Nu Skin, peneraju global dalam produk kecantikan dan kesihatan berkualiti premium telah memperkenalkan peranti canggih serba baharu ageLOC LumiSpa iO – peranti dwi-tindakan yang menjimatkan masa bagi menghasilkan kulit yang lebih sihat, awet muda dan tampak berseri-seri.
Peranti pintar, bersambung ke Bluetooth, satu-satunya peranti yang menggunakan teknologi yang dipatenkan dengan produk berkuasa tinggi.
Aplikasi Nu Skin Vera®, ageLOCLumiSpa iO
ageLOC® LumiSpa® iO turut dilengkapi dengan teknologi terkini, Micropulse Oscillation. Apabila bahagian kepala silikon yang lembut berputar dan sasarkan dengan gerakan melebar, ia dapat menanggalkan seluruh kotoran, solekan, minyak dan toksin daripada permukaan kulit muka tanpa merengsakan kulit. Sebaliknya menjadikannya lebih lembut dan licin
Digabungkan dengan aplikasi Nu Skin Vera®, ageLOCLumiSpa iO memberikan dunia baharu kepada rejim penjagaan kulit. Ia membolehkan anda mencipta penjagaan kulit wajah yang lebih praktikal dan efektif mengikut jenis kulit yang anda miliki. Di samping memberikan perhatian yang lebih utama termasuk muka, leher dan bahagian lurah dada.
Anda mempunyai kuasa untuk menyesuaikan dan menyimpan rawatan yang berbeza bagi memenuhi keperluan anda. Anda boleh menetapkan dan menyimpan rawatan kegemaran apada peranti anda.
Rejim boleh disesuaikan dari tombol rawatan, kawasan muka yang ingin difokuskan -malah di sekitar lurah dada! Selain itu, anda juga boleh menamakan dan menyesuaikan dengan tempoh rawatan yang diingini.
ageLOC LumiSpa iO Peranti Penjagaan Kulit Peribadi
ageLOC® LumiSpa® iO adalah peranti penjagaan kulit peribadi yang boleh dicas semula (pengecas magnetik) dengan aplikasi Nu Skin Vera serta turut menampilkan tiga keadah rawatan untuk diperibadikan mengikut keperluan masing-masing.
Terdapat tiga tombol rawatan ageLOC LumiSpa iOs berdasarkan jenis kulit dan keperluaan rawatan. Setiap tombol rawatan membuang kekotoran dan membersihkan kulit, memberikan pengalaman lembut yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.
Tombol rawatan Gentle paling lembut dan bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitive atau mudah berjerawat. Manakala tombol rawatan Normal adalah pilihan standard dan direka untuk kebanyakan jenis kulit. Sementara tombol jenis Firm pula adalah untuk mreka yang inginkan pengalaman paling agresif, tetapi tidak disarankan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitive dan berjerawat.
Disarankan menggunakannya dua kali sehari, pagi dan malam hari bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Ini termasuk kelembutan kulit, kehalusan, keserian, tona kulit jadi lebih sekata dan cerah, penampilan pori-pori yang berkurangan dan kulit wajah pun jadi lebih anjal.
Baca Juga:
Cara Putihkan Muka Dengan Cepat
Direka secara optimum untuk ageLOC LumiSpa iO – memaksimumkan manfaat penyempurnaan kulit dan pembersihan. Dan hasilnya? Kulit lebih cerah, sihat dan kelihatan muda!
Berikut 7 Manfaat Penggunaan ageLOC LumiSpa iO
- Kulit Menjadi Lebih Halus
- Wajah Lebih Berseri
- Kulit Kelihatan Segar
- Kulit Sihat Dan Bersih
- Liang Pori-Pori Kelihatan Mengecil
- Kulit Wajah Licin, Tegang Dan Anjal
Cara Penggunaan ageLOC LumiSpa iO
Mula-mula pasangkan tombol rawatan kepada peranti ageLOC LumiSpa iOs.Selepas itu barulah mulakan langkah seterusnya.
- Lembapkan wajah dengan air.
- Selepas itu, sapukan ageLOC LumiSpa iOs Activating Cleanser pada seluruh muka.
- Basahkan tombol rawatan dan tekan butang untuk menghidupkannya.
- Perlahan-lahan geserkan tombol rawatan arah ke depan dan belakang di kawasan muka yang disasarkan dengan Gerakan melebar.
- Lakukan Gerakan tersebut selama 30 saat di setiap kawasan yang disasarkan. Peranti akan terhenti seketika tiga kali setiap 30 saat untuk menggesa anda bertukar ke kawasan lain.
- Apabila selesai, peranti akan berhenti dan padam secara automatik. Kemudian bilas wajah dengan air bagi menyingkirkan sisa pembersih pengaktif.
Tip: Jangan lakukan Gerakan skrub atau menekan kulit terlalu kuat
Untuk maklumat lanjut tentang ageLOC LumiSpa iO atau produk Nu Skin yang lain, sila layari www.nuskin.com.my
2 thoughts on “Nu Skin Perkenalkan ageLOC LumiSpa iO”
Comments are closed.