Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
putihkan muka dengan cepat

Cara Putihkan Muka Dengan Cepat

Posted on 09/24/202309/24/2023 by 123mamanet

Nak tahu rahsia atau cara putihkan muka dengan cepat tanpa menggunakan sebarang produk pemutih muka yang berlambak-lambak di pasaran? Biar Mamanet kongsi rahsia kecantikan asli yang dimiliki dengan cara putihkan muka dengan cepat itu.

Isi Kandungan hide
1 Cara Putihkan Muka Dengan Cepat
2 Cara dan Trik Semulajadi
3 Cara Putihkan Muka Dengan Bahan Dapur
3.1 Putih Telur Dan Limau Nipis
3.2 Betik

putihkan muka dengan cepat

Cara Putihkan Muka Dengan Cepat

Semua wanita dalam dunia ni nak nampak cantik. Salah satu faktor kecantikan wanita terletak pada kulit wajahnya. Jika kulit muka nampak putih berseri tanpa jerawat serta bintik-bintik hitam, dah tentulah akan membuatkannya nampak lebih cantik dan mempesonakan.

Mamanet memang suka tengok wanita cantik dan Mamanet sanggup mencari rahsianya dan syorkan kepada anda semua cara putihkan muka dengan cepat sert selamat. Bagi Mamanet untuk kelihatan cantik, kita tidak perlu menggunakan produk pemutih muka seperti yang dilakukan oleh ramai wanita lain.

Cara dan Trik Semulajadi

Untuk tampil cantik, anda hanya perlu beberapa cara dan trik semulajadi yang boleh dilakukan tanpa perlu menggunakan produk pemutih muka yang boleh merosakkan kulit wajah atau bermekap tebal.

Jadi, Mamanet lebih senang dan percaya cara putihkan muka paling elok, tanpa bahan kimia adalah dengan menggunakan ramuan semulajadi. Silalah pilih salah satu daripada 5 cara putihkan wajah secara semula jadi di bawah.

Ingat ya, sebelum itu pastikan anda melakukannya secara rutin kerana cara ini tidak akan memberikan hasil jika hanya dilakukan sekali sahaja.

Baca Juga: 

Makanan Penyebab Jerawat

 Review Skintific Skincare

 

putihkan muka dengan cepat

 

Cara Putihkan Muka Dengan Bahan Dapur

  • Tomato

Vitamin C yang ada dalam buah tomato mampu memutihkan kulit. Ekstrak tomato banyak dipakai sebagai bahan aktif kosmetik pemutih kulit.

Untuk membuatnya, parut halus atau blender tomato. Kemudian, tambahkan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Gaul sehingga rata, sapukan pada leher serta muka.

Biarkan selama setengah jam. Bilas wajah anda dengan air sampai bersih. Lakukan cara ini pada setiap malam sebelum tidur secara rutin.

  • Yogurt

Yogurt menurut Wikipedia berasal daripada perkataan Turki yang bermaksud makanan yang terhasil daripada penapaian susu oleh bakteria. Masker yang diperbuat daripada yoghurt mampu melembabkan dan menghaluskan kulit mula. Cara membuatnya pun sangat senang, mudah, campurkan yoghurt (plain) dengan madu.

Kemudian sapukan di wajah anda. Setelah itu biarkan selama 15 minit. Kemudian bilaslah wajah anda dengan air bersih.

putihkan muka dengan cepat

  • Putih Telur Dan Limau Nipis

Putih telur memang cukup bagus untuk menegangkan kulit wajah. Manakala limau nipis pula dikatakan mampu membuatkan warna kulit menjadi cantik.

Kedua bahan ini boleh dijadikan sebagai masker muka bagi mendapatkan kulit muka yang putih berseri. Sapukan masker putih telur dan limau nipis ini  ke wajah anda selama 15 minit, kemudian barulah bilas air bersih.

  • Ubi Kentang

Ambil sebiji ubi kentang kemudian parut! Tambahkan satu sudu makan madu kemudian gaul rata dengan kentang yang sudah diparut tadi.

Sapukan pada wajah anda selama 20 minit, kemudian bilas hingga bersih menggunakan air bersih. Bahan–bahan tersebut sangat bagus untuk memutihkan kulit anda dan sesuai untuk segala jenis kulit.

  • Betik

Cara putihkan muka dengan menggunakan buah betik tidak kurang hebat keberkesannnya.Vitamin yang terdapat dalam buah betik dikatakan cukup efektif untuk membuatkan kulit wajah anda nampak putih berseri.

Untuk membuatnya, parut atau haluskan dua potong betik muda, kemudian campur dengan sepotong  betik masak.

Setelah itu, sapukan pada wajah selama selama 15 minit. Kemudian, bilaslah dengan air hingga bersih.

Lakukan pada setiap hari sebagai cara putihkan kulit yang berkesan.

6 thoughts on “Cara Putihkan Muka Dengan Cepat”

  1. Pingback: BEG TOTE CU x CHRISTY NG MEMANG TRENDY! - 123mamanet
  2. Pingback: Anugerah Guardian 2023 Janjikan Hadiah Lumayan Lebih RM150,000 - 123mamanet
  3. Pingback: Khasiat Air Garam Cantikkan Wajah - 123mamanet
  4. Pingback: 6 Makanan Buat Kulit Awet Muda - 123mamanet
  5. Pingback: Nu Skin Perkenalkan ageLOC LumiSpa iO - 123mamanet
  6. Pingback: Menu Diet Tanpa Nasi - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme