. Peranti pegang-tangan ini meningkatkan manfaat penjagaan kulit yang ditawarkan oleh produk pelengkap tersebut. Ia menyasarkan pada kontur yang ketara, mengurangkan penampilan selulit, merangsang relaksasi badan serta untuk pengalaman kepuasan yang menyeluruh.

Baca Juga: 

ageLOC® LumiSpa®

Natural Clenx Tea Bersihkan Toksin Dalam Badan

 

Nu Skin Malaysia

Aplikasi Nu Skin Vera®

Sementara itu, aplikasi Nu Skin Vera® memperkasakan pengguna untuk memperibadikan pengalaman ageLOC® WellSpa iO™ mereka. Ia menawarkan tutorial berpandu, maklumat data masa nyata, dan merekod penggunaan untuk mengukur kemajuan dari semasa ke semasa. Aplikasi ini juga menyediakan skor iO yang diperibadikan untuk mengekalkan motivasi.

Nu Skin menjalankan kajian rutin penggunaan ageLOC® WellSpa iO™ Revitalize atas 33 wanita berumur antara 25 hingga 60 tahun yang mempunyai selulit ringan hingga sederhana di bahagian atas belakang paha, atas belakang lengan dan/atau abdomen.

Rutin ini merangkumi penggunaan ageLOC® Body Polish sebagai pembersih pengelupasan pada semua permukaan kulit tersebut. Penggunaan peranti ageLOC® WellSpa iO™ bersama ageLOC® Body Serum selama tiga minit, tiga kali seminggu. Disarankan penggunaan ageLOC® Dermatic Effects sebanyak dua kali sehari.

Setiap permukaan kulit dinilai mengikut penilaian klinikal dan persepsi kendiri pada peringkat permulaan, dan pada minggu kedua, keempat, kelapan, serta kedua belas.

Bahagian atas belakang paha juga dinilai menggunakan peralatan pada tempoh masa yang sama. Para peserta mencatatkan penambahbaikan dalam penampilan kulit mereka berdasarkan ciri berikut. Pada setiap permukaan kulit iaitu selulit, keanjalan, kontur, ketegangan, kelembutan, penghidratan dan keseluruhan penampilan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nuskin.com/content/nuskin/en_MY

Aplikasi Nu Skin Vera® boleh dimuat turun daripada laman aplikasi pada semua telefon pintar. Boleh juga dihubungkan dengan mana-mana peranti ageLOC® WellSpa iO™ untuk menikmati pengalaman menyeluruh yang premium.

3 thoughts on “Nu Skin Malaysia Perkenalkan ageLOC® WellSpa iO™ Peranti Kecantikan Baharu”

  1. Linda says:
    11/16/2023 at 1:08 PM

    Nu skin ni mmg best skincare dia…

  2. 123mamanet says:
    11/16/2023 at 1:21 PM

    Produk2 peranti kecantikan Nu Skin pun terbaik. Sebelum ni ageLOC® LumiSpa® , now ageLOC® WellSpa iO™ pula. Kena cuba 🙂

  3. Pingback: Mustela Stelatopia+ - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme