Anda peminat setia beg tote?
Wow! CU, kedai serbaneka Korea nombor satu di Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Malaysia, Christy Ng untuk menghasilkan beg tote dengan rekaan menarik yang juga boleh dijadikan sebagai koleksi serta sesuai untuk digayakan oleh semua.
Samada anda nak membeli belah mencari hadiah Krismas, bertemu teman baik ataupun bercuti bersama yang tersayang – tote bag CU x Christy Ng ini adalah koleksi terbaik sebagai aksesori tambahan untuk anda ber- #ootd!
BEG TOTE CU x Christy Ng
Rekaan untuk setiap beg tote ini diinspirasikan daripada reka bentuk kedai CU di Korea, menjadikan ianya sungguh unik dan tersendiri. Disamping itu juga, kedua-dua beg ini dihasilkan dengan dua warna tema istimewa mengikut kesesuaian personaliti dan citarasa anda.
Sekiranya anda gemarkan warna yang terang dan terserlah, tote bag pertama yang ceria serta nampak segar dengan warna biru laut dan kuning seperti sinaran matahari – adalah beg yang sesuai untuk anda.
Artikel Lain: Cara Putihkan Muka Dengan Berkesan
Namun jika anda lebih sukakan aura yang lebih tenang dan klasik – anda boleh memilih beg tote kedua yang menampilkan rekaan minimalis dengan pilihan warna rasmi CU yang sememangnya dikenali iaitu ungu dan hijau.
Apapun warna yang menjadi pilihan,beg yang cantik ini diperbuat daripada kanvas berkualiti tinggi. Iamenjamin pengalaman membeli belah yang selesa disamping menjadikan anda kelihatan sungguh bergaya.
Jadikan ia sebagai peneman anda ketika mencari hadiah istimewa dari Santa, atau semasa berehat sambil menikmati snek di CU. Anda boleh juga menjadikannya sebagai peneman anda untuk berswafoto ketika berjalan-jalan di bandar!
Sempena pelancaran cawangan CU yang ke-100 di Malaysia, kolaborasi ini adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang CU terima dari rakyat Malaysia dan juga perasaan sarang (cinta) CU kepada kesemua pelanggan-pelanggan CU.
Artikel Lain: Supernova Kasut Larian Adidas
Keutamaan CU adalah untuk memberikan para pelanggannya suasana membeli belah yang segar serta menyeronokkan dan ini adalah langkah pertama, akan ada lebih banyak lagi kejutan istimewa – jadi tunggu!
Koleksi CU x Christy Ng kini boleh dibeli di seluruh cawangan CU seluruh Malaysia, dengan harga runcit RM49.90 satu. Setiap beg tote ini didatangkan bersama pelbagai barangan menarik antaranya termasuklah: Foodaholic Aloe Soothing Gel, Lovint Choco Stick, pek kluster Coca Cola Rasa Asli dan juga Buku Nota Coca Cola dengan kuantiti yang terhad.
Jom kunjungi cawangan CU terdekat anda dan dapatkan kedua-dua beg tote yang sungguh bergaya rekaan Christy Ng, hari ini!
*Selagi stok masih ada